Wednesday, January 2, 2013

UMNO tidak mampu bertahan lagi?

Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Najib dan Rosmah untuk memberikan jawapan kepada semua tuduhan keatas beliau dan isteri oleh Deepak melalui Harakahdaily atau TV PAS. Nampaknya media perdana tidak mahu membuat liputan ke atas isu yang amat serius itu. Isu yang dibangkitkan terhadap Najib suami isteri oleh Deepak ini bukannya isu yang kecil. Ia merupakan isu yang sangat besar kerana ia menjatuhkan imej negara dan rakyat keseluruhannya di mata dunia.

'Bagi saya tawaran Tuan Ibrahim itu sangat baik dan elok di ambil perhatian oleh Najib suami isteri. Isu yang di lemparkan oleh Deepak ini terlalu berat dan ia sepatutnya mendapat pembelaan dari pimpinan UMNO yang lain, khususnya dari Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan kepada Najib. Sepatutnya semua ahli-ahli jemaah kabinet memberikan kenyataan sokongan kepada Najib tetapi tidak kedengaran perkara itu berlaku dan nampaknya Najib terpaksa berperang sendirian dalam isu ini.

Semua pimpinan UMNO dalam Kabinet mesti faham yang mereka juga mesti berhenti jika apa yang di tuduh terhadap Najib itu ternyata benar. Mereka (menteri-menteri) adalah lantikan Perdana Menteri dan jika Perdana Menteri terpaksa berhenti mereka juga mesti berhenti. Ini adalah amalan moral demokrasi yang sebenarnya.

Hanya Zahid Hamidi yang cuba untuk membantu tetapi Zahid membantu Najib dengan cara yang sangat tidak beretika dan bersalahan dengan moral politik dan etika kepimpinan dengan menggunakan harta rakyat dan LTAT serta Kementerian yang beliau ketuai ini. Hasilnya isu bertambah besar dan tidak ada jalan yang lain yang mampu di lakukan oleh Najib lagi selain dari berfikir untuk meletakkan jawatan dengan semua ahli-ahli jemaah kabinet beliau. Adalah tidak patut lagi barisan kabinet yang ada pada hari ini kekal kerana keadaan sudah terlalu buruk dan tidak wajar terus kekal mentadbir kerajaan.

Jika Najib dan keseluruhan kepimpinan serius untuk menjaga UMNO itu maka itu sahajalah jalan yang sesuai untuk dilakukan oleh Perdana Menteri itu. Jika Najib masih mahu mempertahankan politik beliau sahaja maka keseluruhan UMNO dan beliau sendiri akan menghadapi kecenderungan untuk di tewaskan oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini. Najib sepatutnya dengan pantas memanggil Perhimpunan Agung Khas UMNO untuk menyelesaikan isu ini dengan semua ahli-ahli MKT berhenti dan membiarkan ahli-ahli dan perwakilan untuk menentukan kepimpinan baru dalam UMNO itu.

Masalah yang di hadapi oleh UMNO kian hari kian dalam dan tidak nampak kecenderungan untuk parti itu pulih kembali. Najib sudah terlalu terbeban dengan masalah dan beliau pun tidak mendapat sokongan dari kabinet beliau sendiri. Semuanya sedang melukah di tempat yang genting dan sempit. Ramai yang sedang menimba di air yang keruh di dalam UMNO dan nampaknya semakin hari semakin sah UMNO akan tamat usianya melainkan kesemua kepimpinan itu di tukar untuk membawa imej dan aura yang baru.

Tetapi keberangkalian untuk Najib berhenti adalah jauh dari jangkaan kerana jika hijab sudah tertutup tidak ada apa dan sesuatu pun mampu untuk membukanya kembali melainkan dengan kehendak Maha Pencipta. UMNO nampaknya semakin hari semakin banyak isu-isu kotor yang menyelubunginya dan tidak ada kemungkinan untuknya pulih kembali.

Tetapi ia tidak mengapa kerana Pakatan Rakyat mampu untuk mengambil alih tanggungjawab besar terhadap negara ini. PAS boleh menjadi wadah perjuangan orang Melayu yang kesemuanya beragama Islam dan jika orang Melayu melakukan perubahan seperti ini maka mudah bagi rakyat untuk mencari penyelesaiannya.

Rakan-rakan kita kaum Cina sudah lama membuat keputusan untuk tidak bersama BN lagi. Jika orang Melayu memberikan sokongan terhadap PAS, PKR dan DAP maka pertukaran ini akan berlaku dengan ‘decisive' seterusnya membawa politik dan aura yang baru dalam kepimpinan negara dan kerajaan selepas itu.

Perubahan itu memang perkara biasa dalam mana-mana demokrasi dan jika ia berlaku di sini , ia merupakan satu kejadian yang pertama kali kita alami dan akan melengkapkan proses demokrasi itu untuk kepentingan rakyat semua kaum di negara ini.

Oleh Aspan Alias

3 comments:
Write comments
  1. Kalau tak bantuan SPR,JPN,KEMAS serta POLIS, lama sudah UMNO tu mampos

    ReplyDelete
  2. Ndak apa,bah. PATI kan suda ramai. Pakat2 sokong le,OMNO tu.

    ReplyDelete
  3. PENGKALAN CHEPA: Seramai 50 orang ahli Umno yang terdiri dari 23 cawangan berhimpun di hadapan balai ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra jam 8.00 pagi tadi sebagai membantah ketua Umno Pengkalan Chepa, Datuk Dali Hussin.

    Perhimpunan itu untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapha Mohamed.

    Bagaimanapun, memorandum itu hanya diserahkan kepada setiausaha politik Mustapha berikutan beliau dikatakan telah pulang ke Kelantan semalam.

    Penyerahan itu dibuat di bilik vip, dalam keadaan setiausaha politik Datuk Mustapha yang baru dilantik itu enggan keluar.

    Bantahan itu kata mereka dibuat bukan hanya tindakan Dali yang tidak menjaga kebajikan penyokong dan pimpinan semua peringkat cawangan, sebaliknya tidak amanah.

    Mengikut memorandum yang dikenali sebagai Memorandum Rakyat, Dali mengamalkan pemerintahan kroni, pengalaman yang lemah, rasuah dan lain-lain lagi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.