Friday, January 4, 2013

Harga saham FGV naik, guna dana KWSP



Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan menjadi lebih rendah jika tidak kerana campurtangan beberapa institusi, termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar (kanan), bekas menteri kewangan, berkata penilaian bank
menunjukkan bahawa harga saham tersebut adalah kenaikan buatan, tetapi tidak menamakan bank-bank yang terlibat.

"Jika kita melihat analisis bebas seperti daripada bank-bank, harga sebenar adalah RM3.50 seunit," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

NONEAnwar berkata, harganya pada RM4.62 adalah kerana campurtangan dalam bentuk pembelian oleh KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan institusi-institusi lain.
Anwar mengeluh ketika minyak sawit dan harga getah jatuh, kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk meringankan kehidupan mereka yang bergantung hidup pada komoditi tersebut.

Sebaliknya, katanya, FGV telah disenaraikan di bursa saham dan peneroka telah dijual 800 unit saham, tetapi tidak boleh menjual selama enam bulan.

Anwar mendakwa, mereka yang mendapat manfaat daripada penyenaraian FGV ialah para kroni, termasuk pengerusi FGV dan lembaga pengarah yang mendapat saham dan menjualnya awal untuk mendapat keuntungan dan Kemudian harga turun.

Beliau menegaskan bahawa sejak tahun lepas, harga minyak sawit mentah telah susut 23 peratus daripada RM3,225 setan metrik kepada RM2,477 setan metrik, manakala gred harga tawaran getah beku gred SMR CV jatuh 12 peratus daripada RM10.87 sekilogram kepada RM9.61 sekilogram.

Anwar berjanji apabila Pakatan Rakyat berkuasa, ia akan menubuhkan Tabung Kebajikan Komoditi Negara yang akan bertindak sebagai skim jaringan keselamatan sosial.-MK

11 comments:
Write comments
  1. Tun Razak ilhamkan Felda sebagai slahsatu kaedah memastikan ekonomi kaum Melayu trjamin, Najib Razak ilhamkan Felda Global Venture ( nama pun tak mnggambarkn keMelayuan ) utk memastikan ekonomi kroni trjamin. Lama2 peneroka akan jadi pekerja dan bukan lg peneroka. Sama taraf dgn BUROH PAKSA zaman Nippon dulu.

    ReplyDelete
  2. ORANG KAMPUNG APA MEREKA TAHU KECUALI MEREKA YANG PEKA DENGAN MEDIA ATAU INTERNET JADI HEBAH HEBAHKAN LA KASIHAN PADA ORANG KAMPUNG

    ReplyDelete
  3. Di Sabah duit rakyat sudah BN jahanamkan melalui Amanah Saham Sabah jadi kedua melalui KWSP, kita sebagai pencarum kWSP halalkanlah ya wang KWSP yang UMNO/BN leburkan!

    ReplyDelete
  4. Inilah yg berlaku. Klau x silap, dah 2 kali kwsp menyuntik dana utk meningkatkan shm fgv. Dlm ertikata lain, sedikit peningkatan itu adalah palsu, bukan yg sbnar. Klau x, lagi teruklah jadinya nilai shm fgv (dah dekat nak melingkup la tu!). Hai, dah buat kje bodoh dgn penyenaraian fgv (yg memungkinkan tanah2 felda tergadai), skrg digunakan pulak dana awam kwsp utk menyuntik modal dlm fgv, demi utk menutup lubang yg semakin membesar. Fgv on the way nak tergadai, duit kwsp pulak berlubang (& itu adalah duit awam)! Inilah kje, gali lubang tutup lubang, felda & kwsp pulak semakin berlubang. saya bersetuju dgn mohd noor, ramai pencarum kwsp x menghalalkan dana wang mereka dipergunakan sewenang2nya. dah tu, kira jatuh haramlah penggunaan tersebut. Saki baki warga felda yg masih diperbodohkan, bilakah hangpa nak sedar dari asyik dok jadi lembu 'jadian'??...

    ReplyDelete
  5. Anonymous said...January 4, 2013 4:52 PM

    Ingat siapa yang menentang penyeneraian FGV Najib kata haramjadah. Yang anehnya pencacai UMNO yang berotak di lutut walau habis caruman mereka dalam KWSP digunakan untuk menyelamatkan FGV ini mereka tetap junjung Najib?

    ReplyDelete
  6. Yg aku dgr, Genting Bhd dah ada saham besar dlm FGV sejak ia dBursa Sahamkan. Betul ke?

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  7. Ntah le,sapa yg beli saham tu mnyebabkan ia naik pulak dpasaran? Mat saleh kot atau pelabur asingggg. Hai,nasib le kau peneroka. Yg pasti mereka saban waktu ditipu oleh pengurusan felda dr penjualan buah kelapa sawit ,mmerah minyak sawit hingga kpd geran tanah tapak rumah,kiri kanan kena tipu. Tapi yg pelik..mereka sanggup halang Kembara Oren yg nak masuk felda cakap isu2 trsebut. Contoh mudah ialah org2 Kg Senyonyong dah lama kena pecah rumah serta curi barang2 tetap[i bila ada segolongan insan yg cuba beri ceramah kesedaran,dmarahinya golongan trsebut. Semoleknya dengar dulu apa amanat utk mncegah jenayah kecurian dkampung,utk kedamaian brsama. Haa,begitu la prumpamaanya.

    ReplyDelete
  8. org keja swasta nk ambik duit sendiri pun tggu umo 55 tahun,nk wat rumah kena pinjam ngan bank,di cekik lagi oleh bank,takkan nk tguu umo 60 tahun baru nak wat rumah tu pun kalau tak di naikkan lagi umur bersara..duit ada tapi bleh tengok angka ajer..ni senang2 ambik duit aku wat beli benda aku tak setuju..apalah nasib..zalim ker abenda tu

    ReplyDelete
  9. mau selamat? Jom tukar...kite nak tukar lambang je,bkn nak tukar polis,tentera,doktor,jururawat,cikgu,kakitgn awam dan lain-lain masih sama je. Fikir2la wahai rakyat m'sia

    ReplyDelete
  10. ndak apa laa..kita sokong je OMNO untok ramaikan lagi OM di Sabah dan PATI diseluruh negra.

    ReplyDelete
  11. wal fitnatu asyaddu minal khotr.."Jgn kita bersama Umngok dalam mnyebar fitnah celaka kelak kamu disambar api neraka."

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.