Friday, January 4, 2013

Pakatan Bincang Usul Kalimah Allah Selasa Ini

Kontroversi isu kalimah Allah yang ditimbulkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat Selasa ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berkenaan tidak berbangkit namun sedia berbincang sekiranya wujud pertikaian baru memandangkan pada 2010 Pakatan Rakyat bersetuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Kristian.

"Saya percaya isu ini boleh dibangkitkan dalam mesyuarat walaupun Pakatan telah putuskan pada 2010.

"Hingga kini belum ada usul baru untuk pinda keputusan lama. Kalau timbul pandangan baru serta ada pihak bangkitkan...kita akan bincangkan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Khamis.

Pada Januari 2010 Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama Kristian sebagai menghormati prinsip kebebasan beragama dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas.

Malah sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, pendirian parti itu jelas bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah 'God' dengan 'Tuhan' dan bukannya 'Allah' untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal kitab berkenaan. -Mstar

5 comments:
Write comments
  1. Bukankah ALLAH tu utk sekalian makhluk didunia? Dia yg ciptakan semua yg ada. Jadi !!

    ReplyDelete
  2. hanya istilah ALLAH sudah takut

    ReplyDelete
  3. Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

    1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
    2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
    3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
    4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
    5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
    6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  4. Semua makhluk itu Tuhannya Allah. Justru kita beribadah lah, berubudiah lah serta beramal lah kerana Allah. Kita sebutlah nama Allah itu kerana kebesaranNya, yang wajib di tauhidkan. Jangan kita sebut namaNya kerana kita hendak menjadi ‘political champion’.

    Sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan yang meliputi sekelian alam. Ingatlah Allah itu adalah Tuhan kepada semua makhluk. Tuhan itu Maha Besar dan Maha Pencipta. Takkanlah kita hendak memperkecilkan Allah dengan menganggap Tuhan itu hanya untuk orang Islam sahaja.

    Pendirian yang di ambil oleh PAS sepuluh tahun dahulu kita terima lah. Kita tidak boleh menghalang sesiapa yang lain dari orang beragama Islam untuk menggunakan nama itu.

    Bukankah Allah itu adalah juga Pencipta kepada semua bangsa dan puak-puak dalam dunia ini?

    ReplyDelete
  5. Orang bukan Islam apakah dilarang menyanyi:

    " Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu...."

    Jangan hipokritlah!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.