Friday, January 4, 2013

Masih Ada Yang Merempat Di Sabah?

WALAUPUN cacat penglihatan, hidup merempat di tempat orang dan tidak dipedulikan Ahli Parlimen Beaufort, namun Laimin Bin Saganding, 45, tidak melupakan rakannya yang bernasib malang sepertinya di Taman Cahaya, Sandakan.

Laimin yang dilahirkan di Kampung Narawang, Ranau sebagai kanak-kanak normal mengalami cacat penglihatan setelah demam panas ketika berusia 7 tahun terpaksa mengikuti Sekolah Pendidikan Khas di Majidi, Johor Bahru selama sembilan tahun iaitu bermula 1977 hingga 1986 sebelum memasuki Pusat Orang Buta Sandakan setelah tamat PMR (Braille).

Setelah 21 tahun bersama Persatuan Orang Buta Sandakan, Laimin berhijrah ke Beaufort; namun tidak menyangka nasibnya akan terus dirundung malang setelah permohonannya untuk mendapatkan rumah PPRT tidak diluluskan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Haji Okin semata-mata kerana beliau merupakan pengundi berdaftar di Libaran, Sandakan.

Kendatipun Laimin merupakan penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, namun Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun juga gagal membantu Laimin kerana kecuaian Pegawai JPKAS Beaufort.

Akibatnya, Laimin bersama isteri dan anak-anaknya yang masih kecil terpaksa hidup merempat di sebuah gerai tinggalan yang hanya berukuran 6 X 6 di Kampung Kukut, Beaufort atas ehsan Pengerusi JKKK kerana tidak mampu membayar sewa rumah disebabkan pendapatannya sebagai Tukang Urut tidak menjanjikan masa hadapan yang cerah.

Dalam keadaan serba daif, Laimin dan keluarga terpaksa menumpang tandas, mandi dan mengambil air di Balairaya berhampiran untuk meneruskan kehidupannya yang amat payah; dengan harapan dapat kembali ke Taman Cahaya Sandakan jika mendapat ehsan Kerajaan Negeri.

"Kalau boleh saya rayu ehsan kerajaan negeri Sabah agar dapat membina perumahan berkelompok bagi mereka yang tidak bernasib baik di Taman Cahaya di Sandakan kerana rumah kelamin yang sedia ada sudah terlalu uzur," ujar Laimin yang bercita-cita besar untuk membina semula kehidupan kedua setelah rumah tangganya runtuh; malah turut mengharapkan sebutir mata atau pembedahan untuk memperbaiki matanya.



Walaupun sebelum ini, Laimin menumpang teduh di rumah ibu mertuanya yang terletak di belakang rumah Datuk Lajim di Beaufort; namun terpaksa membawa diri, isterinya dan tiga anaknya yang masih kecil merempat di Gerai yang sebelum ini digunakan sebagai tempat beliau menjalankan perniagaan mengurut kaki.

Laimin dikurniakan 11 orang anak iaitu lapan orang iaitu Suhaidi, Suhaida, Suhaili, Amirul, Amiruddin, Nazri, Nazwi dan Erna daripada isteri pertama (bercerai); dan tiga anak Jai Amirul, Mardawina Safiah dan Nursuhaila daripada isteri kedua.

Dalam pada itu, Penyelia Taman Cahaya Sandakan, Haji Ibrahim Haji Abdul Hamid ketika dihubungi Sabahkini.net mengesahkan bahawa pihaknya telah menulis surat kepada Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie KK Ajirol pada 13 Disember 2012 untuk memohon 20 Unit rumah PPRT di Taman Cahaya Sandakan, namun sehingga kini, 4 Januari 2013 belum mendapat sebarang jawapan.

"Buat masa ini kita masih menanti dan kita harap Ketua Menteri Sabah akan membantu kita sekali lagi setelah kita mendapat Kompleks Penyayang bernilai RM5 juta tahun lalu. Keperluan rumah PPRT ini amat mendesak," kata Haji Ibrahim yang memaklumkan rumah kelamin yang sedia ada tidak lagi ekonomi dibaiki kerana sudah terlalu uzur.

Menurut Haji Ibrahim, pihaknya mempunyai tanah rumah seluas 12 ekar, namun tidak mempunyai dana; apatah lagi setelah tiga buah rumah PPRT sementara tidak lagi dapat digunakan kerana reput dimakan anai-anai.

Oleh : MUTALIB M.D (Sabahkini)

83 comments:
Write comments
  1. The Hardcore Poor Housing Project (PPRT) in Kionsom Besar is now 60% done and completed in April 2012.

    ReplyDelete
  2. State government is studying the possibility of setting up another estate under the development programme for the hardcore poor people (PPRT) in the Upper Interior.

    ReplyDelete
  3. there are two existing PPRT estates at Kalabakan in Tawau and Tongod in the Pitas district which had been developed jointly with Sawit Kinabalu Berhad.

    ReplyDelete
  4. the PPRT estates in Kalabakan and Tongod are now able to pay a dividend of RM400 a month to a total of 1,167 hardcore poor household heads in the two districts respectively.

    ReplyDelete
  5. Among the poverty eradication programmes are Agropolitan, Mesej, PPRT estates, Housing Assistance Programme and the 1Azam.

    ReplyDelete
  6. Keadilan sosial bagi DAP sosialis religus ialah menambahkan lagi kesengsaraan kepada rakyat miskin terutama Melayu Islam.

    ReplyDelete
  7. Kesamarataan bagi interpretasi DAP ialah menyamaratakan rumah-rumah orang Melayu Islam untuk digantikan dengan pembangunan hartanah bernilai tinggi dan mewah

    ReplyDelete
  8. Seramai 103 orang penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sena menerima bantuan berupa wang tunai dalam satu majlis, Penyampaian Sumbangan kepada Warga Emas, Ibu Tunggal, Anak Yatim, OKU dan PPRT

    ReplyDelete
  9. Kerajaan bagi bantuan kepada semua orang. Sesiapa sahaja yang dikenalpasti layak, maka mereka akan dibantu

    ReplyDelete


  10. Datuk Lajim tidak meluluskan permohonan hanya kerana bukan pengundi di Beaufort. Tengok sendiri cara Lajim ini.

    ReplyDelete
  11. Memang patutlah Datuk Lajim ini bertindak keluar parti. Kerana dia ini parasit.

    ReplyDelete
  12. Walaupun dia bukan pengundi di Beaufort tapi di adalah pengundi BN. Jadi apa salahnya mahu dibantu.

    ReplyDelete
  13. Harap Datuk Azizah akan memastikan rakyat sebegini akan terbela.

    ReplyDelete
  14. Jangan ikut cara Lajim Okin mengurus dan berkuasa di Beaufort.

    ReplyDelete
  15. Nasib orang yang kurang berupaya perlulah sentiasa dilindungi.

    ReplyDelete
  16. Jelas Lajim Ukin tidak berjiwa rakyat kerana sanggup meminggirkan seorang OKU hanya disebabkan beliau adalah pengundi Libaran.

    ReplyDelete
  17. Semua rakyat Sabah perlulah dilayan sama tidak kira dimana mereka daftar sebagai pengundi, apa agama dan apa bangsa.

    ReplyDelete
  18. Harap bantuan akan ditujukan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti Laimin Bin Saganding.

    ReplyDelete
  19. Harap rakyat di Beaufort akan menolak Lajim Ukin pada PRU-13 tidak kira tiket mana yang beliau bertanding.

    ReplyDelete
  20. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan. Adakah ini akan berterusan?

    ReplyDelete
  21. Hal ini tidak seharusnya berlaku pasti ada yang tidak kena dan hal ini harus disiasat.

    ReplyDelete
  22. malang betul orang asal sabah..harapkan umno belum tentu, PATI lagi diutamakan.

    ReplyDelete
  23. Sikap Lajim hanya akan memburukkan imej kerajaan.

    ReplyDelete
  24. Mereka yang tidak bernasib baik harus mendapat bantuan dari kerajaan.

    ReplyDelete
  25. TV3 sebelum ini pernah menyiarkan bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukin telahpun dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

    ReplyDelete
  26. Lajim telah bertindak meletakkan jawatan sebagai anggota MT dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort serta Pengerusi BN Beaufort, namun dimasa yang sama masih enggan melepaskan jawatan Timbalan Menteri.

    ReplyDelete
  27. Keengganan Lajim untuk meletakkan semua jawatan secara serentak hanyalah satu lakonan politik murahan yang matlamatnya sengaja mahu mensensasikan isu supaya dapat menarik perhatian ramai terhadap dirinya.

    ReplyDelete
  28. Sebetulnya pelucutan jawatan Lajim sebagai Timbalan Menteri merupakan satu langkah yang bijak dan tepat.

    ReplyDelete
  29. Sampai bila mahu disimpan saja orang sedemikian yang langsung tidak memiliki prinsip yang jelas kerana kerap berubah-ubah pendirian dan gemar bermain tarik tali untuk kepentingan diri sendiri.

    ReplyDelete
  30. Lagipun mengikut sumber dari kementerian terbabit, sejak Mac lalu lagi Lajim sudah jarang masuk ke pejabatnya. Malah ruang pejabatnya sudah lama kosong dan segala barangan peribadi juga sudah lama di bawanya keluar.

    ReplyDelete
  31. Bagus la Lajim sudah tidak bersama UMNO lagi, kalau tidak ada banyak perkara lagi yang berlaku dan mungkin akan memalukan kerajaan secara keseluruhan.

    ReplyDelete
  32. Ini bermakna sejak Mac hingga Julai 2012, sekurang-kurangnya sudah tiga, empat bulan kerajaan terpaksa membayar gaji Lajim sekalipun dirinya jarang masuk ke pejabat untuk menunaikan amanah dan melaksanakan tanggungjawab tugasan.

    ReplyDelete
  33. Apakah tidak ada sedikit rasa malu dalam sanubari dirinya apabila gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri tapi masih tidak segan pula bercita-cita ingin menjadi Ketua Menteri Sabah?

    ReplyDelete
  34. Bayangkan sekiranya kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri dikekalkan, tentu sahaja hanya akan membazirkan wang rakyat untuk membayar khidmat seorang pemimpin yang hanya makan gaji buta.

    ReplyDelete
  35. Sepatutnya sejak Mac lepas Lajim sudah secara terbuka menyatakan dirinya sudah tidak lagi mampu menjalankan tugas dan amanah sebagai Timbalan Menteri.

    ReplyDelete
  36. Tapi, ternyata Lajim lebih mengutamakan kepentingan sendiri apabila tetap berterusan bermain tarik tali semata-mata mahu memaksa PM untuk akur pada permintaan peribadinya.

    ReplyDelete
  37. nsyaallah....Jika ditakdirkan selepas PRU13 PR ambil Putrajaya, akan terbongkarlah bermacam2 lagi kes2 yg tidak pernah terlintas difikiran kita kerja2 terkutuk yg dilakukan oleh BeeNd selama 50 tahun lebih memerintah.. Lihatlah tindakkan2 pelik serta terdesak mereka utk menutup rahsia yg tersimpan. Wallahuakhlam...

    ReplyDelete
  38. Dah byk duit rakyat abis utk kroni, & sgt sikit pulak yg diberi pd rakyat. Klau dihitung sgala penyelewengan2 yg dilakukan umno/bn sejak merdeka, ntah berapa ratus bilion! bayangkan duit yg diselewengkan itu dpt pd rakyat, x akan ada satu pun rakyat malaysia skrg makan x cukup/miskin. Mewah ada la! Kita tamatkan episod kedukaan rakyat & kemewahan kroni dlm PRU13!...

    ReplyDelete
  39. Kalau mau segalanya berubah, kita UBAH kerajaan. Mudah2an lah.Kalau suda perahu lama pendayungnya lama,mcm mana mau UBAH keadaan.

    ReplyDelete
  40. ternyata lajim ni bukan seorang pemimpin yang baik dan berjiwa rakyat...perjuangan membela nasib rakyat yang dilaung-laungkannya selepas keluar dari UMNO hanyalah retorik untuk menarik perhatian rakyat...

    ReplyDelete
  41. diharapkan golongan istimewa ini diberikan perhatian yang lebih wajar di masa akan datang.

    ReplyDelete
  42. Mungkin Lajim ada sumbangan pada suku sakatnya di kawasannya tetapi bukan kepada keseluruhan rakyat di kawasan yang diwakilinya 26 tahun lalu.

    ReplyDelete
  43. Di kawasannyapun Lajim tidak mempunyai sumbangan yang ketara, apatah lagi di kawasan-kawasan lain.

    ReplyDelete
  44. Semasa ditampuk kuasapun tidak mampu memberi sumbangan, kini pula menyenaraikan perjuangannya melalui PPS dengan menggariskan berbagai janji. Rupanya beliau baru terbangun dari tidur yang amat lena sepanjang lebih 26 tahun sebagai wakil rakyat.

    ReplyDelete
  45. Padan muka Anwar, kerana kerja pembohongannya kepada rakyat kini berbalas dan terpaksa menerima lakonan Lajim; kononnya MP Beaufort itu mampu menggalas sokongan rakyat Sabah merealisasikan impiannya ke Putrajaya.

    ReplyDelete
  46. Anwar lupa, bahawa Lajim sudah mula ditolak oleh sebahagian besar pengundi yang diwakilinya, atas sebab itu semasa Lajim dalam barisan nasional, bukan cerita rahsia lagi di kalangan pengundi, bahawa beliau bukan winnable candidate bagi Bn atas sebab Lajim mahu juga memaksa menjadi calon, maka beliau tiada pilihan, melainkan keluar daripada Bn.

    ReplyDelete
  47. Pada Sabtu malam, Anwar mengumumkan bahawa calon pembangkang bagi parlimen Beaufort dan Dun Klias adalah Lajim Ukin. Lajim akhirnya jadi calon juga pada PRU-13, tidak kiralah menang atau kalah, janji jadi calon.

    ReplyDelete
  48. Nafsu besar Lajim, biasalah dalam permainan politik bohong, kalaupun cacat tetap mengaku sihat, kalaupun tiada kemampuan, tetap mengaku berkemampuan, kerana dalam politik bohong, yang berbicara adalah isi bakul sendiri dan kemudian angkat sendiri.

    ReplyDelete
  49. Dalam paparan Lajim melalui PPS yang dilancarkan semalam, ketara sangat, bahawa apa yang dicakapnya sungguh mengarut. Beliau fikir, zaman ini zaman kuda gigit besi lagi, beliau lupa bahawa zaman sekarang adalah zaman IT dan zaman kebijaksanaan.

    ReplyDelete
  50. Janji-janji Lajim memlalui PPSnya tiada unsur ilmupun, tiada unsur ekonomik dan tiada pengajaran yang mampu diperolehi.

    ReplyDelete
  51. Hanya mereka yang buta hati, buta akal, buta mata dan tiada pelajaran yang boleh tertarik apa yang dicakap Lajim. Selagi rakyat bukan tergolong dalam kategori ini, adalah pasti mentertawakan apa yang Lajim katakan.

    ReplyDelete
  52. Sebenarnya para pemimpin dalam pembangkang mengetahui kedalaman ilmu dan kemampuan Lajim, apakan daya, tiada manusia lagi menjadi pilihan sestandard Lajim. Jadi, tanya diri sendiri bagaimana kualiti para pemimpin pembangkang.

    ReplyDelete
  53. tergamak Lajim menolak permohonan dia, Lajim mmg tak patut jadi pemimpin.

    ReplyDelete
  54. Lajim hnya pentingkan orangnya saja.

    ReplyDelete
  55. Bantuan cuma diberi kepada golongan yang benar memerlukannya.

    ReplyDelete
  56. WR harus turun padang dan memahami keadaan sebenar rakyat.

    ReplyDelete
  57. Selepas lajim keluar parti, beginilah akibat, mendapat semua komen yang amat negatif.

    ReplyDelete
  58. bantuan harus diberi tidak kira bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  59. Pasti ada golongan yang masih bersama Lajim. Usaha Lajim demi rakyat tidak akan dilupakan.

    ReplyDelete
  60. Ketua Menteri Datuk Musa Aman hari ini mengingatkan rakyat di negeri ini agar tidak menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai bahan uji kaji untuk menukar kerajaan.

    ReplyDelete
  61. Dia berkata rakyat harus bijak membuat keputusan agar terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kepentingan bersama seterusnya dapat memastikan kesinambungan perancangan untuk pembangunan negara.

    ReplyDelete
  62. Kerajaan tahu apa yang terbaik dilaksanakan untuk rakyat, oleh itu rakyat perlu yakin bahawa kerajaan sentiasa membuat perancangan rapi demi masa depan negara yang juga berpihak kepada rakyat

    ReplyDelete
  63. Musa yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata rakyat yakin dengan pentadbiran kerajaan BN yang mampu melaksanakan program pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat untuk jangka panjang.

    ReplyDelete
  64. jika rakyat terus bersatu mengekalkan perpaduan, bersatu dan tetap setia kepada kerajaan walaupun dicemari dengan fitnah parti pembangkang, sudah tentu keamanan negara akan terus wujud serta bebas daripada kucar-kacir.

    ReplyDelete
  65. semoga ada pihak kerajaan/swasta yang prihatin tampil untuk memberi bantuan yang sewajarnya kepada golongan OKU ini

    ReplyDelete
  66. janganlah guna alasan ini sebagai bahan politik..

    ReplyDelete
  67. sebaliknya, pihak politikus yang prihatin bantulah golongan OKU ini dengan niat yang suci dan ikhlas

    ReplyDelete
  68. Sangat-sangat berharap agar kerajaan yang prihatin dapat bertanggungjawab kepada semua lapisan rakyat,tidak kira bangsa dan agama...

    ReplyDelete
  69. apatah lagi, nasib dan kepentingan golongan OKU ini semoga tidak diketepikan oleh kerajaan..

    ReplyDelete
  70. Golongan yang tidak berkemampuan harus diberi perhatian dan memberi bantuan sewajarnya.

    ReplyDelete
  71. WR harus turun padang dan memahami keadaan rakyat, berilah bantuan sewajarnya.

    ReplyDelete
  72. Kerajaan sentiasa melaksanakan program untuk membantu lapisan masyarakat yang kurang berkemampuan.

    ReplyDelete
  73. Adakah lajim ditolak selepas keluar dari UMNO?

    ReplyDelete
  74. Golongan yang kurang berkemampuan tidak harus dipinggiri, perhatian wajar harus sentiasa diberi.

    ReplyDelete
  75. Apa yg dilakukan oleh umno/bn amat zalim terhadap rakyatnya. Sgala dasar yg dilakukan, sbnarnya bermaksud menindas rakyat. Rakyat telah pun membuka mata kezaliman yg dilakukan oleh umno/bn ini. & rakyat jugak telah berdo'a atas kezaliman yg berlaku. Sudah pasti do'a org2 yg dizalimi x ada hijab (penghalang) antaranya dgn Allah ta'ala. Sbb itu apa sj yg dilakukan umno/bn, samada menunda PRU, memberi imbuhan/gula2 pd rakyat, cuba menipu melalui SPR dll telah & bakal gagal, insyaAllah. Ketentuan Allah itu pasti terjadi, & x ada apa2 & sesiapa samada didunia bahkan dialam maya ini yg dpt menghalangnya dari berlaku. Apa yg dpt umno/bn lakukan adalah, menghitung hari2 terakhir dlm pemerintahan negara...

    ReplyDelete
  76. Jgn dihina org Sabah,bah nanti mereka murka. OMNO hinakan mereka,ndak apa bah.

    ReplyDelete
  77. Kerajaan sentiasa memastikan kehidupan rakyat di beri perhatian penuh.

    ReplyDelete
  78. Banyak program yang di jalankan untuk membantu rakyat.

    ReplyDelete
  79. Lajim tidak prihatin dengan penduduk.

    ReplyDelete
  80. Nasib golongan OKU harus di beri perhatian.

    ReplyDelete
  81. Harap perkara ini tidak akan di jadikan isu politik.

    ReplyDelete
  82. benda ni dah jadi isu sensitif dalam politik..bukan tak yahu terima kasih tapi bukan ini yang kami mahu;;;kamu kata semua data dan gambar ini di rahsiakan dan tidak di sebarkan d mana2,tapi yang ni apa cerita,,kami ni ada hati dan tak hidup seorang,,,malulah kalau dah tampal gambar macam tu,,,bukan kah semua pic dan keterangan kami tu kamu bawa jumpa menteri untuk buat rumah?so rumah tu mana?KALAU PAPAR MACAM NI MENTERI MANA YANG NAK TENGOK,,sure ke lau ada statement macam ni ada perubahan untuk hidup orang oku...?tolong jangan teruskan paparan ni atau padam gambar yang dikatakan merempat tu...saya tak boleh terima,,telampau sudah tu,,

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.