Sunday, October 17, 2010

Batu Sapi : PKR atau PAS?

DEWAN PEMUDA PAS SABAH mendesak agar kerusi Parlimen Batu Sapi di serahkan kepada PAS atas semangat setiakawan Pakatan Rakyat Sabah.

PKR Sabah telah gagal mengemukakan calon pada pilihanraya ke-11 tahun 2004 dan ke-12 tahun 2008.

Pada Pilihanraya ke-12 tahun 2008, PAS Sabah telah mengadakan perundingan dalam pembahagian kerusi dan telah menuntut kerusi tersebut namun ditolak oleh PKR SABAH dan Pas Sabah mengalah atas semangat setiakawan.

Namun tindakan mereka yang tidak mengemukakan calon setelah tamat tempoh pencalonan menunjukkan bahawa mereka telah mengkhianati persefahaman telah dipersetujui bersama.

PKR telah meletakkan calon di 19 kerusi Parlimen, sedangkan PAS tidak meletakkan sebarang calon pada mana-mana kerusi Parlimen pada Pilihanraya lepas, maka Kerusi Parlimen Batu Sapi telah diletakkan menjadi keutamaan untuk Pas bertanding sebagaimana yang telah diputuskan dalam Bengkel Strategik Pilihanraya Pas Sabah di Sandakan pada awal tahun ini.

Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Tuan Haji Hamzah Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah adalah Pengasas PAS di Sabah di samping menjadi Pesuruhjaya PAS Sabah Pertama adalah anak jati kelahiran di Batu Sapi.

Beliau adalah tokoh pemimpin pas yang berkaliber yang banyak berkhidmat dengan masyarakat di sana. Mendapat pendidikan dalam perundangan di UK, di samping pernah memegang jawatan sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) bagi DUN Sekong.

PAS bersama masyarakat melalui Institusi seperti Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bagi tadika kanak-kanak yang terletak di bawah Dewan Pemuda Pas Sabah, telah lama bertapak di Batu Sapi. Antaranya PASTI di Taman Mawar yang telah mencecah 10 tahun. Kini telah empat buah PASTI berada di kawasan Parlimen tersebut.

(Nota: Lahirul merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah)

Oleh: LAHIRUL LATIGU (sabahkini)

30 comments:
Write comments
  1. nampaknya PAS dan PKR masing-masing ingin bertanding di Batu Sapi..tunggu dan lihat sajalah...

    ReplyDelete
  2. Biarlah PKR menentukan perkara ini, jika mereka mengangap PAS sebagai calon yang sesuai, maka PAS akan diberi peluang, jika tidak, tak guna PAS mendesak dengan apa cara pun.

    ReplyDelete
  3. parti dalam pakatan iaitu PAS dan PKR nk masing2 nak bertanding, ini menunjukan tk ada persefahaman dalam PR.

    ReplyDelete
  4. Yang penting, calonnya mesti berkelayakan.

    ReplyDelete
  5. "DEWAN PEMUDA PAS SABAH mendesak agar kerusi Parlimen Batu Sapi di serahkan kepada PAS atas semangat setiakawan Pakatan Rakyat Sabah."

    Atas semangat setiakawan??? Kalau boleh PKR janganlah senang sekali menyerahkan kepada PAS. Penyerahan kerusi parlimen batu sapi kepada PAS harus berdasarkan kebolehan dan kelayakan calon dan bukan atas semangat setiakawan.

    ReplyDelete
  6. Semoga masalah ini dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  7. tk kisah calon PKR atau PAS yang bertanding, yg penting pilih calon yang benar sesuai dan layak.

    ReplyDelete
  8. sila pilih berdasarkan atas kelayakan bukannya atas setiakawan!

    ReplyDelete
  9. kedua-dua parti pun mahu bertanding. apa pun biarlah PR menyelesaikan sendiri hal di kalangan mereka.

    ReplyDelete
  10. Macammana juga PAS ini. Di GALAS PAS juga bertanding, Di Batu Sapi Sabah mahu mereka juga bertanding. Macam tamak kuasa pula PAS dalam Pakatan rakyat. Inilah PKR dan PAS..kita tengok siapakah punya Batu Sapi dan Galas.

    ReplyDelete
  11. Bukankah sama sahaja, samada PAS atau pun PKR adalah parti pembangkang dan peranan parti ini hanya untuk kalahkan BN sahaja. Tiada beza!

    ReplyDelete
  12. Kata sepakat harus dapat dicapai sebelum tiba masa mengundi. Jika tidak susah untuk kdua2 pihak untuk mendapat undi dari rakyat di sekitar Batu Sapi.

    ReplyDelete
  13. Memang perkara ini selalu berlaku sekiranya inginkan kuasa pemerintah. PAS dan PKR berebut untuk menjadi calon Batu Sapi. Sedangkan PAS sudah diberikan peluang untuk bertanding di Galas, dan PKR di Batu Sapi. Tapi kembali kepada sejarah PKR menyebabkan PAS mahu bertanding di dua tempat tersebut. PAS memang tamak kalau diikut dalam hal ini. Itu cuma alasan sejarah saja.

    ReplyDelete
  14. Tentukanlah parti yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. Tak kan lah PAS, PKR dan SAPP mahu bertanding.

    ReplyDelete
  15. Pendapat saya, biarlah calon PR yang bakal bertanding di Batu Sapi ialah parti SAPP. Bagi peluanglah pada parti SAPP.

    ReplyDelete
  16. I don't know. The only thing I know is, every party is gearing up now.

    ReplyDelete
  17. PAS dan PKR saling bercakaran untuk merebut menjadi calon PR pada PRK batu sapi. kalau menjadi kerajaan, tentu lebih teruk lagi..PR tiada persefahaman seperti BN..

    ReplyDelete
  18. PAS dan PKR masing2 menunjukkan taring untuk menunjukkan siapa yang layak..masing2 menunjukkan muka sebenar yang tamakkan kedudukan dan kuasa..inikah semangat setiakawan dan persefahaman dalam PR?

    ReplyDelete
  19. terpulang kepada PR sabah menentukan calon mereka pada PRK batu sapi...jika tiada wakil lebih baik..laluan mudah bagi BN..

    ReplyDelete
  20. calon BN pada PRK batu sapi akan diumumkan oleh KM Sabah pada ahad ini..tunggu dan lihat siapakah calon BN itu nanti.

    ReplyDelete
  21. yang pasti PRK batu sapi akan menarik perhatian ramai pemerhati dan penganalisis politik..diharapkan PRK batu sapi nanti akan berjalan dengan lancar..

    ReplyDelete
  22. adakah ini petanda akan berlaku kekecohan antara PKR/PAS?.. bagaimana mereka mahu membentuk kerajaan sedangkan masih berlaku ketidak sefahaman dikalangan parti komponen..

    ReplyDelete
  23. masing2 mahu meluaskan pengaruh semata2 untuk kepentingan parti sendiri, bukannya atas dasar Pakatan Rakyat.. takpa, teruskan lah bertarik2 tali sementara parti lain sibuk membuat persiapan..

    ReplyDelete
  24. Kerusi parlimen itu patut diberikan kepada calon yang sesuai dan bukan disebabkan semangat setiakawan, itu pilih kasih namanya, tidak berbeza dengan memberikan projek kepada saudara sendiri. Tergamak PAS mengeluarkan kenyataan sebegini.

    ReplyDelete
  25. Semua parti pun mementingkan sendiri dan bukan ikhlas bekerjasama dengan PKR, sebuah parti dimana parti komponen sendiri tidak bersatu...

    ReplyDelete
  26. Tindakan mereka ini hanya akan memperlihatkan betapa mereka tidak profesional menangani masalah apatah lagi untuk memimpin di Batu Sapi.

    ReplyDelete
  27. Semua pihak mempunyai peluang untuk menang.

    ReplyDelete
  28. Mungkin PKR berjaya menundukkan PAS,siapa tahu kan?

    ReplyDelete
  29. Leave it to GOD.We will know the answer eventually.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.