Sunday, October 31, 2010

Akan ada seorang umno Terengganu masuk PKR?

Seorang tokoh Umno Kelantan, dikatakan sedang bersiap sedia Untuk Meninggalkan Parti yang disertai sejak zaman remaja lagi. Entah ya entah tidak sama samalah kita tunggu, kerana cerita orang politik itu dan ini kadang kadang tidak berpijak di alam nyata.

Isu terkini, juga disebut sebut seorang ahli parlimen Terengganu akan meninggalkan umno, kerana kecewa tidak mendapat peluang menjadi anggota cabinet yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Mungkin betul, mungkin tidak. Ini hanya cerita yang bertiup kencang saja. Macam juga angin yang bertiup dari barat ke timor dan dari selantan ke utara.

Tapi itulah cerita, konon ada seorang ahli parlimen umno Terengganu akan meninggal umno dan menyertai parti keadilan rakyat tidak lama lagi.

Cerita ini bukan cerita baru sebenarnya. Ia sudah lama berbunyi, tapi setakat ini belum menjadi kenyataan. Ia hanya mungkin diada adakan sebagai cerita sensasi.

Tenguk pada gayanya ia akan menjadi kenyataan, kerana hubungan batang tubuh ahli parlimen itu semakin hari semakin dekat dan rapat dengan salah seorang ADUN pembangkang dalam beberapa majlis bersama masyarakat.

Masakan tidak? Kalau sudah boleh rapat hubungannya dengan wakil rakyat PAS boleh dikira ia sudah mula berminat. Harap harap akan jadi kenyataan tak lama lagi.

Sesetengah tak yakin dengan perangai ahli parlimen berkenaan yang diakatakan akan meninggalkan umno dan menyertai PKR, kerana biasalah orang Umno yang sering bertindak macam burung merpati, jenak jenak, nak tangkap tak dapat.

Pendek kata pembangkang pula yang terpesona dek lakonan itu.Awas, jangan terperangkap dengan jerat yang dipasang.

Tengok pada gayanya semacam tak munasabah ahli parlimen berkenaan akan meninggalkan umno. Apatah lagi hendak menyertai PKR yang begitu kalut dengan kemelut yang barangkali sukar mencari penyelesaian.

Oleh: Abdullah Ngah (tranungkite)

10 comments:
Write comments
  1. kalau nak keluar, keluarlah saja tapi kalau keluar parti sbb kecewa tak dpt jawatan tinggi dlm kerajaan, jgn sekali kali masuk PR. bikin masalah saja org2 yang hanya mahukan jawatan tinggi saja. besok kalau PR tak beri jawatan tinggi, keluar parti lagi lah jawapannya.

    ReplyDelete
  2. pekara seperti ini mungkin hanya sekadar khabar angin saja. kita pun tidak tahu sama ada ianya betul atau tidak..

    ReplyDelete
  3. kalau sudah tidak berminat apa tunggu lagi.. keluar la.. join la mana2 parti yang boleh bagi jawatan tinggi.

    ReplyDelete
  4. kalau PR tidak terima, nasib dialah terperangkap dengan tindakan sendiri. kalau PR terima, bersedialah dengan masalah2 dikemudian hari.

    ReplyDelete
  5. perkara ini belum dipastikan benar atau tak. itu hak masing2 nak meyertai mana2 parti.

    ReplyDelete
  6. Apa-apalah, terpulang kepada orang tersebut. Tapi ingat adakah akan membawa kebaikan dengan semua apa yang dilakukannya itu.Kerana dendam membuat keputusan yang tidak pasti.

    ReplyDelete
  7. khabar angin macam ni tidak boleh dipercayaai sepenuhnya.

    ReplyDelete
  8. Jika betul kita tidak dapat berbuat apa2.. kerana ini adalah keputusan peribadi yang beliau lakukan. Tapi jika sebaliknya, ianya tidak akan mengubah apa2!...

    ReplyDelete
  9. Biasalah tu, ahli PKR lompat masuk BN, ahli BN lompat masuk PKR. Perkara seperti ini bukanlah apa-apa yang baru.

    ReplyDelete
  10. Ahli yang suka melompat-lompat parti biasanya orang yang bukan ikhlas mahu memperjuangkan hak rakyat. Biarlah mereka lompat, ahli macam itu tiada guna juga dikekalkan dalam parti.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.