Sunday, October 10, 2010

Catatan ringkas PRK Parlimen Batu Sapi

Kekosongan Parlimen Batu Sapi selepas kematian penyandangnya yang juga Bendahari Parti Bersatu Sabah (PBS) Edmund Chong Ket Wah 54, kira-kira 11.40 pagi semalam akan membuka satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK), jika tiada pertandingan.

Samada PRK ini akan berlangsung secara serentak dengan PRK Dun Galas yang penamaan calonnya ditetapkan pada 26 Oktober ini dan pengundiannya pada 4 November depan, itu tidak pasti.

Tetapi yang pasti PRK pertama di Sabah ini mencetuskan beberapa perkara menarik.

PERTAMA, Sekutu-sekutu BN di Sabah kini berdepan dengan pelbagai krisis dalaman khususnya desakan agar Parti Liberal Demokratik (LDP) keluar dari BN selepas dua Timbalan parti itu membuat kacau termasuklah mempertikaikan kepimpinan Pengerusi BN Sabah, Musa Aman.

Dua timbalan itu ialah timbalan presiden LDP, Chin Su Phin dan Timbalan Ketua Menteri yang juga Adun Karamunting, Peter Pang En Yin.

Chin Su Phin bertekak dengan Musa dalam mesyuarat BN negeri baru-baru ini manakala Peter (gambar bawah) keluar LDP dan mahu melompat ke parti Gerakan seperti yang dikatakan oleh Pengerusi BN Pusat, Najib Razak.

Menariknya, Adun Karamunting merupakan salah satu Dun yang terletak dalam Parlimen Batu Sapi.

Rekod menunjukkan, LDP ialah sekutu tertua BN di Sabah tetapi parti itu juga antara parti yang terkecil dan paling bermasalah di Sabah ketika ini. Ulasan ringkas di sini.

Bagi Parlimen Batu Sapi, walaupun ia diakui antara kubu BN, namun peluang Pakatan Rakyat untuk menang tetap ada bukan hanya kerana krisis BN di Sabah kian parah ketika ini tetapi juga keserasian gabungan itu yang kian kukuh sejak dua tahun lalu.

Ujian terhadap kerjasama Pembangkang di Sabah.

KEDUA, ini merupakan PRK yang pertama di Sabah selepas rakyat di negeri itu kecewa apabila mahkamah memberi kemenangan kepada Presiden PBRS di Parlimen Pensiangan.

Jika tidak, PRK Pensiangan hampir pasti diadakan secara serentak dengan Dun Batang Air, Dun Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang pada April tahun lalu.

Buat pengetahuan bersama, kegairahan rakyat Sabah terhadap pilihanraya di Sabah khususnya sejak Pilihan Raya Umum (PRU) lalu cukup tinggi dan ini dibuktikan dengan kewujudan pelbagai laman blog berkaitan Pensiangan di Sabah yang dinanti-nantikan berkemungkinan adanya PRK ketika itu.

PRK Parlimen Batu Sapi jika adanya pertandingan mungkin PRK yang ke13 sebelum PRU ke13 jika tiada lagi PRK selepas ini.

KETIGA, PRK Parlimen Batu Sapi ini juga akan menguji pendirian Parti Maju Sabah (SAPP) yang sejak meninggalkan BN pada 17 September 2008, sehingga kini enggan berada di bawah bumbung Pakatan Rakyat (PR).

Sikap SAPP terhadap PR akan teruji buat pertama kali pada PRK ini samada mereka akan meletak calon dengan bertembung dengan calon PR atau tidak.

SAPP sehingga kini enggan bertolak ansur dengan PR yang mahu bertanding lebih 40 daripada 60 kerusi Dun di Sabah, sesuatu yang bakal mencetuskan pertandingan lebih tiga penjuru seterusnya membantu kemenangan BN dengan mudah kerana undi terhadap pembangkang di Sabah akan berpecah.

KEEMPAT, BN hampir pasti mengekalkan calon dari sekutunya iaitu PBS, untuk bertanding pada PRK kali ini.

Mungkin koleksi ucapan parti dan pemimpin itu semasa jadi pembangkang dan kerajaan di Sabah boleh dibongkar semula.

Apa sudah jadi dengan PBS yang melompat ke BN buat kali kedua dan kegagalan mereka sepanjang dalam BN di Sabah.

Sesuatu yang pasti, pemimpin dari parti inilah yang lantang mahu mewujudkan kasino di Sabah.

Samada kasino akan dibina atau tidak di bina di Sabah, yang pasti, Presiden parti ini, Pairin Kitingan pernah mencadangkannya dalam satu persidangan Dun suatu ketika dahulu.

Pairin ialah satu-satunya pemimpin BN yang bertanding dua kerusi serentak pada PRU lalu dan PBS juga ialah satu-satunya sekutu BN yang tewas kerusi dalam PRU lalu berbanding sekutu mereka yang lain.

KELIMA, perangai Umno sebelum ini yang sering menuntut kerusi dari sekutunya mungkin akan kedengaran lagi kali ini.

Sebelum ini, Umno menuntut kerusi dari sekutunya termasuklah dari PBRS, UPKO, LDP dan PBS.Tunggu dan lihat.

KEENAM, berkaitan calon, jika PR memberi laluan kepada PKR, siapa pula akan terpilih bagi mewakili parti itu ?

Berikut mungkin antara calon yang boleh dipertimbangkan.

1. Datuk Kong Hong Ming (Naib Pengerusi1 PKR negeri Sabah, sekiranya PKR mahu meletakkan calon berketurunan Cina)

2. Datuk Nahalan Damsal (Ketua Cabang Batu Sapi dan calon PKR di Dun Sekong yang juga terletak dalam Parlimen Batu Sapi)

3. Chung Kwong Wing calon Bebas yang bertanding di kawasan itu Pada PRU lalu. (PKR kan dah biasa jemput siapa sahaja untuk bertanding)

4. Datuk Dr. Jefrey Kitingan (Naib Presiden PKR Pusat)

5. Hj Tamrin Mohd Jaini (Calon PKR Dun Sungai Sibuga di mana Dun ini berhampiran dengan Parlimen Batu Sapi. Tamrin ialah Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah)

6. Datuk Halik Zaman (Ketua Cabang PKR Tenom yang juga tokoh PKR Sabah yang kian meningkat naik. Halik sejak setahun lalu dilihat banyak diberi peranan oleh PKR Pusat terutamanya di Tenom selain memiliki pengaruh tersendiri di negeri itu.

Kekuatan yang ada pada tokoh ini selain seorang ahli perniagaan, beliau juga banyak mengorbankan wang poket sendiri untuk memajukan PKR di negeri itu.

Walaubagaimanapun, siapa juga calon PKR atau Pakatan Rakyat yang diletakkan nanti, biarlah mereka yang tahan uji dan setia dalam perjuangan.

Rakyat sudah muak dengan adegan lompat parti yang mengkhianati amanah rakyat.

Kalau susah sangat, beri sahaja peluang kepada PAS untuk bertanding di kawasan itu dengan mempertimbangkan Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Batu Sapi, Tuan Hj Hamzah Abdullah sebagai calon.

Hj Hamzah ialah rakan kepada presiden SAPP, Yong Teck Lee ketika menuntut di London yang ketika itu beliau merupakan Presiden Kesatuan Pelajar Sabah di United Kingdom.

Bekas Pesuruhjaya PAS Sabah ini banyak memperjuangkan hak rakyat di kawasan itu khususnya berkaitan rampasan tanah yang di lakukan oleh rejim BN di Sabah.

Secara kebetulan, Himpunan isu Tanah Rakyat Sabah (HEMPAS) akan diadakan di Dewan Utama, SM Kian Kok, Likas, Kota Kinabalu pada 24 Oktober 2010 (Ahad) yang kempen mengenainya telah pun berjalan sejak beberapa bulan lalu di Sabah.

Secara kebetulan juga, Hj Hamzah ialah Pengerusi HEMPAS pada tahun ini.

Pertimbangkan juga faktor berikut :

- Komposisi pengundi berasaskan PRU lalu. Bumiputra Islam : 60.02%, Bumiputra Islam : 2.24%, Cina : 37.33%, Lain-lain : 0.41%.

- Budaya ugut dan rasuah oleh pihak BN terhadap pengundi, jentera PR perlu menerangkan dengan baik dan rasional isu ini dan bukannya beremosi dengan mengutuk rakyat.

- Elakkan ucapan berbentuk sentimen perkauman, janganlah jentera, ahli dan pimpinan PR terperangkap dengan cara kuno Umno-BN yang sanggup memanaskan suhu perkauman di negara yang majmuk ini semata-mata demi kepentingan politik mereka.

- PR harus mengakui bahawa masih ramai rakyat di Sabah termasuklah mereka yang menyokong Pakatan Rakyat tidak jelas dan masih tidak faham berkaitan isu ini.

- Lebih parah lagi, ia dimanipulasi secara jahat oleh Umno-BN melalui media upahan mereka secara berterusan seterusnya menggagalkan usaha perpaduan di negara ini.

- Rakyat Sabah sudah lama hidup dalam keadaan aman dan harmoni, marilah kita kekalkan keadaan itu dengan kempen politik secara matang dan profesional. Walaupun kita akui PR tetap dinafikan untuk berkempen di media arus perdana.

Sila dapatkan ulasan terperinci dalam keluaran KABAR akan datang.

KABAR ialah akhbar politik yang sebelum ini dikenali sebagai Konsep Era Pakatan.

Salam Perjuangan!

-http://masdarwahid.blogspot.com

26 comments:
Write comments
  1. Catatan Rakus PKR : Disebabkn keghairahan mahu menandingi kemampuan UMNO/BN, PKR hilang pertimbangan apa pn hal yg ada kaitan dgn UMNO/BN PKR tetap mau menang walau dlm hal-hal buruk sekali pun, menerusi artikel KEKECOHAN PKR VS KEKECOHAN UMNO yg membandingkn antara parti yg berkelakuan buruk sedikit dengan yg buruk banyak PKR mau memenanginya,.. tak apalah.. UMNO/BN bagi sajalah PKR tu juara kategori parti berkelakuan buruk..dan disebabkn sikap rakus jugalah PKR langsung tidak memperdulikn perasaan ahli keluarga ADUN Batu sapi yg ditimpa musibbah, belum sampai pn beberapa jam sda buat kenyataan lihat artikel PELUANG CERAH BUAT PAKATAN DIBATU SAPI.
    http://sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=frontpage&Itemid=1
    Takziah pu tidak mampu diucap. Politik..tu.. politik jga tapi janganlah sampai hilang hubungan sesama manusia, kadang kala ada suatu hal yg diam itu lebih baik kita ambil daripada buat kenyataan yg menghiris perasaan apatah lagi pada keluarga yg baru ditimpa musibbah..mcmna mungkin kalau PKR memerintah nanti dengan sikap rakus begini.

    ReplyDelete
  2. Saudara longkatiu, perbuatan seperti ini sememangnya tiada belas kasihan terhadap keluarga mangsa. Sudah tentu keluarga Datuk Edmund itu susah hati disebebkan pemergiannya, kenyataan daripada pihak tertentu yang hanya mementingkan kemenangan politik dah pasti menimbul perasaan sedih dan marah daripada orang terdekat si mangsa.

    ReplyDelete
  3. Datuk Edmund baru sahaja meninggal, tapi sudah ada pihak yang seolah-olahnya gembira kerana kematiannya. Adakah disebabkan kegilaan kuasa dan kemenangan menyebabkan sesuatu pihak hilang semua kesopanan asas?

    ReplyDelete
  4. dalam pilihanraya kecil di parlimen Batu Sapi, sebaiknya biarlah ia dijalankan dgn cara baik dan adil. rkyat yg akan menentukan calon yng menang. apapun, didoakan juga semoga roh Datuk Edmund bersemadi dgn aman.

    ReplyDelete
  5. biarlah persaingan yang berlaku secara sihat dan adil. terpulang kepada rakyat untuk menilai siapa yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  6. jentera BN juga perlu menerangkan kelemahan2 PR samada yang berlaku di SM mahupun di Sabah. tidak semua rakyat Batu Sapi mengetahui cerita2 hangat politik di Malaysia. jadi, jika PR menggunakan kelemahan2 BN untuk meraih sokongan, BN juga perlu melakukan perkara yang sama..

    ReplyDelete
  7. Setahu saya sudah ada calon BN Batu Sapi yang sesuai cuma belum diumumkan lagi.

    ReplyDelete
  8. politik memang sudah panas sekarang, bermacam-macam boleh jadi isu. harap PRK ini tidak seburuk Pilihan Cabang PKR baru-baru ini.

    ReplyDelete
  9. Inilah dimanakan politik, walaupun bukan niat di hati tetapi ingin mempertahankan parti maka pelbagai andaian dilakukan. Apa pun janganlah memburuk-burukan parti lain sebaliknya menggunakan politik bersih dan berkualiti kepada parti dan rakyat.

    ReplyDelete
  10. "..terperangkap dengan cara kuno Umno-BN yang sanggup memanaskan suhu perkauman di negara.."

    siapa yang suka bermain dengan isu perkauman? belum pun bertanding sudah ada penggunaan perkataan 'perkauman'. nampaknya PR akan menggunakan isu perkauman yang kononnya diamalkan oleh BN untuk menjatuhkan lawan.

    ReplyDelete
  11. Ini la politik, yang meningal dibiarkan dan yang masih hidup teruskan perjuangan. Memang suda sinonim dengan situasi seperti ini.

    ReplyDelete
  12. Diharapkan mendiang Datuk Edmund akan selamat dikebumikan. Takziah diucapkan.

    ReplyDelete
  13. Semoga pilihan raya kecil itu tidak akan terjejas oleh pemergian Datuk Edmund.

    ReplyDelete
  14. longkatiu
    October 10, 2010 11:16 AM

    Betul tu longkatiu, Sikap mengeluarkan kenyataan selepas hanya beberapa jam arwah Edmund meninggal dunia menunjukkan betapa rakus & terdesaknya PKR utk memenangi mana2 kerusi parlimen mahupun DUN di negeri Sabah...ini la yg dikatakan sebagai 'matlamat menghalalkan cara'...

    Oleh itu, para pengundi perlu buat pilihan bijak, sama ada ingin memilih pihak yg 'rakus', atau pihak yg telah perform dgn baik??

    ReplyDelete
  15. PRK Batu Sapi itu nanti kemungkinan berlaku persaingan yang hebat dari kerajaan dan pembangkang..BN harus bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi apa jua 'mainan politik' pembangkang nanti.

    ReplyDelete
  16. rakyat haruslah menilai dan memilih dengan bijak..memang banyak kekeliruan akan timbul nanti seperti janji2 manis..terpulang kepada pengundi untuk menilai kerana itu adalah hak sebagai pengundi.

    ReplyDelete
  17. takziah diucapkan kepada keluarga mendiang..diharap tabah menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  18. Apa-apa pun, diharapkan rakyat akan mengundi secara bijak.

    ReplyDelete
  19. Betul Jonny. Lantaklah apa yang disebarkan oleh pihak2 yang berniat buruk ni; yang penting rakyat matang dalam membuat pilihan.

    ReplyDelete
  20. Kalau nak bertanding tu, bertandinglah dengan cara yang betul dan bukannya menggunakan taktik buruk semata-mata mahu menang.

    ReplyDelete
  21. Betul tu longkatiu. Kalau ya pun obses sangat nak pangkat; janganlah sampai sikap perikemanusian tu diketepikan. huhuhu

    ReplyDelete
  22. Semoga PRK Batu Sapi dapat dijalankan dengan lancar dan tenteram. Janagn hanya mengejar kemenagna sehibgga terlupa akan batas2 kemanusiaan.

    ReplyDelete
  23. Takziah pada keluarga mangsa dan banyakkanlah bersabar :)

    ReplyDelete
  24. Selamat berjuang dan selamat mengundi kepada semua rakyat Batu Sapi. Semoga anda membuat pilihan yang bijak.

    ReplyDelete
  25. Tidak kira apa keputusannya, diharapkan itulah apa yang terbaik untuk rakyat Sabah dan penduduk Batu Sapi.

    ReplyDelete
  26. 'Chances" BN utk memenangi "by-election" ini sangat besar, ini berdasarkan kepada keadaan "politic" di kawasan Batu Sapi, yg sememangnya Kubu Kuat BN, specifically PBS...lagipun based on articles & cerita2 orang, Arwah Edmund telah melaksanakan tanggungjawabnya di kawasan tersebut dgn baik...so overall no local issue i supposed??

    PR, specifically PKR, still debating siapa yg 'layak' dijadikan calon...DAP & PAS pula kelihatan seolah2 ingin mengisi "vacuum' hasil daripada konflik dalaman PKR...even PAS chief in Batu Sapi sudah kluar kenyataan mahu kerusi itu diberi kepadanya...tak malu!

    SAPP on the other hand, is the only contender yg boleh beri tentangan kepada BN....so we will going to see what issues yg cuba diperjuangkan, or should i say "dipermainkan" by its president, Yong "botak Chin" Teck Lee..

    what can i say is, May the Best Men Win....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.