Wednesday, October 6, 2010

Koboi separuh bogel mahu jadi presiden AS

NEW YORK: Sarah Palin dinasihatkan supaya berhati-hati kerana seorang lelaki separuh bogel telah mengumumkan rancangan untuk bertanding bagi menduduki Rumah Putih.
Lelaki yang sering melepak dengan bermain guitar di Times Square itu tampil hanya berseluar dalam, memakai topi dan but berkata, dia akan lengkap berpakaian jika dapat bertanding untuk jawatan di Rumah Putih.

Robert John Burck memaklumkan untuk bertanding merebut jawatan presiden Amerika Syarikat pada 2012 dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya:nakedcowboy.com.

“Amerika perlukan presiden yang percayakan rakyatnya. Saya akan berjuang untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat,” kata Burck, 40, dalam laman webnya. - AFP

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.