Friday, October 29, 2010

Pengundi muda tumpuan di Batu Sapi

SANDAKAN: Lagenda Batu Sapi, sejenis formasi batu yang kelihatan seperti seekor sapi berkaki tiga di muara sungai dekat sini, menjadi satu tarikan pelancongan di Sandakan.

Dalam satu perkembangan dilihat sebagai menguntungkan, ramai orang termasuk pemimpin dari seluruh negara, dijangka membanjiri kawasan indah ini sekurang-kurangnya untuk tempoh sembilan hari akan datang, bukan semata-mata untuk menikmati dan bercakap mengenai rahsia Batu Sapi yang berkaki tiga tetapi akan menumpukan perhatian kepada pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beberapa penganalisis politik menggelar pilihan raya ini sebagai ‘sailang’ atau pertempuran habis-habisan terutama bagi SAPP yang menaruh harapan menggunung agar presidennya Datuk Yong Teck Lee yang juga calon parti itu akan berjaya merampas kerusi itu daripada BN.

Mengakui pentingnya pengundi muda dalam menentukan kemenangan di Batu Sapi, Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Ruslan, berkata berdasarkan arah aliran politik semasa, generasi muda menumpukan perhatian kepada pilihan raya kecil, terutama selepas gelombang tsunami politik tanah air pada pilihan raya umum 2008.

“Kebanyakan mereka tidak sabar untuk mengundi pada pilihan raya kecil ini,” katanya kepada Bernama di sini. Sebaik sahaja selesai proses penamaan calon semalam, sesi kempen digunakan sepenuhnya oleh parti-parti yang bertanding untuk menarik pengundi.

Azman berkata adalah penting untuk rakyat terutama generasi muda untuk menyokong perjuangan BN melalui gagasan 1Malaysia yang menggunakan pendekatan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ kerana akan membawa manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

“Dalam hubungan ini saya percaya pengundi muda pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi tidak mudah terpengaruh dengan janji kosong pembangkang.

“Pembangkang boleh bercakap macam-macam termasuk janji untuk mendapatkan kuasa politik autonomi tetapi akhirnya rakyat akan dapat melihat logiknya.

“Jika anda melihat di sekitar bandar Sandakan hari ini, anda akan perasan terdapat banyak kemudahan untuk pendidikan dan institusi akademik telah wujud, tidak termasuk rancangan yang sedang dilaksanakan untuk menubuhkan pusat Pelajaran Sandakan yang baru.

“Kemudahan pendidikan ini adalah bukti kukuh kerajaan BN serius untuk memperkayakan generasi muda melalui pembangunan sumber manusia,” katanya.

Azman, yang berada di sini untuk mengetuai Pemuda BN berkempen untuk calon parti itu, Datin Linda Tsen Thau Lin, menggariskan beberapa faktor kenapa rakyat terutamanya golongan muda dalam kawasan itu harus menyokong BN.

Ini termasuk usaha ikhlas BN dalam menyediakan dan membabitkan golongan muda dalam pendidikan serta program sosial dan politik malah melibatkan mereka dalam perbincangan mengenai dasar, katanya.

“Kerajaan BN amat komited untuk membina generasi pemuda yang dinamik dan progresif pada abad ke-21,” katanya.

Selain Tsen dan Yong, seorang lagi calon bagi kerusi itu ialah Ketua PKR Tuaran, Ansari Abdullah.

Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, dari BN dalam kemalangan jalan raya pada 9 Okt lepas. Chong adalah suami Tsen.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi berdaftar. Pengundian ialah pada 4 Nov ini. -nst

27 comments:
Write comments
  1. Diharapkan pengundi-pengundi akan membuat pilihan yang terbaik dalam PRk Batu Sapi kali ini. Sila mengundi dengan sewajarnya supaya masa depan kawasan Batu Sapi akan terjamin.

    ReplyDelete
  2. Saya tidak sabar mahu melihat kesudahan pilihan raya kali ini. Selamat berjuang dan selamat mengundi.

    ReplyDelete
  3. semua pengundi berperanan dalam menentukan keputusan PRK ini nanti...

    ReplyDelete
  4. “Kebanyakan mereka tidak sabar untuk mengundi pada pilihan raya kecil ini,” katanya kepada Bernama di sini. Sebaik sahaja selesai proses penamaan calon semalam, sesi kempen digunakan sepenuhnya oleh parti-parti yang bertanding untuk menarik pengundi.

    saya juga tidak sabar menunggu tarikh 4 nov supaya semua senario2 pilihanraya ini selesai.

    ReplyDelete
  5. golongan muda kebanyakan adaah pengundi atas pagar, mereka ini perlu diberi perhatian kerana boleh memberi penyumbang besar dalam piliharaya.

    ReplyDelete
  6. Maka adalah penting bagi mereka untuk memancing pengundi muda.

    ReplyDelete
  7. The allocation with the RM4.41 Million to non-muslim organisation and the Chinese school in Sandakan may be giving more credits to PBS win the seat.

    ReplyDelete
  8. hanya parti yang telah berjaya membentuk kerajaan sahaja yang mampu membawa pembangunan dan membela nasib rakyat. jadi, buat lah pilihan yang terbaik untuk kebaikan masa depan Batu Sapi dan Sandakan.

    ReplyDelete
  9. Memang pengundi muda tidak dinafikan lagi menjadi tumpuan semua parti bertanding. Apa pun para pengundi muda undilah yang terbaik untuk semua dan bukan diri sendiri.

    ReplyDelete
  10. usaha kerajaan yang telah dan sedang dilaksanakan boleh dilihat dengan jelas dan ini merupakan realiti. janji2 pembangkang hanya boleh didengar dan belum tentu ianya mampu menjadi realiti atau mungkin terus sebagai fantasi. saya harap pengundi2 dapat membuat pertimbangan berdasarkan prestasi dan kemampuan bertindak.

    ReplyDelete
  11. Adalah satu perkara penting untuk rakyat terutama generasi muda untuk menyokong perjuangan BN melalui gagasan 1Malaysia yang menggunakan pendekatan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ kerana akan membawa manfaat kepada semua rakyat Malaysia. BN bukan hanya memperjuangkan diri tapi untuk rakyat dan negara kita yang pelbagai kaum dan bangsa.

    ReplyDelete
  12. Young generations are the key to future success. I'm not surprised.

    ReplyDelete
  13. I hope the young voters are mature enough to know which candidate deserve their votes.

    ReplyDelete
  14. Menurut ketua pemuda UMNO Sabah, pengundi muda kini berpusu2 untuk mengundi Batu Sapi. Itu menunjukkan satu kesan positif terhadap perkembangan politik di Sabah ini.

    ReplyDelete
  15. Mestilah pengundi muda sudah patut bertindak, mereka sudah veteran, sudah patut mencari pelapis.

    ReplyDelete
  16. I hope the younger generation will vote for the best candidate.

    ReplyDelete
  17. pengundi muda sekarang ni tahu siapa yang patut mereka pilih. sebenarnya tak yah kempen pun, pengundi muda dah pilih parti yang telah menunjukkan kebolehan dalam kepimpinan..

    ReplyDelete
  18. sandakan hub ni bakal muncul sebagai kawasan favourite untuk penduduk dan pelajar....saya harap banyak lagi rancangan di Sandakan dapat ditambah....BN tetap dihati

    ReplyDelete
  19. kemajuan sandakan adalah untuk semua!

    ReplyDelete
  20. Mestilah pengundi muda jadi tumpuan di Batu Sapi, sebab pengundian mereka ketika ini akan memberi kesan kepada seluruh generasi mereka selepas ini..

    ReplyDelete
  21. Masih ada banyak pengundi muda yang masih berada di atas pagar, setiap parti perlulah berusaha mendapatkan undian mereka. Semoga calon yang terbaik akan menang.

    ReplyDelete
  22. Pengundi muda memang menjadi sasaran namun harus diingatkan bahawa mereka juga akan menghancurkan sesebuah senario politik jika undian mereka lebih kepada pembangkang.

    ReplyDelete
  23. Popular terus batu sapi oo time PRK ni.. hehehe

    ReplyDelete
  24. Setiap kali pilihanraya pengundi muda pasti jadi sasaran.. Apapun alasanapat membuat nya, saya harap para pengundi dapat membuat pilihan yang tepat :)

    ReplyDelete
  25. Ya Jonny. Saya pun tak sabar mahu tahu keputusannya nanti... terutamanya nasib Datin linda... hhhmm, pasti gempak!!!

    ReplyDelete
  26. So, laksanakan t/jawab anda sebagai pengundi sebaik mungkin. Pastikan hanya calon yang terbaik bakal menang. Jom mengundi :)

    ReplyDelete
  27. Selamat berjuang dan selamat mengundi:)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.