Wednesday, October 13, 2010

PRK Batu Sapi : Tarikh pilihan raya diumum Jumaat ini

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaQln31h0R6ChcILW-9cmN2WMgeF7FeXp0AJSDoASamRo9DKVqH1-7RzlxS-TDm7LMk0Mx7Yxmiba0-rE3uJI-xkF_CyxWixw6c95sCNfCcaPEQVzXoN9UXONdxtrXxXdaBn2QIfphm4U/s320/big_Spr+Suruhanjaya+Pilihan+Raya+Malaysia01.gifSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada Barisan Nasional (BN) pada Sabtu lalu kerana terbabit dalam kemalangan motosikal.
SPR dalam satu kenyataannya berkata, notis kekosongan kerusi berkenaan diperoleh daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini.

"SPR akan mengadakan mesyuarat khasnya Jumaat ini di ibu pejabat SPR di Putrajaya dan satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas itu bagi mengumumkan tarikh pilihan raya kecil berkenaan," kata kenyataan itu. -BH

33 comments:
Write comments
  1. tarikh pilihanraya itu perlu ditetapkan pada tarikh yang benar2 sesuai.

    ReplyDelete
  2. tunggu dan lihat saja bila tarikh yang akan ditetapkan...semoga semua proses yang berkaitan akan berjalan dengan lancar..

    ReplyDelete
  3. Kita tunggu dengan pengumuman yang akan bakal diumumkan pada hari jumaat ini. Harap tidak akan timbul isu yang kuar berkaitan dengan tarikh pilihanraya tersebut.

    ReplyDelete
  4. Semoga piliharaya itu nanti akan berjalan dengan lancar dan tenang tanpa gangguan.

    ReplyDelete
  5. Kita ucapakan takziah kepada Datuk Edmund atas apa yang berlaku sabtu lepas. Kita cuma mengharapkan para calon yang bertanding akan memberikan sepenuh tanggungjawab untuk membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  6. Rakyat Batu Sapi haruslah memnunaikan tanggunjawab mereka untuk memilih siapa yang mereka yakin dapat membela nasib mereka. Jadi semua terletak ditangan penduduk itu sendiri. Jangan mudah terpedaya dengan janji manis pemimpin. Cuba fikirkan yang betul-betul terbaik untuk diri dan penduduk.

    ReplyDelete
  7. Pengundi Batu Sapi perlulah bersedia keluar mengundi, semoga segalanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
  8. Kita tunggulah bila tarikh pilihan raya kecil ini akan diputuskan.

    ReplyDelete
  9. mana2 parti yang bertanding, buat lah persiapan awal dari sekarang.

    ReplyDelete
  10. sudah tentu PRK Batu Sapi akan menarik perhatian seluruh rakyat Sabah untuk melihat siapa yang bakal menjadi pilihan rakyat. jadi, jagalah imej parti masing2 dan elakkan sebarang kekecohan yang boleh menjejaskan imej parti.

    ReplyDelete
  11. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  12. Sebagai tanda penghormatan, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Takziah kepada keluarga mendiang..

    ReplyDelete
  13. Kenyataan Datuk Patrick Sindhu kelmarin di DAILY EXPRESS:
    1. "Saya menyokong penuh apa yg dikatakan (oleh Yong) tentang Perjanjian Malaysia. Ini masa yg sesuai bagi Sabah & Sarawak utk menelitinya. Selama ini, terutamanya Sabah telah dipinggirkan, terkeluar dpd semua apa yg telah ditulis dalam perjanjian itu".
    2. "Selepas 47 tahun,... kita menyedari yg kita hanyalah sebuah negara baru yg dijajah oleh kuasa Malaya. Mereka melihat kita seolah olah hanya sebagai sebahagian dpd negara itu. Rakyat harus bangkit dan beri sokongan penuh".
    3. "Saya harap ia bukan gimik politik dan kita harap penduduk Sabah yg prihatin akan menulis petisyen kepada Ratu supaya perjanjian itu dipinda. Saya juga menggesa Sarawak melakukan perkara serupa".
    4. "Harus ada satu referendum utk membincangkan sama ada Sabah & Sarawak masih berminat (Untuk membentuk Malaysia) atau mahu mempunyai bahagian yg saksama".
    At last, ada juga pemimpin2 sabah yg bersuara tentang hal ini. Keep it Up.

    ReplyDelete
  14. Saya berharap gelombang perubahan rakyat akan benar2 berlaku pada pilihanraya akan datang. Sokonglah SAPP ( Parti Maju Sabah )..kerana hanya parti ini saja yang lantang memperjuangkan hak rakyat Sabah tanpa takut dengan parti import ( BN / Pakatan Rakyat ).. Kita mahukan parti tempatan di Sabah menegakkan hak Sabah.

    ReplyDelete
  15. anda boleh rasai sendiri gelombang suara rakyat yang inginkan perubahan di http://www.facebook.com/pages/1-Suara-Sabah/330360741939

    ReplyDelete
  16. apa yang rakyat sabah mahukan daripada pemimpin SAPP, bahawa kata2 itu bukanlah sekadar retorik semata2..tapi buktikanlah dengan usaha anda berurusan sendiri dgn Ratu Elizabeth, Kerajaan British dan Mahkamah ICJ bagi memulihkan Perkara 20 dan hak Sabah

    ReplyDelete
  17. hak sabah sebagai sebuah negara yang merdeka melalui British pada 31 Ogos 1963..hak sabah dalam sebuah Komanwel..hak sabah yang telah dirompak oleh penjajah Malaya

    ReplyDelete
  18. tidak kira bila pun tarikhnya nanti..para pengundi perlulah keluar mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

    ReplyDelete
  19. bila hari dah ditetapkan, buatlah persediaan untuk menghadapi piliharaya kecil ini.

    ReplyDelete
  20. Tunggu keputusan malam Jumaat nanti.

    ReplyDelete
  21. Ramai yang mengharap calon yang diturunkan oleh BN biarlah yang mempunyai ciri2 sepserti Edmund yang mana telah menarik hati ramai pengundi di kawasan batu Sapi.

    ReplyDelete
  22. Harap tarikh yang ditentukan tidak akan membebankan semua pihak dan sama rata sesuai dengan slogan SPR "cekap dan telus".

    ReplyDelete
  23. SPR haruslah menetapkan tarikh yang benar2 sesuai agar tidak menyusahkan pengundi dan juga parti yang bertanding.

    ReplyDelete
  24. kata2 SAPP hanya retorik semata-mata..isu yang dimainkan panas dalam beberapa hari dan kemudian menimbulkan isu baru yang kononnya akan menjadi fokus SAPP jika memerintah negeri Sabah..nyata SAPP hanya tahu berkata-kata..tindakan susulan jauh sekali dilakukan oleh SAPP/ YTL..rakyat memang mahu perubahan tetapi bukan melalui SAPP.

    ReplyDelete
  25. tunggu pada Jumaat ini keputusan dari SPR..

    ReplyDelete
  26. Biar pengundi Batu Sapi yang mengundi parti yang mereka mahukan. Selamat berjuang, dan selamat mengundi.

    ReplyDelete
  27. Tidak kira apa jua keputusannya, diharapakan itulah apa yang terbaik untuk rakyat Sabah dan penduduk Batu Sapi.

    ReplyDelete
  28. Every party is gearing up now. Anxiously waiting for the result now.

    ReplyDelete
  29. Pastikan yang layak yang akan menang.

    ReplyDelete
  30. Ok then, I'm looking forward to it.

    ReplyDelete
  31. Semoga calon yang terbaik akan muncul sebagai pemenang. Selamat berjuang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.