Tuesday, October 19, 2010

PRK Batu Sapi : BERBOHONG UNTUK KEKAL BERKUASA?

APABILA berjanji dia mungkiri; diberi amanah dia khianati. Itulah antara sifat orang munafik. Balasan dosa bagi orang munafik ialah dia dihumban jauh ke dalam neraka paling bawah. Itulah antara isi ceramah yang selalu kita dengar di mana-mana saluran, sama ada radio, tv, surat khabar, di masjid-masjid ketika khutbah Jumaat ataupun dalam kuliah-kuliah pada waktu maghrib dan subuh.

Ciri-ciri pemimpin munafik atau yang disifatkan sebagai pemimpin lidah bercabang ini sudah mula menyerlah kembali menjelang hampirnya musim pilihanraya. Bukti yang terpampang di hadapan mata rakyat Sabah beberapa tahun dahulu sehingga kini ialah hak pribumi Sabah untuk mendiami kampung halaman dengan selesa yang ala kadar; menduduki rumah kediaman sekadar untuk berteduh dari panas dan hujan dan sebagai ruang untuk merehatkan badan pada waktu malam bersama ahli keluarga, dimusnahkan oleh UMNO/BN Sabah.

Selepas selesai pilihanraya yang menyaksikan rakyat dibohongi dan dikhianati lagi selepas diperdaya dengan pelbagai janji manis yang ditabur semasa kempen dijalankan, kini Pemimpin UMNO/BN menabur janji malah ada yang sanggup bersumpah untuk kononnya mahu mempertahankan hak pribumi dan rakyat Sabah.

Lebih menjijikan lagi ada pemimpin yang melaungkan slogan ‘Sabah For Sabahans’, tetapi semua harta kekayaan Sabah dibolot untuk diri dan kroni-kroni mereka! Bukannya untuk rakyat Sabah! Tetapi disebabkan sifat munafik yang lama membudaya dalam diri para pemimpin UMNO/BN, kampung halaman yang didiami rakyat pribumi di Kg. Bakau, Kg Tengisan, Kg. Lembaga Padi, Kg. Wakap, Kg Labuan, Kg. Lupak Meluas, Kg. Landau, Kg Koyah; dimusnahkan dalam sekelip mata dan tanah-tanah adat milik mereka di Kinabatangan, Lahad Datu, Tawau, Keningau, Beluran, Tambisan, etc., dirampas untuk diberikan kepada taukeh yang memiliki Sijil Anak Negeri Palsu yang menjadi kroni UMNO.

Mereka inilah yang menyuapkan nasi ke dalam mulut para pemimpin UMNO/BN, mengisi kantong mereka dengan fulus, menyediakan kemudahan bermain golf dan menghadiahkan Ninja King di atas jasa-jasa mereka mengkhianati penduduk pribumi!

Belum lagi kita bercakap soal rumah-rumah masyarakat pribumi yang didirikan dalam kawasan Forest Reserve yang telah dibakar. Datuk Sam Mannan sendiri mengesahkan bahawa rumah-rumah ini terpaksa dibakar bagi mempastikan agar pemiliknya tidak kembali mendiami rumah tersebut!

Kini pemimpin munafik ini bermain wayang lagi dengan janji-janji manis, "Umno Ikhlas Untuk Membantu Rakyat Sabah!" Setelah Datuk Sam Mannan mengesahkan rumah-rumah dibakar, pemimpin munafik ini dengan rasa tidak malu membuat kenyataan bahawa kononnya ‘State Land’ akan ditukar status supaya boleh diberi hakmilik ‘communal title’.

Alasannya, supaya geran ini tidak boleh dijual. Bagi saya, ini suatu cerita dongeng zaman moden yang bertujuan memperbodohkan rakyat pribumi. Logiknya mudah, tukar status kononnya untuk 'communal title' tetapi secara diam-diam ‘communal title’ tidak diwujudkan dan jadikan ‘individual title’ lalu berikan kepada kroni UMNO.

Selepas itu buat kenyataan bahawa Jabatan Tanah membuat kesilapan. Ini semua cerita auta yang skripnya sudah tersedia untuk dijadikan drama.

Saya katakan kepada ahli-ahli UMNO yang saya temui; mereka juga memang sudah meluat melihat gelagat pemimpin lidah bercabang ini, bahawa pemimpin UMNO sebenarnya ikhlas untuk melihat masyarakat pribumi menjadi papa kedana dan kekal menjadi masyarakat setinggan yang boleh diusir pada bila-bila masa yang mereka kehendaki.

UMNO terus mengharapkan masyarakat pribumi hidup merempat kerana dengan cara itu sahaja UMNO akan terus kekal berkuasa. Yang diharapkan oleh masyarakat yang merempat ini ialah 10 keping zing, 10 batang beruti, 1 kampit beras, 10 tin ikan sardin, wang tunai RM50.00 dan generator pada setiap kali pilihanraya diadakan.

UMNO mampu untuk memberikan semua ini kepada mereka. Maka, akan selamanya begitulah nasib masyarakat pribumi selagi UMNO/BN berkuasa. Bayangkan, di mana kedudukan masyarakat pribumi dalam tempoh 5 tahun akan datang jika masih terus mengundi UMNO/BN dalam pilihanraya umum ke-13 ini.

Bayangkan di mana kedudukan masyarakat Cina yang mengungguli hampir semua sektor, baik ekonomi dan pendidikan dan cuba buat kajian kaum manakah di bumi Sabah ini yang memiliki jumlah keluasan tanah yang paling besar. Berapa ribu hektar tanah berstatus NT telah dirompak oleh pemilik Sijil Anak Negeri Palsu? Berapa ribu hektar pula tanah NT telah ditukar menjadi geran besar berstatus CL? Kenapa boleh berlaku? Siapa dalangnya? -Tranungkite

26 comments:
Write comments
  1. mmg dalam politik, pelbagai janji ditaburkan, namun tak semua dpt dilaksanakan.

    ReplyDelete
  2. Kita tidak tahu pula dengan PKR, adakah mereka memberi janji juga. Macam PULAU PINANG sekarang, janji tinggal dibelakang yang penting kuasa mereka. Kerajaan PP yang sebelum ini memberikan tanah kenapa rakyat dan tiba-tiba kerejaan PP mengambil semula tanah milik rakyat itu. Inikah kerajaan pembangkang??Tidak mustahil juga PKR akan buat di Batu Sapi lagi. Rakyat hanya gembira sekejap tapi selepas itu kecewa dan hampa.

    ReplyDelete
  3. BN haruslah kotakan janji yang telah diberikan kepada rakyat. Ini adalah untuk meyakinkan mereka bahawa kerajaan bukan yang parti yang janji tinggal janji sahaja. Dengan calon baru nanti untuk Batu Sapi, diharapkan akan mempertahankan hak rakyat.

    ReplyDelete
  4. Mari kita sokong BN untuk penduduk Batu Sapi.Ini bagi masa depan kita rakyat Sabah. Penduduk Batu Sapi janganlah mudah terpengaruh oleh janji-janji manis dan kata-kata yang memburukkan BN. Ini cuma strategi pembangkang untuk melemahkan BN dan menarik sokongan terhadap mereka. Oleh itu, jom kita sokong BN.

    ReplyDelete
  5. Setahu saya, tidak kira PKR ataupun BN juga menggunakan teknik janji manis ini untuk mendapatkan undian. Rakyat perlu berhati-hati dengan janjian bulan dan bintang ini dan hanya mengundi berdasarkan kemampuan calon.

    ReplyDelete
  6. janji yang diberikan perlulah ditunaikan. pihak pembangkang mungkin akan mencari kelemahan BN untuk dijadikan isu. tapi rakyat kena bijak membuat penilaian. jangan mudah terpengaruh dengan isu-isu yang sengaja ditimbulkan.

    ReplyDelete
  7. Tidak menghairankan. Perkara seperti ini selalu berlaku. Oleh itu, kita sebagai pengundi harus bijak menilai pemimpin.

    ReplyDelete
  8. Pemimpin yang gemar menabur janji-janji manis tidak akan disegani oleh rakyat.

    ReplyDelete
  9. Dan kita sebagai rakyat jangan mudah tertipu.

    ReplyDelete
  10. perkataan lidah bercabang sebelum ini sering ditujukan kepada PR. kini ditujukan kepada BN. sebelum ini memang banyak kawasan perumahan dirobohkan tetapi hanya penempatan haram dan telah dikenal pasti menjadi penempatan PATI sahaja yang menjadi mangsa. sebelum ini juga ada isu rumah yang telah dirobohkan dan dibakar kerana penghuninya adalah PATI yang memiliki IC secara tidak sah. jadi jangan membuat sebarang spekulasi tanpa usul periksa.

    ReplyDelete
  11. bagaimana pula dengan kerajaan DAP/PR yang merobohkan rumah penduduk2 melayu di Pulau Pinang, merobohkan gerai2 melayu,.. penindasan itu lebih jelas kerana melibatkan 100% penduduk melayu tempatan dan tanah penduduk kampung. oleh itu, jangan jadi munafik dengan mengiyakan sebelah pihak tapi menidakkan sebelah pihak..

    ReplyDelete
  12. mungkin pembangkang tidak ada cara lain untuk menang PRK Batu Sapi, jadi terpaksa memuatkan apa sahaja isu walaupun kerajaan melakukan perkara yang benar berdasarkan undang2. jika merobohkan penempatan haram adalah salah, ini bermakna jika pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan, akan lebih banyak penempatan haram dan bertambah jumlah bilangan PATI di Sabah.

    ReplyDelete
  13. rakyat kena menilai dengan bijak setiap isu yang dinyatakan. jangan mudah percaya dengan apa yang dinyatakan. mungkin pembangkang sengaja membangkitkan isu-isu ini untuk mendapat sokongan. tapi lihat saja negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang wujud pelbagai masalah.

    ReplyDelete
  14. sebaiknya jika dah berjanji tu, tunaikanlah.

    ReplyDelete
  15. Kepercayaan saya, hanya ALLAH sajalah yang tidak mungkir janjiNYA,.Janji Allah, ialah Mamasukkan orang yg berbuat dosa ke dalam api neraka dan memasukkan orang yang melakukan kebaikan dan mengikut perintah Allah ke dalam syurga,...

    ReplyDelete
  16. biasa dan sudah menjadi budaya ahli2 politik menaburkan janji kepada rakyat terutama masa pilihanraya sebagai cara untuk mendapatkan sokongan.

    ReplyDelete
  17. kebanyakkan ahli politik bersikap 'cakap tak serupa bikin'..tidak terkecuali mereka yang dari pihak pembangkang. sebenarnya bukan parti yang harus dipersalahkan tetapi adalah individu yang berbuat sedemikian..golongan ini menggunakan parti sebagai platfom untuk mendapatkan keuntungan dan kuasa..mereka inilah yang mencemarkan imej parti. mana2 parti harus menyingkirkan orang seperti ini.

    ReplyDelete
  18. ahli politik seharusnya tidak membuat janji yang tidak boleh direalisasikan atau sebagai alat mengaut keuntungan..namun, tuan punya badan sahaja yang boleh mengubahnya..tepuk dada tanya selera.

    ReplyDelete
  19. pihak berkenaan seperti SPRM dan polis haruslah menjalankan tanggungjawab mereka dengan telus dan amanah serta adil..mereka yang bersalah tidak harus dilindungi atas dasar kuasa politik..

    ReplyDelete
  20. Itu lah akibatnya kalau mendapat pemimpin 'lidah bercabang' tapi rakyat maseh tidak sedar.Sokongan dan pujian terus di beri walau pun pemimpin itu 'kotor' orangnya.Salah sendiri.Orang kata 'buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali'faham?

    Siapa kata pemimpin di Sabah tidak ada masalah sesama mereka.Dalam UMNO Sabah sendiri ada retaknya dan dalam BN Sabah retak menanti belah.Semuanya hanya berlakon dengan senyuman mereka tapi dihati lain pula.

    BN mungkin ada kelebehan dalam PRK Batu Sapi tapi saya sangat berharap kemenangan mereka hanya dengan majoriti yang tipis untuk rakyat tunjukan kepada Musa Aman bahawa mereka sudah bosan dengan janji kosong.

    Saya juga difahamkan penduduk Karamunting maseh menghadapi masalah air yang teruk.Juga menghadapi masalah penganguran disebabkan kurangnya aktiviti perniagaan.Malah banyak gudang gudang plywood sudah lingkup dan tutup pagar.Mana dia CM dari Sandakan itu Oi?

    ReplyDelete
  21. Kami sangat beruntung dapat pemimpin bagus Yb Justin Guka,..semua masalah kawasan beliau dapat diselesaikan,...carilah YB macam Justin Guka.

    ReplyDelete
  22. Pandai-pandailah kita menilai seorang pemimpin.

    ReplyDelete
  23. Kita tengoklah apa pilihan pengundi selepas pilihan raya kecil Batu Sapi.

    ReplyDelete
  24. Mungkinkah Selepas pilihanraya itu berakhir, Batu Sapi akan berubah dengan bertambah baik atau sebaliknya...

    ReplyDelete
  25. Kita hanya boleh tahu keputusannya setelah pilihan raya Batu Sapi dijalankan. Kita hanya boleh tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  26. When you win the seat in not with a proper manner, easy for you to loss the seat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.