Sunday, October 31, 2010

WAJARKAH ISU 20 PERKARA DI KAKI LIMA?

POLITIK Sabah sejak tahun 1963 selepas Sabah, Sarawak dan Singapura yang turut sama MALAYA membentuk MALAYSIA tidak sunyi dari mengharungi pelbagai polimik politik dalaman. Tanpa kehadiran Sabah, Sarawak dan Singapura (tiba-tiba keluar dari Malaysia 1965) tidak akan ada nama MALAYSIA disebut di carta dunia, malah di PBB hingga ke hari ini.

Disebabkan Sabah dan Sarawaklah, Malaysia terus menjadi sebutan pemimpin pemimpin dunia salah satu negara yang pesat membangun di rantau Asia, termasuklah kewibawaan pemimpin-pemimpin negara ini mampu bersaing malah berkebolehan berfikir setara dengan kebijaksanaan pemimpin lain di dunia yang kita rakyat Sabah tidak boleh nafikannya.

Bagaimanapun dari aspek politik wilayahnya, khususnya Sabah dan Sarawak, pihak Kuala Lumpur masih mempunyai isu-isu tertunggak yang belum diselesaikan sepenuhnya seperti yang terkandung dalam isu 20 Perkara yang dicadangkan oleh pemimpin-pemimpin Sabah sekitar tahun 1962 terdiri daripada Allahyarham Tun Fuad Stephen (Donald Stephen), Tun Mustapha, Datuk G.S Sundang dan Datuk Khoo Siak Chew dan beberapa pemimpin lain lagi.

Malahan kandungan 20 Perkara telah pun dibincang dalam mesyuarat IGC (Inter Government Committee) bersama tiga wilayah seperti Sabah, Sarawak dan Malaya sebelum dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kemelut isu rakyat Sabah dan Sarawak yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan pemimpin Persekutuan bertindak menodai Perlembagaan itu sejak lebih 20 tahun lalu.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa sejak kebelakangan ini iaitu selepas ‘Tsunami Politik’ tahun 2008 selepas PRU-12 pemimpin Kuala Lumpur dalam keadaan terhimpit dan terdesak mahu atau tidak, walaupun sudah terlambat akhirnya mereka terpaksa tunduk kepada kemahuan rakyat Sabah dan berjaya memecah kebuntuan isu 20 Perkara apabila perkara 4 (Borneosisasi) kerajaan Persekutuan telah melantik lima Pegawai Awam berasal dari Sabah mengetuai Jabatan Persekutuan yang penting di Sabah dan pertama kalinya menyambut ‘Hari Malaysia’.

Meskipun begitu, rakyat Sabah masih terus memburu saki-baki isu ketidak puasan hati mereka yang mereka dakwa terdapat isu tertunggak belum ditunaikan seperti kuasa autonomi wilayah Sabah, ‘Sabah for Sabahan’ dan keadilan pengagehan sumber kekayaan negeri Sabah seperti minyak dan gas daripada 5 peratus kepada sekurang- kurangnya 20 peratus.

Aspirasi rakyat berdasarkan maklumat 20 Perkara pada mulanya diperjuangkan oleh mantan Pengarah Insitut Kajian Sabah (IDS) Datuk Dr Jeffrey Kitingan sekitar tahun 1990-an ketika itu Sabah ditadbir oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, membuatkan Jeffrey merengkok ke dalam tahan ISA selama lebih dua tahun.

Titik tolak daripada kejadian tersebut, secara tidak langsung ia telah menyemarakkan lagi api kebencian rakyat Sabah terhadap Kuala Lumpur yang rata-ratanya menganggap penahan Jeffrey itu dirancang begitu rapi oleh para pemimpin Kuala Lumpur yang menidakkan terus hak dan tuntutan rakyat Sabah sepertimana yang terkandung dalam Isu 20 Perkara.

Ketika kempen semakin sedang rancak berjalan di PRK Batu Sapi, kelihatan isu serupa terus didendangkan oleh SAPP untuk meraih sokongan rakyat Sabah kerana tidak ada isu penting yang berjaya digubah untuk menarik hala sokongan para pengundi dan dalam masa yang sama ramai pemimpin cuba memadam api yang cuba dinyalakan SAPP dengan menyifatkan isu yang dikitar semula SAPP sebagai isu lapuk dan basi.

Menyemarakkan lagi kempen berkenaan, SAPP semakin menggunakan taktik berkenaan untuk membakar kebencian rakyat dan pengundi Batu Sapi dengan mencabar Ketua Menteri Sabah berdebat dengan beliau berhubung perkara tersebut; sebaliknya calon PKR, Haji Ansari Abdullah pula yang mendesak Yong agar berdebat dengannya setelah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menolak mentah-mentah cabarannya.

Ramai pemerhati politik mencadangkan jalan keluar kepada isu ini agar tidak dipolitikkan dengan menubuhkan jawatankuasa khas untuk merumuskan kembali ‘Isu 20 Perkara’ melalui forum yang lebih sesuai seperti Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat kerana tidak praktikal membincangkan isu negara di kaki lima pilihanraya kecil.

“Supaya tidak ada pihak mengambil kesempatan di dalam kesempitan, Isu 20 Perkara harus menjadi Usul di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat. Senario akan lebih menarik dan berkesan jika dibincangkan secara legislatif,” ujar seorang pemerhati politik daripada Kuala Lumpur.

Oleh: JACKSON LU (sabahkini)

23 comments:
Write comments
  1. saya setuju isu berat seperti ini dibincangkan secara legislatif seperti yang disarankan oleh penulis, sekaligus mencari penyelesaian secara profesional tanpa dipengaruhi oleh kepentingan politik mana2 parti.

    ReplyDelete
  2. SAPP tidak perlu mendesak untuk mengadakan debat berkenaan dengan isu ini dalam PRK Batu Sapi, kerana tindakan itu bukan bersifat penyelesaian.

    ReplyDelete
  3. setuju dengan evan medhousky.. debat tidak bersifat penyelesaian. malah ianya mungkin dilakukan hanya untuk tujuan politik.

    ReplyDelete
  4. perkara berkaitan perjanjian 20 ini tidak praktikal diperdebatkan di kaki lima. ia boleh menyeramakkan perasaan tidak puas hati rkyat. seperti kata penulis, ia sesuai dijadikan usul di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  5. Inilah hidup politik. Perkara yang berlalu mahu dibangkitkan semula. Memang susah hidup dalam politik. SAPP telah menggunankan ISU 20 Perkara yang dicadangkan oleh pemimpin-pemimpin Sabah sekitar tahun 1962 terdiri daripada Allahyarham Tun Fuad Stephen (Donald Stephen), Tun Mustapha, Datuk G.S Sundang dan Datuk Khoo Siak Chew dan beberapa pemimpin lain lagi. Tapi kita nampak sendiri, kerajaan pusat akan melakukannya dengan perlahan-lahan. kerana perkara sebegini bukan mahu dilaksanakan dengan terus tapi mesti dengan berperingkat-peringkat.

    ReplyDelete
  6. Kita mengharapkan tindakkan SAPP ini tidak akan membawa kebencian berlaku. SAPP memang sengaja membangkitkan isu 20 perkara ini. Tapi sekiranya SAPP menang sekali pun, bolehkah SAPP melakukannya atau ini hanya satu permainan kemenangan sahaja??

    ReplyDelete
  7. mengapa perlu didebatkan 20 Perkara pada masa pilihanraya dan tidak dalam Dewan Negara secara profesional? yang diperlukan adalah keputusan dan bukannya retorik yang dihamburkan pada masa pilihanraya untuk meraih sokongan dan undi rakyat.

    ReplyDelete
  8. memang tidak wajar 20 Perkara di kaki lima..sekejap dipungut sekejap dibuang..

    ReplyDelete
  9. walau bagaimanapun, KL tidak harus terus menerus mengekang sabah..apa yang telah dimeterai harus ditunaikan..

    ReplyDelete
  10. Rakyat Batu Sapi janganlah terpengaruh dengan kata-kata pemimpin yang kununnya memperjuangkan sesuatu yang tidak ada kepastian yang sebenar. Mungmin ini hanya mainan politik di tempat tersebut. Tapi kita percaya lepas itu tinggal semua selepas PRK tersebut.

    ReplyDelete
  11. WAJARKAH ISU 20 PERKARA DI KAKI LIMA?

    Why not? But I don't think by just debating it could solve anything.

    ReplyDelete
  12. Federal kena ambil serius isu ini, dan rakyat di Sabah rata2 mengetahui bahawa kepentingan perkara 20 sudah lama tidak dipatuhi. Terdapat banyak lompang2 yang harus diperbaiki dengan kadar yang segera. Bagi saya federal kena bertindak jika tidak saya pasti perubahan undi akan berlaku pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  13. penduduk Batu Sapi perlu menilai dengan sebaiknya parti mana yang terbaik untuk mereka. kebanyakan rakyat pasti sudah tahu parti mana yang selama ini berjasa kepada mereka.

    ReplyDelete
  14. Isu Sabah for Sabahan yang dilaungkan oleh Yong Teck Lee hanyalah ratorik semata-mata, Yong pernah menjadi Ketua Menteri Sabah pada 1996-1998. tapi tak pernah pun Yong membangkitkan isu berkaitan Perkara 20. kini apabila dia tak berkuasa dan menjadi pembangkang bermacam- macam isu pula dibangkitkan.

    ReplyDelete
  15. Isu 20 perkara telah lama berlalu. Apa yang terjadi dengan Jeffrey, anda pasti tahu.

    ReplyDelete
  16. Lain hari barulah membawa bincang perkara ini, sekarang dah dekat Pilihan raya kecil, semua orang hanya berminat memainkan isu-isu lampau dan tidak berniat menyelesaikannya.

    ReplyDelete
  17. Perkara ini perlu dibincang bersama kerajaan pusat untuk mendapatkan cara penyelesaian yang baik. Kerana ini adalah perjanjian antara Sabah, Sarawak bersama dengan Malaya.

    ReplyDelete
  18. Bagi saya, walaupun 20 perkara ini isu lapuk, sudah sampai masanya untuk kerajaan merujuk kembali perjanjian lama ini. Perjanjian adalah perjanjian. Sabah telah menyumbang besar dalam pembangunan Semenanjung, kenapa pula Sabah harus dianaktirikan?

    ReplyDelete
  19. Namun, tindakan YTL saja yang tidak boleh diterima pakai di Batu Sapi. Apabila sudah dekat pilihanraya barulah nak bising pasal Perkara 20. Kenapa tidak bertindak sejak beliau menjadi KM Sabah dulu? Harap YTL boleh bagi jawapan.

    ReplyDelete
  20. Bukan 20 perkara itu tidak penting cuma konsep yang diamalkan adalah tidak relevan lagi.

    ReplyDelete
  21. Tiada guna jika asyik gunakan alasan ini untuk menentang lawan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.