Sunday, October 17, 2010

500 Sertai Demo Bantah Surau Dan Pasti Di Bkt Katil Melaka

Demonstrasi aman anjuran Badan Bertindak Perobohan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Surau Bukit Katil semalam berjaya memberikan gambaran kepada pihak berkuasa bahawa rakyat menolak kezaliman dan penindasan.

Mereka bukannya menolak pembangunan tetapi pembangunan itu mestilah memberikan manfaat serta tidak menjejaskan kepentingan rakyat.

Tindakan kerajaan BN Melaka yang dilihat sengaja mengambil tapak Pasti dan surau untuk dibuat jalan menimbulkan kemarahan penduduk Kampung Bukit Katil kerana bagi mereka kerajaan boleh mengambil tanah kosong yang ada di kawasan lain untuk dibuat jalan.

Malah tindakan itu juga disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.

Demonstrasi semalam dikatakan berjaya kerana berjaya mengumpulkan kira-kira 500 orang penduduk setempat dan kawasan sekitarnya termasuk tuan-tuan tanah yang terlibat.

Demo yang diadakan selepas solat Jumaat di hadapan Masjid Bukit Katil petang tadi telah diganggu oleh pihak polis selepas hanya kira-kira lima minit dimulakan.

Polis meminta pihak penganjur menghentikan program tersebut atas alasan mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.

Dalam ucapan ringkas, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah kepada Pasti dan surau tersebut.

"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.

“Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, Pasti dan rumah rakyat," ujarnya bersemangat.

Tindakan itu, katanya adalah perbuatan membalas dendam dan berteraskan politik serta dengki melihat kebangkitan rakyat bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek menyifatkan tindakan itu sebagai bukti bahawa kebajikan dan kedaulatan rakyat telah hapus dengan penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan.

"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah," ujarnya.

Semua pemimpin utama PR negeri hadir antaranya Pengerusi DAP, Goh Leong San; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan Ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin. -Sofi Wahab











13 comments:
Write comments
  1. harap pekara ini dapat diberikan penjelasan. janganlah pula ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mempolitikkan pekara ini.

    ReplyDelete
  2. Betulkah perkara ini untuk membalas dendam? Ini tidak logiklah, takkan BN mahu menimbulkan kemarahan rakyat bila PRU-13 dah hampir. Mereka tak takut hilang undi? Ataupun ada orang dalaman yang sedang mensabotaj BN?

    ReplyDelete
  3. Sebaiknya perkara ini disiasat dan penjelasan diberikan.

    ReplyDelete
  4. sebaiknya kerajaan tmpil memberikan penjelasan, jgn biarkan isu ini menjadi agenda politik pembangkang.

    ReplyDelete
  5. Tidak lama pembangkang akan mula menggunakan isu ini sebagau agenda politik mereka. Memang tidak sukar dijangka.

    ReplyDelete
  6. Oleh itu, kerajaan haruslah memberi penjelasan!

    ReplyDelete
  7. kenapa mesti buat demo? bukankah itu menyusahkan orang awam yang lain?.. tidak adakah cara lain yang boleh PAS gunakan selain dari mengadakan demo?

    ReplyDelete
  8. kita tunggu apa penjelasan dipihak kerajaan berhubung dengan isu ini. pasti ada penjelasan yang bukan atas sebab balas dendam atau berteraskan politik sepertimana yang didakwa oleh PAS.

    ReplyDelete
  9. Masalah disini semua macam pembangkang saja itu. Mesti ini kerja pembangkang yang saja mahu menjadikan isu berhubung kes ini. Apa salahnya sekira mereka yang berkaitan terus jumpa dengan kerajaan dan bukan mencari orang untuk buat demontrasi bantahan. Memang inilah kerja pembangkang yang suka membuat kecoh.

    ReplyDelete
  10. Tetapi amat menghairankan apa sudah jadi dengan PAS Pulau Pinang?
    Begitu banyak kampung2 melayu yang dirobohkan, janji ketua menteri P.P tidak ditunaikan, tetapi PAS mendiamkan diri, jauh sekali untuk berdemo dan membantah.

    ReplyDelete
  11. isu ini telah menjadi agenda politik pembangkang, tak perlulah nak buat demo, hal ini boleh diselesai dgn cara baik.

    ReplyDelete
  12. Macam tidak logik saja.. Harap siasatan dijalankan.

    ReplyDelete
  13. Kenapa mereka selalu ingin membuat demo jika berlaku ketidakpuasan hati? Tidak patut dicontohi!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.