Sunday, October 17, 2010

Perlu Tindakan : Lahad Datu Bandar Kotor?

* Seorang pengadu yang berasal dari Daerah Lahad Datu menyeru agar pihak bertanggungjawab melakukan sesuatu bagi memastikan Bandar Lahad Datu bebas daripada jolokan ‘bandar kotor’.

Pengadu yang enggan mendedahkan identiti dirinya ini mendakwa, Bandar Lahad Datu kini bukan sahaja semakin dibanjiri oleh pendatang tanpa izin yang menjaja di ruangan kaki lima kedai tetapi juga semakin kotor akibat sampah sarap yang bertaburan.

“Saya hairan bagaimana keadaan ini boleh berlaku dan para penjaja pula menjalankan kegiatan mereka secara terbuka…. Malah melalui pemerhatian saya, hal ini seolah-olah tidak diberi perhatian oleh pihak yang bertanggungjawab,” adunya kepada ActionLine.

Pengadu turut memaklumkan bahawa perkara itu telah berlanjutan sejak sekian lama dan jolokan ‘bandar kotor’ seolah-olah sudah sinonim dengan bandar tersebut.

“Bandar Lahad Datu sepatutnya bersih dan memberikan imej yang baik kepada masyarakat Lahad Datu, namun keadaan yang berlaku sekarang ini adalah sesuatu yang amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku di Sabah… Saya faham jika hal ni baru berlaku, ia mungkin mengambil masa yang lama untuk ditanggani; tetapi apa yang saya tak faham ialah hal ini sudah berlanjutan lebih daripada 15 tahun – malah bertambah teruk hari demi hari,” tambahnya lagi.

Pengadu berharap agar aduannya dapat diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi kepentingan bersama.

“Saya harap, semua pihak beri kerjasama… jangan biarkan sampah sarap dan penjaja haram menghiasi bandar Lahad Datu. Ia bukan saja memberikan tanggapan yang buruk terhadap masyarakat di Lahad Datu; malah jika dibiarkan ia mampu mencetuskan wabak penyakit,” katanya.

* ActionLine cuba menghubungi Majlis Daerah Lahad Datu bagi mendapatkan penjelasan lanjut namun dimaklumkan bahawa semua pegawai mempunyai tugasan luar dan mungkin hanya dapat dihubungi Isnin depan. -NST

28 comments:
Write comments
  1. kepada penduduk lahad datu, sabar sabarlah k, sebulan sebelum dunia kiamat barulah kerajaan bertindak keatas PATI ni. buat masa sekarang, PATI ini sgt berguna khasnya kepada BN sbb byk bantu dlm pilihanraya ( tanya James Ratib. katanya tak payah soal mana PTI ni dapat IC yg penting, mereka ini penyumbang kemenangan BN dlm pilihanraya ) sampah yg kotor2 tu, tak tahulah nak komen, pandai2lah cari tempat yg bersih sikit utk lepak ke apa..

    ReplyDelete
  2. harap masalah sampah dan penjaja haram dapat diambil tindakan agar Lahad Datu menjadi bandar yang bersih dan mempunyai imej yang baik pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  3. Diharapkan semua pihak memberi kerjasama mereka untuk memastikan bandar mereka bersih. Kerajaan juga harus membuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah PTI di Lahad Datu kerana ia penyebab utama bandar tersebut semakin kotor.

    ReplyDelete
  4. Bandar Lahad Datu memang dah lama digelar bandar sampah, masalah PATI juga dah lama membanjiri LD.

    Diharapkan pihak berkuasa di kawasan itu boleh mengatasi masalah kekotoran dan kerajaan boleh menangani isu PATI.

    ReplyDelete
  5. Kita tunggulah penjelasan lanjut setelah ActionLine dapat menghubungi pihak terlibat.

    ReplyDelete
  6. setiap orang dilahadatu ambil satu sampah dan buang ke dalam tong sampah. amalkan hari-hari.insyaallah anda pasti nampak perubahannya.

    ReplyDelete
  7. bandar yang kotor ini menjejaskan imej Lahad Datu, bandar ini perlu dibersihkan daripada sampah sarap dan PATI yang semakin berleluasa.

    ReplyDelete
  8. terutamanya dikawasan pasar. suasananya yang penuh dengan PATI dan sampah sarap amat mencemarkan pemandangan.

    ReplyDelete
  9. saya rasa ini bukan pertama kali aduan dibuat. kenapa masalah ini masih berteruskan sedangkan bandar Lahad Datu tidaklah sebesar Bandaraya KK, Sandakan atau Tawau.

    ReplyDelete
  10. masalah sampah di lahad Datu ni sukar nak selesai selagi sikap penduduknya yng suka membuang sampah merata tak dikikis.

    ReplyDelete
  11. suasana kotor pasti akan menjejaskan imej Lahad Datu. harap masalah ini dapat ditangani..

    ReplyDelete
  12. Sungguh memalukan bandar Lahad Dato sekiranya demikian. harap pihak MBLD bertindak dengan semua ini. Jangan sampai Lahad Datu menjadi daedrah terkotor di Sabah.

    ReplyDelete
  13. Masalah ini perlu ditangani. Masalah kotor banyak membawa kepada pelbagai penyakit. Memang kehidupan yang tidak sihat dengan suasana kotor. Harap pihar berkuasa akan mengambil tindakkan berhubung pengadu ini. Kedua-dua masalah perlu diselesaikan sekali, PATI dan kebersihan.

    ReplyDelete
  14. betul samsiah. persekitaran kotor undang penyakit berbahaya. entah bila tindakan keras akan diambil..

    ReplyDelete
  15. Orang ramai di sekitar juga harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku . Keadaan tidak akan berubah jika mereka sendiri tidak ingin berubah dalam menyelesaikan maslah ini.

    ReplyDelete
  16. kebersihan bandar lahad datu bukan hanya terletak pada bahu kerajaan sahaja tetapi juga penduduknya..jika tabiat penduduk yang suka membuang sampah merata-rata, berkali-kali dibersihkan oleh kakitangan Majlis Daerah juga tidak berguna..oleh itu kesedaran akan pentingnya kebersihan bandar perlu ada pada penduduk setempat. menyalahkan isu ini kepada pihak kerajaan semata-mata adalah tidak patut..fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  17. adalah lebih baik sekiranya diadakan aktiviti kemasyarakatan antara penduduk dengan pihak berkuasa tempatan bersama2 bergotong-royong membersihkan bandar lahad datu..bukan sahaja meningkatkan kesedaran malah akan menjadi contoh kepada bandar2 dan pekan2 yang lain..

    ReplyDelete
  18. berhubung dengan PATI yang bertaburan menjaja di bandar lahad datu harus ditangani. pasukan keselamatan awam harus melakukan rondaan harian dan operasi penangkapan PATI.

    ReplyDelete
  19. jika menurut pengadu di mana seolah2 isu PATI ini tidak diberikan perhatian oleh pihak berkenaan menunjukkan bahawa pihak berkenaan itu tidak komited menjalankan tugas mereka (makan gaji buta). lebih2 lagi dikatakan oleh pengadu, PATI berjaja secara terbuka di kaki lima. pihak berkenaan harus memantau perkara ini segera dan teruskan pemantauan..

    ReplyDelete
  20. apa pun, tindakan yang sewajarnya harus dilakukan bagi menyelesaikan perkara ini. PATI harus dibuang dari negeri sabah..demikian juga mereka yang memegang MyKad hasil projek IC dan IMM13.

    ReplyDelete
  21. Pihak berkuasa harus melakukan sesuatu agar nama baik Lahad Datu dapat dijaga.

    ReplyDelete
  22. PATI ini memang adalah punca kepada kebanyakan masalah dalam negeri kita.

    ReplyDelete
  23. Tingkatkan usaha untuk memperbaiki imej Lahad Datu sebagai sebuah bandar yang berwibawa. Jangan hanya pandai mengungkap kata2 di bibir saja.

    ReplyDelete
  24. Indeed. Lahad Datu shouldn't be treated as second class city for that matter. I must agree that PTI is the mother of this problem.

    ReplyDelete
  25. So you guys should do something to make it clean. Why Kuching can achieve that?

    ReplyDelete
  26. Bah, ajar diorang di Lahad Datu kebersihan

    ReplyDelete
  27. Peniaga haram di LD juga salah satu faktor kekotoran LD.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.