Monday, October 11, 2010

10.10.10, teringat janji 10 ekar?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinrsMj81lMd8KyplxPICqRtcMiYvBZ0mDHBpvWfjFIggQIVnVIegullRDhtaI8xvfBWkImFpOVTy5rriyRgaWdr5vp_nDwtkpdDeRNZ20S1d8btC1gCgD_glTH5AHxp37N4jwK_1t1fNk/s320/Image027.jpgHari ini tarikh 10.10.10 atau sepuluh haribulan Oktober tahun 2010.
Ketika minum tea, seorang rakan menyapa sambil menyebut :

'Teringat aku janji pemimpin masa kempen Pilihanraya Umum tahun 2008 yang lalu, janji sepuluh atau hingga 15 ekar tanah pertanian untuk penduduk Kunak. Siapa ada baca akhbar masa tu, tentu masih ingat. Masa tu, calon ada berkempen di Kampung Bagiang Kunak', katanya.

Walaupun sudah lebih dua tahun 'janji itu disaji' namun tidak nampak sekelumitpun perkembangan positifnya terutama dalam usaha menterjemah janji tersebut.

Difahamkan, janji 10 ekar tanah itu untuk Ketua-ketua cawangan Umno di Kunak dan beberapa ahli cawangan mereka.
Saya bertanya kepada rakan tadi : 'Kalau hanya Ketua Cawangan Umno yang diberi tanah pertanian seluas 10 hingga 15 ekar itu, apa pula yang diberi kepada pengundi lain yang bukan ahli Umno tetapi mengundi BN pada PRU 12 lalu?', soalku

'Tidak pasti. Mungkin ada habuan atau janji lain', jawab rakan dengan selamba.
Biasalah.. siapa pun yang akan jadi calon parti akan ada janjinya dan manifestonya ketika berkempen. Matlamat hanya satu iaitu menang pilihanraya. Tapi harus diingat, jangan hanya tahu berjanji, kelak memalukan diri jika gagal menunaikannya', jelas rakan berambut ala-ala Mr.Bean' .

Dia berseloroh pula sambil nyanyi tersekat-sekat :
'Sepuluh budak hitam ............. ............. ............. .............'

Kami beredar dari kedai kopi itu. Kalau bercerita pasal politik ni memang tak habis. Sampai PRU 13 pun masih ada cerita dan janji-janji pemimpin di Kunak ini yang belum tertunai!

-http://kunakpress.blogspot.com

22 comments:
Write comments
  1. Lantik seorang pemimpin yang berada di kalangan orang2 Kunak.

    ReplyDelete
  2. Ingatilah janji-janji manis tidak semestinya akan ditunaikan. Yang penting adalah memilih calon yang berkemampuan.

    ReplyDelete
  3. Sesiapa saja boleh menjanjikan bulan dan bintang, tidak kira PKR ataupun BN. Diharapkan rakyat akan pandai menilai calon berdasarkan kebolehan dan bukan perjanjian sahaja.

    ReplyDelete
  4. pemimpin perlulah menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

    ReplyDelete
  5. janj2 yg telah diberi hendaklah dilaksanakan. jika tidak, sokongan rkyat akan berubah.

    ReplyDelete
  6. dalam politik janji itu perkara biasa.. sebab itu rakyat jangan mudah terpedaya dengan janji oleh mana2 parti politik.

    ReplyDelete
  7. mana2 pemimpin yang telah dikenal pasti suka menabur janji kosong wajar disingkirkan. cukuplah hanya sekali beliau menipu rakyat, jangan bagi peluang kedua kali.

    ReplyDelete
  8. dalam politik bermacam macam jnji akan ditaburkan, tapi tidak semua akan ditunaikan, rkyat kena bijak menilai janji2 yang ditaburkan oleh wakil rkyat.

    ReplyDelete
  9. Pastikan kita menunaikan janji kita yang telah kita berikan. jangan sudah dapat apa yang kita mahu tinggal segalanya.

    ReplyDelete
  10. memanglah MANIS di BIBIR, yang penting MENANG...kesian makcik dan pakcik sudah kena TIPU..

    ReplyDelete
  11. Dalam banyak2 para politician, SIAPA yang benar-benar telah melaksanakan seperti yang sudah dijanjikan? Paling-paling tangki air, zink, generator dll. dibagi buat rakyat...kemudahan asas, tanah, jangan mimpilah dapat..

    ReplyDelete
  12. entah betul entah tidak dengan apa yang dicakap dalam artikel ni. para pembaca kenalah pandai menilai mana satu betul mana tidak...

    ReplyDelete
  13. perlu ada juga WINDOW SHOPPING untuk lihat ketelusan YB di setiap kawasan...:)

    ReplyDelete
  14. 10:10:10 ni nombor ekor...ramai yang saya tengok berbaris beli nombor tu...hahahaha

    ReplyDelete
  15. kita tidak tahu apa cerita sebenar. mungkin belum atau mungkin suda ditunaikan tapi tidak dihebohkan.. sepatutnya penduduk kampung yang bersuara supaya janji itu ditunaikan.

    ReplyDelete
  16. biasalah dalam politik..senang mulut untuk berkata-kata tetapi payah untuk ditunaikan..

    ReplyDelete
  17. janji2 politik tidak boleh dipercayai sepenuhnya..rakyat haruslah lebih bersikap realistik..

    ReplyDelete
  18. demikian juga para ahli politik...janganlah ditaburkan janji2 manis yang sudah pasti tidak dapat ditunaikan..harapan palsu yang diberikan ini ibarat satu penipuan..dan mereka yang menipu akan terima balasannya..

    ReplyDelete
  19. senario politik malaysia kini mengalami perubahan..kesedaran akan kepentingan masa depan semakin meningkat di kalangan rakyat terutama di kalangan pengundi2 muda yang lebih berpendidikan.

    ReplyDelete
  20. Jika tdak dapat tunaikan jangan berjanji kalau tidak nanti berhadapan dengan orang kampung, nama sendiri yang akan buruk...

    ReplyDelete
  21. Pandai-pandailah memilih calon yang betul-betul sesuai untuk memimpin.

    ReplyDelete
  22. Pemimpin sendiri juga jangan suka-hati membuat pelbagai janji tapi akhirnya tidak dapat melaksanakannya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.