Wednesday, November 3, 2010

1014 Pegundi Pos Batu Sapi telah Mengundi

SANDAKAN: Pengundian bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi bermula hari ini melibatkan 1,014 pengundi pos terdiri anggota polis dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mereka adalah antara 1,615 pengundi pos bagi pilihan raya kecil itu, dengan 601 lagi membabitkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang layak untuk mengundi esok.

"Sehingga 11 pagi tadi, proses undi pos di tiga pusat undi pos berjalan lancar," kata Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Batu Sapi Mohd Hamsan Awang Supain ketika ditemui pemberita di pusat undi pos bagi petugas SPR di Pejabat Majlis Perbandanran Sandakan di sini.

Anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am mengundi di Pejabat PGA di Karamunting, anggota polis lain di Pusat Giat Mara Sandakan dan petugas SPR di Pejabat Majlis Perbandaran Sandakan.

Anggota TLDM akan mengundi esok di Taman Samudera di Batu 5 di Jalan Labuk.

Mohd Hamsan berkata undi pos bagi petugas SPR adalah dari 8 pagi hingga 4 petang manakala undi pos bagi anggota polis adalah dari 9 pagi hingga 4 petang.

Seramai 24,047 pemilih biasa layak mengundi pada Khamis ini di 12 pusat mengundi.

Pilihan raya kecil itu melibatkan Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Barisan Nasional, Datuk Yong Teck Lee daripada Parti Maju Sabah dan Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat. -BERNAMA




12 comments:
Write comments
  1. Diharapkan undian ini diurus dengan adil dan bersih.

    ReplyDelete
  2. semoga yang terbaik akan menang dalam PRK ini.

    ReplyDelete
  3. undi pos telah dijalankan, undi sebenar akan diadakan esok 4 nov. buatlah pilihan yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Semoga undian ini akan berjalan dengan baik dan adil. Tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku.

    ReplyDelete
  5. Selamat mengundi dan buatlah undian yang tepat.

    ReplyDelete
  6. Ya Jonny. saya harap PRK ni berjalan dengan adil dan bersuh.

    ReplyDelete
  7. Betul joey. Sama2 lah kita harapkan yang terbaik menang:)

    ReplyDelete
  8. Para pengundi di BS harus manfaatkan masa ni sebaik mungkin. Jalankan tanggungjawab dan buatlah pilihan yang terbaik. Jangan sampai berlaku penyesalan pula.

    ReplyDelete
  9. Apapun, sama2 lah kita nantikan keputusannya dengan tenang.

    ReplyDelete
  10. BN ingin mendapat 2000 undi daripada kaum Cina.Anda rasa bagaimana?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.