Tuesday, November 2, 2010

SIAPA SUDAH MULA MAIN KOTOR?

KEMUNCAK penentuan ibarat ‘menghitung hari’ siapakah bakal dinobatkan pengundi Parlimen Batu Sapi sebagai ‘Wakil Rakyat Baru’ untuk 30 bulan lagi setelah hanya kira kira 45 jam dari sekarang percaturan politik di PRK Batu Sapi akan ditutup.

Kerancakan mengatur langkah dan strategi di pusingan terakhir bagi setiap parti politik yang bertanding seperti BN, PR dan SAPP nampak jelas begitu ketara sekali kesibukannya sehinggakan ada calon yang kebingungan kerana program debat sini dan debat sana, akhirnya calon PKR Haji Ansari tersesat ‘venue’.

Haji Ansari pada mulanya menyangkakan perhimpunan SAPP di Dewan Serbaguna Hakka, Batu 6, pada Ahad yang dihadiri kira-kira lebih 2,000 orang itu adalah ‘venue’ debat di antara Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dengan Calon SAPP Batu Sapi Datuk Yong Teck Lee, tetapi sebenarnya debat itu telah dibatalkan.

Bagaimana pun, Ansari setelah dimaklumkan Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong bahawa debat itu telah dibatalkan beliau telah meninggalkan tempat itu walaupun dipelawa untuk duduk di kerusi depan selaku tetamu kehormat untuk mengikuti ceramah politik di situ.

Sementara itu, dipihak BN pula petugas parti itu kini sibuk mengatur strategi lain dalam usaha terakhir menarik seberapa ramai pengundi Batu Sapi untuk memihak/mengundi kepada calon BN Datin Linda Tsen pada 4 November kelak.

Di kawasan perkampungan pengundi bumiputra Islam kelihatan beberapa tompok dan longgokan barangan peralatan rumah seperti zing dan sebagainya konon untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan.

Salam Hormat,

YUSOP Z (sabahkini)

18 comments:
Write comments
  1. Diharapkan pilihan raya kecil ini akan berjalan lancar, bersih dan adil.

    ReplyDelete
  2. pengundi pasti cukup bijak untuk menilai siapa yang mampu membantu mereka dan siapa yang hanya tahu bercakap sahaja.

    ReplyDelete
  3. diharapkan mereka siapa yang berjaya nanti akan membantu rakyat yang memerlukan pertolongan.

    ReplyDelete
  4. Tidak perlulah untuk main kotor. apa yang perlu caubalah bantu rakyat bukan asyik fikirkan pasal debat seperti YTL. Debat yang tidak akan ada kesudahannya dan penyelesaian nanti. Itu tidak berguna langsung kepada rakyat debat semua. Apa yang penting cubalah bantu rakya. itulah yang terpenting sekali.

    ReplyDelete
  5. Semoga pengundi akan tahu siapa yang terbaik untuk mereka janganlah pengundi takut untuk memilih yang terbaik untuk mereka. Selamat mengundi semua rakyat Batu Sapi.

    ReplyDelete
  6. Pengundi adalah penentu untuk kemenangan sesebuah parti. Pastikan anda membuat pilihan terbaik.

    ReplyDelete
  7. Jangan mudah terpengaruh dengan mainan politik.

    ReplyDelete
  8. tak ada yang main kotor dalam persaingan ini. rkyat bebas memilih calon yang mereka inginkan.

    ReplyDelete
  9. Kerancakan mengatur langkah dan strategi di pusingan terakhir bagi setiap parti politik yang bertanding seperti BN, PR dan SAPP nampak jelas begitu ketara sekali kesibukannya. Adakah rakyat akan mengundi parti yang begitu aktif berkempen tapi tiada memberikan peruntukan untuk kemajuan khusus rakyat Sabah. yang pastinya rakyat akan mengundi kepada parti yang berjasa.

    ReplyDelete
  10. Jika pun diberi, rakyat ambil saja, tapi undian tetap rahsia...

    ReplyDelete
  11. Diharapkan pengundi membuat penilaian yang bijak. Undilah yang terbaik untuk masa depan Batu Sapi.

    ReplyDelete
  12. Janganlah ada yang main kotor dalam persaingan ini. Pemimpin berhak bertemu dengan rakyat dan berkempen dan rakyat hanya memilih parti yang mereka percayai.

    ReplyDelete
  13. apa maksud main kotor disini? berkenaan debat atau longgokan peralatan rumah?..

    ReplyDelete
  14. kalau YTL dan Ansari teringin sangat berdebat, buatlah debat antara kamu tanpa melibatkan pihak yang tidak mahu membuang masa untuk mengadakan debat. BN sibuk dengan strategi, pembangkang sibuk dengan debat. longgokan peralatan rumah bukan sesuatu yang luar biasa. orang yang berkemampuan memberi, kita dengan tangan terbuka menerima. orang yang tidak berkemampuan hanya melihat dan mengkritik...

    ReplyDelete
  15. Macam2 saja cerita Ansari ni. Hari tu jatuh jambatan dua kali, kali ni sesat la pula..

    ReplyDelete
  16. Seperti kata-kata Nik Aziz, terima saja semuanya, kemudian undi nanti pandai-pandailah..

    ReplyDelete
  17. Apa-apa pun, pilihan raya kecil Batu Sapi akan diadakan pada hari esok. Kita tengoklah bagaimana nanti.

    ReplyDelete
  18. Mestilah dilancarkan denagn adil.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.