Monday, November 15, 2010

PBS SASAR 300 AHLI SEUMUR HIDUP

KEMPEN penambahan AHLI SEUMUR HIDUP Persatuan Blogger Sabah akan ditutup pada 30 November 2010 dengan sasaran 300 ahli sahaja; dan selepas itu mereka yang diterima menjadi ahli akan menjadi Ahli Bersekutu, yang hanya layak menyertai PBS namun tidak boleh mengundi dalam sebarang pilihanraya PBS.

Menurut Presiden Penaja PBS, Mutalib M.D, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBS baru-baru ini memutuskan untuk merekrut 300 ahli seumur hidup iaitu mereka yang mendaftar secara online di www.sabahkini.net yang blog atau laman web mereka dapat dilayari.

“Buat masa ini kita mempunyai 214 ahli yang aktif dan kita hanya memerlukan 86 ahli lagi sebelum pendaftaran ditutup pada 30 November 2010. Sasaran kita hanya untuk merekrut 300 ahli seumur hidup sahaja bagi memberikan tumpuan untuk melatih mereka menjadi blogger yang bertanggung jawab untuk membina masa depan negara,” ujar Mutalib melalui emailnya ke Sabahkini.net.

Menurut Mutalib, pihaknya terpaksa menyingkirkan banyak ahli yang mendaftar secara online tetapi blog mereka tidak boleh dilayari atau mendaftar blog lucah atau keagamaan melampau kerana bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

“Syarat untuk menjadi ahli mudah sahaja. Isi borang pendaftaran secara online dan jika blog mereka boleh dilayari, maka mereka telah diterima secara automatik sebagai Ahli Seumur Hidup,” ujar Mutalib yang agak kesal dengan pihak yang tidak bertanggung jawab mendaftar blog lucah dan bukan blog mereka.

Tegas Mutalib, pihaknya tidak akan lagi menerima sebarang ahli seumur hidup selepas 30 November 2010, namun menerima mereka sebagai ahli bersekutu yang tidak mempunyai sebarang keistimewaan yang dimiliki ahli seumur hidup.

Sebarang bantahan terhadap kesahihan keahlian atau cadangan boleh dikemukakan melalui email bloggersabah@gmail.com sebelum 30 November 2010, kerana selepas tarikh tersebut, pihaknya tidak lagi dapat menerima sebarang bantahan.

“Urusetia kini sudah dalam peringkat akhir untuk menjalankan pungutan yuran seumur hidup iaitu sebanyak RM10 sahaja selepas urusan pendaftaran dimuktamadkan. Selepas itu sesiapa sahaja yang ingin menyertai ‘Ahli Bersekutu’ perlu membayar yuran tu sebanyak RM50 sahaja,” ujar Mutalib lagi yang mengalu-alukan sebarang cadangan untuk proses pemilihan Majlis Tinggi PBS yang dijadualkan diadakan lebih awal.

Proses penamaan calon Majlis Tertinggi daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi akan diadakan sebaik sahaja mesyuarat penubuhan PBS secara rasmi, yang dijangka diadakan menjelang Disember 2010.

Sehubungan itu, Mutalib meminta maklum balas daripada semua ahli PBS untuk memberi cadangan sama ada proses penamaan calon dijalankan secara ‘insitu’ iaitu perlu hadir atau melalui email atau sms.

“Memandangkan dunia IT semakin maju, maka kita mencadangkan agar semua ahli tidak perlu bersemuka dan hanya berhubungan melalui email, twitter, facebook atau sms. Kita mengal-alukan semua cadangan kerana semua jawatan akan kita pertandingkan,” ujar Mutalib yang masih menjalankan kajian khusus di luar Negara.

Rujuk : Daftar Ahli DI SINI

1 comment:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.