Friday, November 5, 2010

Umno menang dengan bayar RM1,000 pengundi atas pagar?


Umno benar-benar terdesak bagi mencapai misi merampas Dun Galas apabila berusaha mendapat 500 pengundi atas pagar yang pernah menyokong PAS dengan tawaran lumayan sehingga RM1,000 setiap pengundi malam tadi.

Sindiket itu didalangi kumpulan yang menemui pengundi di saat-saat akhir sejak malam tadi dengan membawa tawaran tersebut.

Menurut sumber, Umno kini berusaha keras mendapatkan 500 lagi pengundi bagi mencapai misi mereka.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, PAS kesal dengan sikap Umno BN yang tidak langsung mendidik rakyat, malahan sanggup membayar dalam jumlah yang begitu besar semata-mata bagi mendapatkan undi.

"Kita mahu biarlah keceriaan menyebelahi kita, dengan suasana yang redup dan tidak panas semoga semua dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat menjangkakan sejumlah wang akan 'turun' di Unit Peti Undi Batu Papan.

Bagaimanapun proses pembuangan undi di Lepan Jaya sehingga petang ini berjalan dalam suasana tenang kerana sentiasa menjaga tata tertib bagi menyampaikan tentang keadilan Islam. -HD

26 comments:
Write comments
  1. tunjukkan bukti bukan sekadar cakap.. atau mungkin PAS yang benar2 terdesak dan ketandusan isu untuk menutup kelemahan dan kekalahan mereka.

    ReplyDelete
  2. sebagaimana dakwaan beberapa blogger bahawa terdapat wartawan yang sekadar datang ke Galas untuk mengambil gambar dan balik ketempat masing2 untuk mereka2 cerita di Galas, tidak mustahil isu ini juga dihasilkan oleh mereka..

    ReplyDelete
  3. mungkin cerita ini sengaja ditimbulkan bagi menutup kelemahan dan kekalahan PAS.

    ReplyDelete
  4. Kalau betul, kenapa tak buat laporan saja? Apapun, tahniah kepada BN. Harap tidak ada 'cakap-cakap' lagi selepas ini.

    ReplyDelete
  5. beginilah sikap pembangkang, bila dah kalah, bermacam macam tuduhan dilemparkan. ada bukti kah dakwaan ini?

    ReplyDelete
  6. Memamg pelbagai isu keluar setelah BN memang. RM250 lagi kununnya BN bagi kepada pengundi. Memang politik jika kalah pelbagai isu keluar

    ReplyDelete
  7. Biasalah dunia kempen politik, ada saja isu untuk ditimbulkan.

    ReplyDelete
  8. Whoever know the truth about this and hold a concrete proven wrong, then please shows up.

    ReplyDelete
  9. Mana2x parti yang menggunkan taktik kotor untuk mendapat undian harus "disqualified".

    ReplyDelete
  10. Perkara ini harus disiasat. Apapun2x tahniah kepada BN.

    ReplyDelete
  11. Betulah ini? Ada sesiapa yang boleh membuktikan ini?

    ReplyDelete
  12. Nah, those people are ignorant. Creating nonsense issues to alleviate the real intention.

    ReplyDelete
  13. Cakaplah apapun yang penting BN dah menang. hahhahaa

    ReplyDelete
  14. Setakat cakap kosong saja, siapalah yang nak percaya. Tunjukkanlah bukti kalau berani:P

    ReplyDelete
  15. Ya mungkin jugalah azman. Biasalah, kalau dah kalah konpom banyak cakap:P hehe

    ReplyDelete
  16. Tapi kalau boleh terimalah seadanya kemenangan BN. Semuanya dah berlalu dan tak perlulah ada 'cakap-cakap' lagi.

    ReplyDelete
  17. Semoga hal ni dapat ditanggani dengan baik :)

    ReplyDelete
  18. kegagalan PAS untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada pengundi di DUN galas merupakan punca kepada kekalahan PAS mengekalkan kerusi DUN tersebut..banyak janji2 yang ditaburkan oleh PAS kepada rakyat galas namun tidak direalisasikan..

    ReplyDelete
  19. PAS harus menerima kekalahan ini disebabkan oleh mereka sendiri dan bukannya menabur kahbar2 angin untuk menutup pekung di dada.

    ReplyDelete
  20. rakyat galas mahukan perubahan maka rakyat membuat pilihan dengan menolak PAS..diharap isu2 rakyat di galas akan diselesaikan dengan sebaik-baiknya oleh wakil rakyat yang baru ini.

    ReplyDelete
  21. Sejauh mana kesahihan kenyataan diatas? Bodoh dan naif jika benar ada orang yang sanggup mengadaikan masa depan mereka sekadar 1000 ringgit.

    ReplyDelete
  22. Kenyataan ini menghina rakyat yang menyokong BN. Bagi penyokong setia BN, pekara ini tidak dapat diterima sama sekali.

    ReplyDelete
  23. Jangan pandang rendah keupayaan BN. Jika kemenangan miliki BN, terimalah hakikat ini.

    ReplyDelete
  24. Cakap saja tak berguna kecuali ada bukti yang kukuh.

    ReplyDelete
  25. Pihak lawan bijak memutarbelitkan keadaan sebenar.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.