Tuesday, November 2, 2010

BN ADALAH UNTUK RAKYAT SABAH

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh Tun Said menolak tanggapan bahawa Barisan Nasional (BN) Negeri tidak begitu lantang dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat dan negeri itu.

Sebaliknya, katanya, selama ini BN negeri sentiasa memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah dalam semua aspek termasuk pembangunan infrastruktur dan pendidikan.

"Perbezaannya adalah pendekatan kita kepada kerajaan pusat lebih kepada rundingan atau menerusi kerjasama dan bukan bercorak konfrontasi," katanya kepada Bernama selepas berkempen untuk calon BN Datin Linda Tsen pada sesi bertemu rakyat di Kampung Bambangan, dekat sini, pada Isnin.

Oleh itu, Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, menggesa pengundi Batu Sapi supaya tidak mudah terpedaya dengan slogan ‘Sabah Untuk Rakyat Sabah' yang dilaungkan oleh Parti Maju Sabah (SAPP), parti pembangkang di negeri itu.

Pilihan raya kecil Parlimen Baru Sapi pada Khamis ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, SAPP (Datuk Yong Teck Lee) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dwakili oleh Ansari Abdullah.

"Ini hanya sebuah slogan yang dicipta untuk kepentingan politik atau memancing undi. Pada hakikatnya, BN Sabah menunjukkan keprihatian tulen bagi masa depan dan kesejahteraan rakyat Sabah," katanya.

Salleh berkata kerajaan BN negeri akan terus memperjuangkan usaha membawa lebih banyak pembangunan di Sabah demi kebaikan rakyat dan negeri.

Tsen merupakan balu kepada penyandang kerusi Parlimen Baru Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah dari BN yang meninggal dunia pada satu kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, pada 9 Oktober lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Edmund Chong dari Parti Bersatu Sabah (PBS) mengatasi calon Bebas Dr Chung Kong Wing dengan majoriti 3,708 undi . (BERNAMA).

29 comments:
Write comments
  1. ternyata BN gagal merubah kemajuan negeri sabah walaupun lebih 10 tahun memerintah sabah. jadi, rasanya sudah tiba masanya rakyat sabah merubah semua ini. kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. rakyat sabah sudah memberi ruang yg cukup lama utk mentadbir sabah tetapi ternyata gagal. tak kiralah siapa pengganti samada PR kah, PMR kah, SPM kah atau MP3 kah, yg penting perkhidmatan BN ditamatkan di sabah.

    ReplyDelete
  2. Kita tengoklah bagaimana nanti. Pilihan raya Kecil Batu Sapi hanya dua hari lagi.

    ReplyDelete
  3. selama ini kita perlu mengakui yang Sabah sentiasa mengalami perubahan dan menjadi semakin membangun berbanding dulu.

    ReplyDelete
  4. selama ini BN negeri sentiasa memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah dalam semua aspek termasuk pembangunan infrastruktur dan pendidikan. Memang tidak dinafikan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Sabah, malah apabila hampir pilihan raya kecil yang akan berlangsung kerajaan terus menyalurkan sejumlah peruntukan untuk kepentingan rakyat Sabah. Inilah kerajaan yang sepatutnya mendapat sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Diharapkan pembangunan inrfastruktur dan pendidikan tidak hanya tertumpu di bandar2 utama tetapi juga harus menumpukan di kawasan pedalama sekitar Sabah yang masih lagi memerlukan.

    ReplyDelete
  6. inilah susahnya kebanyakan rakyat sabah. sebenarnya kerajaan yang perihatin ialah memberi peruntukan tak kira ada pilihanraya atau tiada. inilah sebebnya sabah semakin mundur sbb peruntukan hanya diberikan masa pilihanraya saja. kalau tiada pilihanraya, maka tiadalah peruntukan yg diberi. entahlah masing2 lah dgn cara dan pemikiran masing2. kalau kita berserah dan berharap saja, tak kan kemana kita.

    ReplyDelete
  7. Peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan telah banyak membawa perubahan samada pembangunan mahupun infrastruktur lain. Cuma sebilangan rakyat Sabah tidak berpuas hati kerana Sabah masih lagi dikategorikan antara negeri termiskin di Malaysia, malah isu ini juga sering kali diuar-uarkan oleh pihak2 lain.

    ReplyDelete
  8. Mereka yang tidak tahu saja yang mengatakan kerajaan BN tidak memperjuangkan semua hak kepentingan rakyat dan negeri sabah. Tapi bagi yang tahu semua ini mereka memang tidak setuju dengan kenyataan ini. Kerajaan negeri telah berusaha dengan bersungguh untuk membantu rakyat sabah.

    ReplyDelete
  9. Janganlah mudah terpedaya dengan laungan SAPP yang mengatakan Sabah untuk Sabah. Sebenarnya BN lebih memperjuangkan hak rakyat sabah. Tapi BN melakukan secara aman dengan rundingan. BN memlakukan yang terdaya mereka untuk membuat yang terbaik dengan rakyat Sabah. Oleh itu fikirkan dengan kata-YTL yang memperjuangkan sesuatu yang kita tidak pasti apa kesudahannya.

    ReplyDelete
  10. BN adalah parti terbaik untuk Sabah, Bn byk membangunkan Sabah. tidak dinafikan masoh terdapat kawasan yang mundur, namun ia tidak bererti mereka diabaikan. kerajaan BN terus membangun dan memperjuangkan kepentingan penduduk.

    ReplyDelete
  11. kerajaan BN negeri akan terus memperjuangkan usaha membawa lebih banyak pembangunan di Sabah demi kebaikan rakyat dan negeri. Bukan macam SAPP yang memberikan slogan yang hanya bertujuan untuk memancing pengundi mengundi SAPP. Tapi bagi saya bukan mudah untuk memancing mereka cuma dengan slogan Sabah untuk Sabah. SAPP memang tidak ada cara lain lagi untuk menarik pengundi.

    ReplyDelete
  12. tidak pasti kalau YTL benar2x ikhlas untuk memperjuangkan slogan "sabah untuk rakyat sabah". Slogan ini sekadar ayat2x untuk mendapat sokongan rakyat. Kalau betul YTL ikhlas memperjuangkan hak rakyat sabah, mengapakan YTL tidak membuat apa2x ketika dia masih KM?

    ReplyDelete
  13. BN dilihat lebih mampu untuk membangunkan negeri Sabah. rkyat jgnlah mudah terpedaya dgn manisfesto pembangkang.

    ReplyDelete
  14. Tidak juga menyalahkan parti, salahkan pemimpinya.

    ReplyDelete
  15. memang Sabah sudah semakin membangun sekarang ni. diharap pembangunan akan terus dilakukan.

    ReplyDelete
  16. Apa maksud Sabah untuk orang Sabah itu sebenarnya? Bagi saya ia terlalu umum. Kalau mahu gariskan pentadbiran negeri Sabah dan jawatan2 dalam negeri kepada orang sabah sahaja, boleh dilihat ia semakin meningkat.

    ReplyDelete
  17. Tapi, jika melihat kepada sumber hasil bumi sabah sendiri tetapi masih merupakan negeri yang termiskin di Malaysia, ini patut disiasat.

    ReplyDelete
  18. pengundi di Batu Sapi seharusnya melihat lebih jauh tentang peranan, sikap, sifat serta betapa oportunisnya SAPP ini seandainya mereka mahu memilih YTL sebagai wakil rakyat mereka. bagaimana YTL mahu memperjuangkan slogan beliau sedangkan reputasi lampaunya amat jauh bertentangan dengan slogan yang dilaung-laungkan oleh beliau hari ini? kepada rakyat Batu Sapi selidik dahulu prestasi dan reputasi calon sebelum membuat pilihan.

    ReplyDelete
  19. rumah penduduk kampung dirobohkan, tanah rakyat dirampas, tanah kubur dirampas, masjid tidak dibina, prasarana tidak dibangunkan, kerajaan negeri sebaliknya menyalahkan kerajaan pusat kononnya tidak memberi bantuan. walhal dengan niat jahat kepimpinan negeri cuba menyorokkan hasil kerajaan negeri dalam masa yang sama merompak hasil balak yang bernilai ratusan juta ringgit...

    semua ini bakal dialami oleh rakyat Sabah jika memilih PKR/PR.. tidak ada parti politik yang sempurna..

    ReplyDelete
  20. SAPP tidak layak untuk menerajui kerajaan negeri Sabah, malah ramai rakyat Sabah yang tidak yakin dengan beliau. PKR pula tidak mustahil hanya mahu berkuasa supaya dapat menguasai kekayaan Sabah untuk diagih2kan ke negeri Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah...

    ReplyDelete
  21. For better or worst, Hope something good happen when the same old party still in power...

    ReplyDelete
  22. masa tahun 60an 70an dulu blelah kempen mcm si kawan kita ni..rampas sana rampas sini konon..hehehe org zaman sekarang dah celik sedikit la..kalau cerita pasal harta benda di sabah, hampir seluruh punca kekayaan di sabah dahpun dimiliki orang luar..kebanyakan org sabah hanya kuli2 yang bergaji RM15 sehari. cuba bagitahu kita siapa pemilik ladang2 sawit di sabah? syarikat2 pembalakan milik siapa? dengar2 cerita, micheal chia iaitu kroni musa aman telah dibiarkan oleh musa utk menarah hutan simpan utk membalak. tidak cukup dari itu, micheal chia ditangkap di luar negara kerana transaksi wang haram. dan bercakap kepada pengagihan harta kekayaan sabah, sejak BN memerintah di sabah, ibarat makan ikan semua isi2 diagih agihkan kepada semenanjung iaitu kerajaan persekutuan yang tinggal cuma tulang tulang ikan sebab tulah bukannya sabah bertambah maju tetapi bertambah mundur dibawah pemerintahan BN. Tidak cukup dgn itu, mahu pula menganiya rakyat sabah dgn merekrut PTI menjadi pengundi BN kerana meraka ini mudah ditukar bangsa menjadi melayu UMNO. tengoklah siapa yang ramai menjual ikan di pasar2 ikan, semuanya pilak pilak. pekerja2 ladang sawit 90% PTI yang cuma nampak muka time mengundi sbb itulah menteri KDN tak mahu menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kebanjiran PTI di sabah. apapun, diramal BN akan menang di batu sapi sbb ada bantuan dari pilak pilak.

    ReplyDelete
  23. apa yang berlaku di Sabah, berlaku juga di semenanjung termasuk negeri2 Pakatan. tiada yang sempurna samada parti mahupun pemimpin. amalan demokrasi tulen amat diperlukan dimana ketegasan serta kesungguhan rakyat dalam memainkan peranan mampu menyempurnakan parti atau pemimpin sesuai dengan kemahuan rakyat...

    ReplyDelete
  24. Sesiapa yang menang perlulah diberikan peluang untuk berkhidmat sebelum kita menolak. Kita tengoklah bagaimana nanti.

    ReplyDelete
  25. Pilihan raya kecil akan diadakan besok. Baik kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  26. I certainly BN can do something on Sabah. Don't just merely fishing for votes.

    ReplyDelete
  27. Sabahans know what is best for them. Let's just wait for the the next GE to come.

    ReplyDelete
  28. Voters must be wise to judge who is worth their vote.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.