Friday, November 19, 2010

MUSA NAFI WUJUD PERANG ‘AYAM BELANDA’

TIDAK pernah wujud konflik antara agensi Persekutuan dan Sabah dalam produk import dan eksport antara negeri itu dan Semenanjung, terutamanya yang berasaskan makanan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata kedua-dua kerajaan bekerjasama dalam semua hal dan sentiasa mencari jalan penyelesaian apabila masalah timbul.

"Kami (kerajaan persekutuan dan negeri) mempunyai hubungan yang kukuh. Tetapi kami akan melihat kepada perkara-perkara yang membawa kepada salah faham," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri di Kota Kinabalu, kelmarin.

Musa berkata demikian setelah diminta mengulas mengenai dakwaan oleh seorang pengeksport daging ayam belanda tempatan semalam, yang beliau menjadi mangsa kepada apa yang dikatakan sebagai ‘Perang Perdagangan’ antara agensi veterinar Semenanjung dan negeri selepas permit importnya bagi pasaran Semenanjung secara tiba-tiba sahaja ditolak.

Bagaimanapun, Musa difahamkan yang pengeksport itu, Ooi Say Tuan, yang dilaporkan berkata beliau telah mengeksport daging ayam berkenaan ke semenanjung sejak tahun lepas, tidak mematuhi keperluan import oleh agensi persekutuan.

Menurut laporan oleh akhbar tempatan hari ini, Ooi berkata terdapat salah faham antara agensi veterinar persekutuan dan Sabah, dengan agensi negeri itu tidak membenarkan pengeksport daging ayam dari Selangor itu daripada membawa produknya ke negeri itu tanpa kebenaran.

Ooi mendakwa seorang pegawai dalam agensi persekutuan telah memutuskan untuk tidak melayan pengeksport Sabah.

Sementara itu, Musa berharap lebih banyak golongan muda terutama graduan baru meneroka ke dalam sektor pertanian bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata golongan belia seharusnya merebut peluang oleh kerajaan untuk memajukan sektor pertanian ke dalam industri komersil dan moden, yang boleh menyediakan pendapatan lebih tinggi kepada usahawan (BERNAMA).

2 comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.