Thursday, October 14, 2010

ADUAN : Di Tipu Oleh SESB?

SAYA TELAH MENDAPAT SURAT AMARAN DARI SESB MENGATAKAN BAHAWA SAYA TIDAK MEMBAYAR BIL TERTUNGGAK SEBANYAK RM170.00..

SAYA TELAH PERGI KE SESB SEMPORNA BAGI MERUJUK HAL SURAT AMARAN TERSEBUT KERANA BIL TERTUNGGAK RM170.00 (4 BULAN) ITU TIDAK SETIMPAL DGN PENGGUNAAN ELEKTRIK SAYA YG HANYA MENGGUNAKAN LAMPU, KIPAS DAN LAPTOP. TETAPI BEKALAN ELEKTRIK KE RUMAH SEWA SAYA TELAH DIPOTONG, DAN FIUS TELAH DICABUT BG TUJUAN PEMOTONGAN BEKALAN ELEKTRIK.

SETELAH DI PERIKSA BUAT KALI KEDUA, SESB TELAH MENGAKU MEMBUAT KESILAPAN SEMASA MEMBACA METER ELEKTRIK. TETAPI MENGENAKAN CAJ RM55.00 UNTUK BAYARAN PENGGANTIAN FIUS YANG TELAH DICABUT..

SAYA TIDAK BERPUAS HATI KERANA TERPAKSA MEMBAYAR ATAS KESILAPAN PIHAK SESB.. MEREKA TELAH MELAKUKAN KECUAIAN SEMASA MEMBACA METER, DAN KAMI DIARAHKAN MEMBAYAR RM55.00 ATAS KESILAPAN MEREKA.

APABILA SAYA MEMINTA PEKERJA SESB MENUNJUKKAN BIL SEPANJANG 4 BULAN TERKIN, KRN SAYA TIDAK PRNAH MENERIMA APA-APA BIL SPJG 4 BLN TERKINI, PEKERJA SESB ITU MENJAWAB DIA TIDAK DPT BERBUAT DEMIKIAN, KERANA BIL KAMI TELAH TERHAPUS..

MOHON KERJASAMA DARI PIHAK TUAN..

MARDIANY

Remark : Artikel ini adalah kiriman dari pengadu, tiada kena mengena dengan penerbit Sabahdaily. Segala pertanyaan boleh hubungi di di_nani@ymail.com.

43 comments:
Write comments
  1. Sebagai pengguna, pihak SESB memang salah dalam hal ini dan sepatutnya menanggung kerugian yang dilakukan sendiri. Tindakan mereka tidak wajar dan sesiapa pun berhak untuk membuat pengaduan.

    ReplyDelete
  2. Poor you. I have been experiencing this problem as well.Please address it asap.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. jika benar seperti dinyatakan, tidak patut pengguna tersebut diminta membayar penggantian fius yang telah dicabut. pihak SESB perlu bertanggungjawab atas kesilapan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  5. SESB perlu membaiki kelemahan diri, setahu saya, perkara seperti ini bukan kali pertama berlaku.

    ReplyDelete
  6. Sebagai pengguna, Mardiany memang berhak melaporkan perkara dan mendapat pampasan. Sekurang-kurangnya menyambung balik fiusnya secara percuma, kerana ini merupakan kesalahan SESB, tidak sepatutnya pengguna yang tanggung.

    ReplyDelete
  7. Nampaknya prestasi SESB semakin menurun. Banyak aduan telah dibuat oleh pengguna tetapi SESB seperti tidak memperbaikin kelemahan mereka. Diharapkan SESB akan tingkatkan prestasi mereka.

    ReplyDelete
  8. SESB tidak patut menyuruh Mardiany membayar untuk menyambung balik fius kerana is adalah kesalahan SESB sendiri.

    ReplyDelete
  9. jika ia kesilapan SESB, SESB kena bertanggungjawab, tak patut ia meminta caj penggantian fius yang dicabut. SESB harus tingkatkan mutu perkhidmatan mereka.

    ReplyDelete
  10. bila la agaknya sesb dapat mempertingkatkan kecekapan dan kualiti pekhidmatan mereka? adakah aduan-aduan pengguna sebelum ini tidak sedikitpun menggerakkan mereka untuk memperbaiki prestasi dan reputasi mereka?

    ReplyDelete
  11. saya harap aduan ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya dan memihak kepada pengadu.

    ReplyDelete
  12. Memang tidak patut orang lain yang bayar sekiranyan itu kesalahan SESB.Harap SESB janganlah terlalu cuai kerana ini akan mengundang masalah akan datang.

    ReplyDelete
  13. Sungguh memalukan pengurusan SESB ini. Tidakkah sepatutnya mereka yang bayar sendiri atas kesilapan tersebut.

    ReplyDelete
  14. Ini mesti kes kecurian elektrik!

    ReplyDelete
  15. Inilah sekiranya terlalu lalai dalam kerja. boleh menyebabkan kesusahan kepada pengguna.

    ReplyDelete
  16. Bukannya susah pun pasang balik fius tu, sedangkan kesalahan ini dilakukan oleh pihak SESB. Pihak SESB tahu cari untung saja tapi tidak bertanggungjawab atas kesilapan mereka.

    ReplyDelete
  17. Memang pengguna kena buat aduan setiap kesalahan ataupun kesilapan yang berlaku. Diharapkan lain kali pihak SESB kenalah lebih berhati2 sebelum membuat keputusan untuk memotong bekalan elektrik kepada pengguna, bukankah perkara ini menyusahkan kepada pengguna dan pihak SESB.

    ReplyDelete
  18. SESB perlu bertanggungjawab atas kesilapan mereka. diharap SESB akan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  19. I hope SESB will address this matter asap.

    ReplyDelete
  20. Waaaa.. begini pun boleh?? Jika mereka yang membuat kesalahan tersebut kenapa perlu merumitkan lagi keadaan untuk meminta bayar RM55 atas kesilapan mereka sendiri? Tidak masuk akal langsung larrr....

    ReplyDelete
  21. ya, ini bukan kali pertama SESB menerima aduan. Mereka sudah lama memberi perkhidmatan kepada Sabah, namun perkhidmatan kepada pelanggan masih tidak kuat. Nak kata tidak berpengalaman pun tidak masuk akal.

    ReplyDelete
  22. jika ia kesilapan SESB, SESB kena bertanggungjawab. perkhidmatan SESB perlu ditingkatkan.

    ReplyDelete
  23. Terang-terangan sudah salah SESB. Jadi Mardiany tidak perlu membayar apa2. Jangan beri muka kepada mereka.

    ReplyDelete
  24. sepatutnya hal remeh seperti ini dapat ditangani dengan baik oleh sesb cawangan Semporna. sebagaimana mudahnya mereka mencabut fius itu, sebegitu mudahlah mereka memasangnya semula. akibat kecuaian dipihak sesb Semporna, imej seluruh sesb Sabah turut sama terjejas.

    ReplyDelete
  25. Kadang-kadang kita harus lawan balik apabila terbukti kebenaran berpihak kepada kita. Namun mungkin juga ada kemungkinan ada kes curi elektrik. Tetapi mengapa pihak Mardiany hanya menunggu saja bil sampai sehingga 4 bulan? 4 bulan sudah terlalu panjang untuk tidak dipotong. Dan kepada pihak SESB juga, saya rasa notis perlu diberikan dahulu sebagai amaran terakhir sebelum pemotongan dijalankan. Atau notis juga sudah dikeluarkan tetapi tidak sampai? Jadi bagaimana Mardiany mendapat bil-bil elektriknya sebelum ini? Dan tidak masuk akal langsung bil selama 4 bulan sudah terhapus. Sekarang adalah sistem berkomputer tidak mungkin rekod tidak disimpan.

    ReplyDelete
  26. Teruklah SESB ni. Orang yang lambat bayar tidak pula dikenakan bayaran.Hairan.

    ReplyDelete
  27. I don't understand. Why lame is the only word I can describe this company?

    ReplyDelete
  28. Syukur selama ni saya belum pernah berhadapan masalah dengan sesb. Touch word (palis2) hehehe.
    Saya harap hal ni dapat ditanggani dengan baik.

    ReplyDelete
  29. kalau betul dakwaan pengadu, buatlah aduan pada SESB. nyatakan nama pegawai yang pengadu jumpa sema berurusan. K/kala kesilapan ni disebabkan oleh individu bah, tapi gara2 dia kerja dengan sesb maka terpalitlah nama baik sesb dengan kritikan yg kurang baik. hihi

    ReplyDelete
  30. Adukanlah hal ni pada pihak yang sepatutnya. saya yakin SESB pasti akan selesaikan hal ni sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  31. SESB pun kenalah bertanggungjawab jika orang mereka dah buat silap. jadikan hal ni sebagai pengajaran dan pastiakan ia tak berulang lagi.

    ReplyDelete
  32. aduan ini telah pun dijelaskan oleh Pengurus Kanan (Komunikasi Korporat) SESB.. selain masalah teknikal, mungkin berlaku juga salah faham dimana RM55 bukanlah caj bayaran penggantian yang telah dicabut, tetapi jumlah sebenar bil tertunggak pengadu..

    ReplyDelete
  33. Walaupun SESB sudah pun menjelaskan hal ini hari ini. Tapi ini tidak bermaksud mereka boleh memandang rendah terhadap perkara seperti ini. Mereka harus meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka supaya perkara yang sama tidak akan berulang.

    ReplyDelete
  34. Semoga SESB boleh berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik untuk para pengguna.

    ReplyDelete
  35. Siapa sanggup bayar atas kesilapan orang lain?

    ReplyDelete
  36. jelas SESB tidak cekap dalam perkhidmatan mereka kepada pengguna.

    ReplyDelete
  37. seharusnya SESB tidak mengenakan sebarang bayaran atas kesilapan yang mereka sendiri..ternyata pengguna dibebani dengan bayaran perkhidmatan yang mahal sedangkan ianya berpunca daripada SESB itu sendiri.

    ReplyDelete
  38. SESB haruslah memperbaiki mutu perkhidmatan mereka kepada rakyat..

    ReplyDelete
  39. diharap perkara seumpama tidak akan berlaku lagi di masa hadapan kerana benar2 menyusahkan pengguna.

    ReplyDelete
  40. SESB patut minta maaf kepada pengadu. Baca meter pun salah, sukar mau harap mereka.

    ReplyDelete
  41. Tiada sebab tidak bubar SESB kerana prestasi mereka yang kerap dikritik pelangan.

    ReplyDelete
  42. Em. . . Klu baca cerita memang pengguna yg betul. Tapi klu sy la kan. Klu kita pandang sebelah pihak ja sy rasa t ok ga coz ceta dia sebenar kita x tau. so klu nak yg terbaik lagi bgs kita tanya ja kedua2 belah pihak. Apa,kenapa dan bagaimana ia berlaku.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.