Ketua Pakatan Rakyat di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menunjukkan ketokohannya sebagai pemimpin apabila mengambil sikap terbuka berhubung komponen mana yang akan mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Batu Sapi yang kosong sejak 9 Oktober lalu.
Anwar yang sejak sebulan lalu kerap ke Sabah, memberi peluang seluas-luasnya kepada PKR, PAS dan DAP di negeri itu untuk berbincang dalam semangat kekeluargaan bagi memastikan keputusan terbaik dihasilkan oleh gabungan itu di Sabah sebelum diperincikan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat pusat.
“Pakatan memutuskan bahawa PAS akan meletakkan calonnya di Galas, dan DAP, PKR akan membantu memastikan kemenangan.
“Kami juga memutuskan untuk memberi kuasa kepada Pakatan Rakyat Sabah agar memutuskan parti yang akan bertanding di kerusi Parlimen Batu Sapi.
“Keputusan parti mana yang akan bertanding di Batu Sapi akan diputuskan oleh Pakatan Rakyat Sabah sebelum Isnin ini,” katanya dalam satu sidang akhbar petang tadi yang turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua DAP di Parlimen, Lim Kit Siang dan barisan kepimpinan utama ketiga-tiga komponen itu.
Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya PKR Pusat, fuziah Salleh berkata, PKR akan mewakili PR pada PRK itu sebagaimana diputuskan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Difahamkan, calon PKR ketika itu, Dr Yusuf Sheikh Ahmad, ditahan oleh anggota polis cawangan khas untuk disoal-siasat sehingga proses penamaan calon berakhir yang menyaksikan BN berjaya mempertahankan kerusi itu buat kali kedua berturut-turut sejak kerusi itu diwujudkan buat pertama kali pada tahun 2004.
PKR Cabang Batu Sapi telah menyenarai pendek tiga calon termasuklah dua daripadanya merupakan Bumiputera Islam yang juga anak tempatan di kawasan itu.
Manakala Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Yang Dipertua (YDP) PAS Sandakan, Ustaz Abdul Wahid pula mahu PAS diberi peluang untuk bertanding di kawasan itu pada PRK kali ini.
Rasanya sudah tiba masanya Pakatan Rakyat mengutamakan calon berbanding komponen mana yang bertanding.
Ini bagi memastikan PRK pertama di Sabah ini memberi kemenangan bermakna buat Pakatan Rakyat di Sabah, negeri yang dipropagandakan oleh rejim BN sebagai deposit tetap mereka.
Janganlah jadi seperti BN, sebaik kekososngan kerusi itu, Naib Presiden Umno, Hishamudin Husin mengeleluarkan kenyataan bahawa beliau mahu agihan kerusi dalam sekutu-sekutu BN di kaji semula.
“Kita perlu menang dan pastikan sistem kuota itu bukan satu kekangan untuk dapatkan sokongan. Pengalaman dalam pilihan raya lalu adalah satu peluang untuk memperbaiki kelemahan diri.
"Kita tidak semestinya mengikut formula lama yang diamalkan sejak dulu. Mungkin corak lama sudah tidak lagi sesuai. Pindaan Perlembagaan UMNO sendiri adalah hasil daripada pengalaman pilihan raya lalu," katanya selepas majlis sambutan Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Selayang di Kuang, dekat Rawang pada 9 Oktober lalu.
Sebelum ini, Umno Sabah mengeluarkan kenyataan keras untuk ‘merampas’ beberapa kerusi sekutunya dalam BN di negeri itu termasuklah yang disandang oleh LDP, PBRS dan PBS.
PBS ialah penyandang kerusi Parlimen Batu Sapi sejak tahun 2004.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini berkaitan PRK Parlimen Batu Sapi. -Masdarwahid
Friday, October 15, 2010
Siapa Calon Pakatan Rakyat Di Batu Sapi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tidak kiralah siapa yang dicalonkan oleh BN atau PR. sila pastikan calon yang bertanding bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya hanya sekadar pandai bercakap atau berjanji sahaja.
ReplyDelete“ORANG KAYA MEMBINA RANGKAIAN, ORANG MISKIN MENCARI PEKERJAAN “– Robert Kiyosaki. Jum join sia. kwn2 yang mengenali dan tidak mengenali saya. mari kita ambil peluang ini.melancong sambil mendapat duit yang banyak setiasp masa.. klik di bawah baru ya atau tidak.
ReplyDeletehttp://www.questwinint2u.com/index.php?member=oneywpr
Sesiapa yang dipilih untuk bertanding, diharapakan mereka adalah calon yang layak dan terbaik. Selamat berjuang.
ReplyDeleteBiar rakyat sendiri yang menentukan siapa yang mereka mahukan. Selamt mengundi Batu Sapi.
ReplyDeletePertengkaran antara Azmin dan satu lagi ahli PKR telah mengundang bahana terhadap sistem pemilihan PKR kali ini. Nurul telah dibenarkan bertanding di Semporna. Kita tunggu pula selepas ini.
ReplyDeletepilihlah calon yang terbaik!
ReplyDeleteTidak kira siapa yang dipilih PR, bukan mudah menawan kubu kuat BN ini.
ReplyDeletesaya harap tindakan pembangkang ni akan membuka mata kerajaan..
ReplyDeleteMemang Anwar pandai berlakon. setelah memalukan Malaysia pura-pura menjadi baik semula. Inikah pemimpin yang dibanggakan berlakon disana sini. harap rakyat dapat berfikir sendiri.
ReplyDeleteMay the best man win!
ReplyDeleteNever appoint any loser on this run.
ReplyDeleteketika di Indonesia, Anwar memuji-muji negara itu yang disifatkan beliau sebagai sebuah negara demokrasi tulen, reformasi tanpa huru hara, mempunyai media yang adil dan menganggap bahawa pertumbuhan ekonomi Indonesia jauh lebih baik dari Malaysia. Inilah sifat sejati Anwar. Seorang yang lidahnya bercabang. Mengangkat pihak lain secara melampau dan pada masa yang sama mengharapkan balasan. begitu jugalah aktiviti harian perjuangan politik beliau yang gemar meremeh2kan pihak lain sedangkan parti sendiri jelas memperlihatkan kepincangannya dimata rakyat.
ReplyDeleteSiapa pun calon itu tidak penting sekarang. Yang penting mereka betul-betul memperjuangkan hak rakyat dan bukan yang gilakan kuasa saja. Mungkin PKR memang niat untuk menang saja tapi tidak pernah memikirkan rakyat.
ReplyDeleteMemang anwar sedemikan dari dulu lagi. PKR kita dengar dengan pelbagai masalah sekarang, antaranya pemilihan cabang yang huru-hara. Mereka tidak puas hati dengan keputusan. Memang ahli PKR ini tidak dapat menerima kenyataan dalam hidup. PKR bermasalah, itu yang sesaui untuk mereka.
ReplyDeleteInilah dia pelakon negara ANWAr yang suka mencari kesalahan kerajaan dan tujuan menutup kesalahan, kelemahan dan masalah parti sendiri. Harap rakyat janganlah tertipu dengan semua mainan Anwar ini.
ReplyDeletePR pernah kalah di Batu Sapi dengan beza undi 3 ribu lebih, dan PR juga pernah kalah di Sibu dengan beza undi 2 ribu lebih. jika Sibu boleh dirampas oleh PR dalam PRK awal tahun ini, pasti ramai yang berpendapat bahawa tidak mustahil PR boleh mencapai kemenangan yang sama di Batu Sapi. tapi perlu diingat, persekitaran politik Sabah dan Sarawak tidak sama, malah rata2 penduduk sabah lebih berminat dengan calon dan parti tempatan. ditambah lagi dengan isu2 tempatan dan nasional yang menyaksikan kelemahan2 PR dihampir semua peringkat yang mungkin boleh menggagalkan hasrat PR untuk mengambil alih Batu Sapi dari BN.
ReplyDeletePR perlu berhenti untuk memburuk-burukkan parti lawan. perbaiki diri sendiri dulu. dalam PRK nanti terpulanglah kepada rakyat untuk memilih yang terbaik.
ReplyDeleteBelum tentu calon PKR dapat mandat dari PR mewakili PR bertanding kerusi DUN Batu Sapi.
ReplyDeletePastikan calon yang bakal bertanding mendapat sekongan rakyat.
ReplyDeleteAnwar memang sudah tidak dipercayai lagi. Yang penting adakah anak sulung dia itu akan menerajui tempat2 di Sabah?
ReplyDeleteI don't know. Maybe Anwar's daughter or someone is capable of?
ReplyDeleteThe time will tell.
ReplyDeleteSiapa kata PKR akan bertanding sana? DAP?? PAS?? SAPP??
ReplyDeleteSiapa2 yang layak dan tahu tentang Keadaan di batu Sapi merupakan calon terbaik..
ReplyDeletedaripada membiarkan persoalan itu terus menjadi persoalan, lebih baik jika parti yang bertanding menggunakan masa yang ada ini untuk membuat tinjauan bagi mendapatkan gambaran jelas dari penduduk Batu Sapi sendiri berkenaan dengan persoalan tersebut.
ReplyDeleteParti komponen lah yang akan mewakili PKR.
ReplyDeleteSelamat berjuang Batu Sapi, semoga calon terbaik akan menang pilihan raya kecil ini.
ReplyDeleteterpulang kepada PR untuk meletakkan siapa sebagai calon mereka pada PRK batu sapi nanti.
ReplyDeleteapa pun diharap PRK batu sapi akan berjalan dengan lancar dalam suasana yang aman.
ReplyDeleteAnsari, yong teck lee, hassnar, thamrin..siapapun yang bakal memakai baju pencabar BARISAN NASIONAL akan menghadapi lebih dari ombak tsunami semasa PRK Batu Sapi nanti. Itu adalah kawasan DS.Musa Aman.. takkanlah dia nak org datang lenggang-kangkung ketempat dia dan conteng arang kemukanya. Masalahnya...heboh hanya sekarang...yang jadi penentu ialah 26hb okt. nanti, kebanyakkan yang menyebut-yebut nama ni pun bukannya serius...saja nak buat kecoh, nak minta kena pujuk atau `beli' supaya jgn jadi calon....alahhh, kenapa tidak anwar sahaja yang bertanding..?? Adakah yang begitu budu mahu cadangkan dan undi org luar jadi calon mereka...??
ReplyDeleteAnsari bukanlah pilihan terbaik untuk Batu Sapi.
ReplyDelete