Wednesday, October 20, 2010

AGM Umno: 1Malaysia atau Ketuanan Melayu?

Konsep 1 Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memang sukar untuk 'dijual' di kalangan rakyat Malaysia, malah sebahagian besar pemerhati berpendapat ianya lebih sukar untuk ditelan oleh Umno sendiri - parti pimpinan Najib yang mempunyai seramai 3.6 juta ahli.

Kalangan Umno berpendapat bahawa 1Malaysia mencairkan raison
d'etre (sebab kewujudan) parti itu - iaitu memperjuangkan agenda Melayu - dan telah meletakkan mereka dalam keadaan yang janggal untuk bercakap sebagai pemimpin nasional dan bukan komunal.

Dalam perhimpunan agung tahun lalu, beberapa perwakilan secara peribadi telah menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap logo besar 1Malaysia yang dipasang di sekitar tempat perhimpunan itu atau bendera parti dalam bentuk logo 1Malaysia.

Para pemerhati kini menunggu untuk melihat sama ada para perwakilan akan mengikut isyarat ibupejabat parti dan menampilkan konsep 1Malaysia, dan bukannya retorik tradisinya - Ketuanan Melayu.

Rungutan terhadap konsep 1Malaysia agak tenang, kecuali beberapa kritikan menyengat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi Najib percaya bahawa konsep 1Malaysia adalah kritikal dalam perancangannya untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan
datang.

Para perwakilan juga diharapkan menyentuh pelbagai rancangan besar kerajaan, khususnya Model Baru Ekonomi (MBE), yang mahukan dasar tindakan afirmatif dihapuskan secara berperingkat.

Walaupun MBE disokong oleh unsur-unsur liberal dalam Umno kerana ini akan menggalakkan dayasaing, sejarah telah menunjukkan bahawa majoriti penyokong setia Umno tidak akan senang terhadap sebarang usaha untuk menggangu-gugatkan tindakan afirmatif itu.

Dalam jangka pendek, para perwakilan dan pemimpin parti dijangka berusaha untuk menaikkan moral ahli dan parti, menjelang pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi, yang akan diadakan serentak pada 4 November.

Walaupun kedua-dua pilihan raya keci litu tidak terlalu penting, tetapi kemenangan di Galas boleh dianggap sebagai titik permulaan dalam usaha Umno untuk merampas Kelantan dari PAS, yang menguasai neger iitu sejak 1990.

Dapatkan Khairy bertahan?

Bagi perhimpunan agung Pemuda Umno pula, perwakilan dijangka membentangkan 'kad laporan' masing-masing terhadap prestasi ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin.

Khairy (kanan), yang terpilih sebagai ketua Pemuda Umno Mac tahun
lalu, telah menjadi juara konsep 1Malaysia dan telah beralih jauh daripada pendekatan keras komunal seperti yang diamalkanm pemimpin terdahulu pergerakan itu.

Dalam perhimpunan agung tahun lalu, Khairy dengan tegas menggesa anak buahnya supaya "mengetepikan" mentaliti 'Ketuanan Melayu' dan
digantikan dengan idea 'kepimpinan Melayu'.

Menurutnya, ini akan membantu pergerakan itu menjalinkan hubungan lebih rapat dengan masyarakat lain dan membina hubungan yang kuat dengan akan parti komponen dalam BN.

Perhimpunan agung Umno bermula malam ini dengan perasmian serentak persidangan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Perdana Menteri, yang juga timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tiga sayap akan membahaskan ucapan dasar ketua masing-masing esok.
'
Perdana Menteri Datuk Tun Najib Tun Razak akan menyampaikan ucapan presiden pada hari Khamis. Ini akan diikuti dengan perbahasan perwakilan yang akan berakhir pada hari Sabtu. -MK

27 comments:
Write comments
  1. konsep 1Malaysia adalah baik. semua pihak perlu bersama-sama memberikan komitmen agar setiap matlamat yang ditetapkan akan dicapai.

    ReplyDelete
  2. konsep 1Malaysia adalah untuk memupuk perpaduan dalam masyarakt kita, kita harus memberi sokongan dalam merealisasikan konsep ini.

    ReplyDelete
  3. Saya masih sokong lagi konsep 1 Malaysia, tapi jika kerajaan sendiri yang tidak menyokong, sudah pasti konsep ini tidak akan direalisasikan.

    ReplyDelete
  4. Konsep 1 Malaysia ini hanya akan dicapai jika semua pihak memberikan sokongan dan bekerjasama.

    ReplyDelete
  5. Pada pengetahuan saya, Konsep 1 Malaysia ini satu konsep yang sangat baik. Ia dipandang serong oleh segelintir orang iaitu pembangkang. Pembangkang memberikan maksud yang bertentangan dengan konsep 1 Malaysia. Itulah sebab 1 Malaysia banyak halangan dan dugaan untuk dijayakan.

    ReplyDelete
  6. Sokong gagasan 1 Malaysia. Perkara yang baik apa salahnya kita sokong. Kalau untuk keburukkan memang tidak layak disokong. Oleh tiu mari kita sokong konsep 1 Malaysia untuk negar kita yang pelbagai kaum.

    ReplyDelete
  7. kurang keberkesanan dari segi pelaksanaan ditambah dengan peranan pihak pembangkang adalah punca utama konsep ini terus dipandang serong oleh segelintir pihak.

    ReplyDelete
  8. Semua pun sokong dengan 1Malaysia. Perkara baik memang patut disokong.

    ReplyDelete
  9. Tapi kalau balik-balik dengan idea 'kepimpinan Melayu' sahaja macam mana konsep 1Malaysia mampu dicapai?

    ReplyDelete
  10. Kalau kerajaan sendiri tidak amalkan 1Malaysia, macam mana rakyat hendak menyokong konsep 1Malaysia ini.

    ReplyDelete
  11. 1Malaysia sukar dicapai kalau tiada kerjasama dari semua pihak. Kerajaan harus mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak menyokong gagasan 1Malaysia.

    ReplyDelete
  12. Dan, saya berharap kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap guru-guru besar dari Kulai dan Bukit Selayang itu.

    ReplyDelete
  13. 1Malaysia pasti boleh dicapai jika semua bekerjasama untuk merealisasikannya.

    ReplyDelete
  14. Konsep 1Malaysia sememangnya baik tapi entah manusia kretaif mana yang terlalu bijak memutar belitkan keadaan sehingga menampakkan 1Malaysia tu kononnya kurang sesuai di Malaysia. huhu

    ReplyDelete
  15. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia, kita kenalah sokong gagasan ini dan pastikan ia dapat direalisaikan utk rakyat dan juga utk negara :)

    ReplyDelete
  16. Jangan terlalu asyik mengkritik sehingga terlupa akan t/jawab sendiri. Sedarlah bahawa bersatu tu lebih baik daripada berpuak-puak.

    ReplyDelete
  17. Saya sangat menyokong konsep satu Malaysia tetapi tak perlulah selalu dilaungkan 'ketuanan Melayu' kerana saya yakin umum mengetahui dan cukup sedar akan perkara itu.
    Setiap rakyat tahu akan kedudukan mereka, jadi tak perlu
    banyak cakap nanti ada pihak yang terasa hati pula... atau lebih teruk lagi jika hal ni dipolitikkan. hehe

    ReplyDelete
  18. Apapun, saya harap kerajaan dapat buktikan bahawasanya hala tuju kerajaan adalah bertunjangkan pada gagasan 1Malaysia. Saya yakin rakyat pasti akan mencontohi usaha kerajaan:)

    ReplyDelete
  19. Semoga 1 Malaysia dapat direalisasikan.

    ReplyDelete
  20. Apa sebenarnya ketuanan Melayu? Apa definasi ketuanan Melayu?

    ReplyDelete
  21. Jangan pandang rendah pada Melayu zaman ini, mereka mampu berdikari.

    ReplyDelete
  22. sangat tak adil korang menuduh hanya pembangkang saja yang memutar belit pasal 1Malaysia ni. korang ni banyak membaca kah atau dengar berita melalui radio saja? MCA sendiri banyak mempersoal konsep ni. hingga ibrahim ali, KJ dan ka siong begaduh sbb kekeliruan mengenai konsep ini. dulu2, melayu kata ketuanan melayu tapi sekarang melayu nak tukar pula kepada kemuliaan melayu. apa ni?.

    ReplyDelete
  23. Jangan bias la orang cakap kan. Jika kita terlalu memandang kebaiikan, susah juga kerana kelemahan tidak akan kita nampak, dan jangan pula hanya memandang kepada kelemahan kerana ini akan menyebabkan kebaikkan yang pernah kita lakukan dilupakan dengan sekelip mata. oleh itu kita kena seimbang dalam melihat satu2 perkara itu, sebab itu la ada pembangkang dan ada kerajaan.

    ReplyDelete
  24. Jelas hujah presiden parti dengan ketua pemuda tidak sehaluan. Ketua pemuda lebih liberal tetapi presiden menitik beratkan kepentingan Melayu.

    ReplyDelete
  25. Tak perlu terlalu sensitif. Hak Melayu dilindungi Perlembagaan Malaysia dan Raja-raja Malaysia.

    ReplyDelete
  26. Dari perbahasan yang dijalankan agm UMNO, kebanyakan wakil tidak setuju dengan konsep 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  27. Phenomena luar biasa. presiden parti mengilhamkan konsep 1 Malaysia tetapi sokongan dari parti nampak pudar.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.