Friday, October 29, 2010

PAS Berjaya Robohkan Tembok Penghalang Di bumi Sabah

Jefrey Kidung Benang lelaki berusia lebih separuh abad dari Merotai Tawau yang saya temui di Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah(HEMPAS) Ahad lalu adalah seorang penganut agama Kristian yang taat dan berstatus seorang paderi dari suku Dusun

Beliau bersama menantunya Robert Genggai adalah antara penggerak utama penduduk Merotai yang memperjuangkan hak mereka ke atas tanah yang diteroka lebih 30 tahun lalu yang kini dirampas secara rakus oleh kerajaan Umno Barisan Nasional pimpinan Musa Aman.

Di dalam sebuah negeri yang dipimpin parti perkauman Umno Barisan Nasional, dan negeri yang menjadi tali hayat kepada Umno/BN,Perjuangan Parti Islam Semalaysia(PAS) tentu sekali sesuatu yang begitu asing bagi Encik Jefrey yang memilih DAP sebagai platform memperjuangkan haknya.Begitulah rata ratanya sikap rakyat Sabah yang ketandusan sumber maklumat semasa untuk lebih mengenali PAS yang sudah 20 tahun memerintah Kelantan tanpa seekarpun tanah rakyat dirampas.

Tetapi kesungguhan Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat yang dipimpin saudara Mazlan Aliman dalam menangani isu tanah telah berjaya merobohkan tembok penghalang untuk PAS mendekati rakyat dari negeri negeri Borneo yang terdiri dari berpuluh puluh suku kaum yang begitu berbeza dari Semenanjung Malaysia.

Kunjungan Mazlan Aliman bersama rombongan dari Lujnah Tanah PAS Pusat ke Merotai awal tahun lalu untuk melihat sendiri kesan kerakusan kerajaan Barisan Nasional ke atas tanah bumiputera Sabah itu telah membuka mata rakyat untuk lebih mendekati PAS.

Bagi Encik Jefrey beliau tidak berselindung lagi di hadapan siapa juga,dengan penuh bangga beliau berkata,”Darah daging yang berada dalam dalam tubuh badan saya adalah darah daging PAS”.Inilah ungkapan yang beberapa kali diucapkan beliau di hadapan penulis sendiri.Katanya beliau tidak pernah berselindung lagi walaupun di hadapan pemimpin atau penyokong Barisan Nasional.

Kunjungan Lujnah Tanah PAS telah membawa beliau ke tangga Parlimen seterusnya bertemu pemimpin negara termasuk Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia yang juga pemimpin dari Sabah,Nazri Aziz,ahli Parlimen PAS dan Pakatan Rakyat yang lain seterusnya penyerahan Memorandum kepada Perdana Menteri pada April 2010 .

Dalam ucapan Robert Genggai menantu kepada Jefrey yang diberi peluang berucap di Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah(HEMPAS) Ahad lalu,beliau sangat sangat menghargai kesungguhan PAS dalam membantu mereka.

Katanya tanpa bantuan daripada PAS beliau tidak tau mana pintu masuk ke Parlimen,mana tangga naik ke Parlimen,bagaimana hendak bertemu Menteri.Dalam kunjungan tersebut mereka juga dapat mengenali PAS dengan lebih dekat apabila dapat berkunjung ke Kelantan melihat sendiri kediaman Menteri Besar Kelantan yang begitu sederhana berbanding dengan rumah Musa Aman Ketua Menteri Sabah.

Sempena dengan himpunan HEMPAS yang dianjurkan PAS di Dewan Hokka Sandakan Ahad lalu yang dirasmikan sendiri Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Jefrey membawa bersama penduduk kampung dari Merotai ke himpunan bersejarah yang dihadiri lebih 2000 rakyat Sabah itu.

Sebahagian mereka yang hadir ke himpunan bersejarah tersebut datang seawal hari Sabtu dengan konvoi kereta dan bas dari seluruh pelusuk bumi Sabah menempuh perjalanan mencecah sepuluh jam melalui jalan jalan dari banjaran gunung ganang sekeliling bumi Sabah.

Seperkara yang perlu diketahui perjuangan PAS dalam isu tanah dan setinggan di Sabah bukanlah baru bermula pada tahun ini,tetapi telahpun dimulakan seawal kemunculan PAS di negeri ini pada tahun 1985.Inilah yang ditegaskan Hj Hamzah Abdullah Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah yang bertanggungjawab membawa PAS Ke Sabah.

Namun mungkin disebabkan factor kekurangan tenaga serta sistem perhubungan di negeri Sabah yang begitu jauh ketinggalan ditambah dengan bentuk muka buminya yang bergunung ganang pasti sahaja menyukarkan sesiapa sahaja yang mahu menyampaikan mesej perjuangan kepada rakyat marahain yang tinggal di kawasan pedalaman.

Dengan pertambahan tenaga PAS di negeri Sabah ,moga sinar bulan purnama bakal menerangi negeri di bawah bayu ini.

Oleh: ARIS FEZUL BIN ISMAIL
SETIAUSAHA LUJNAH TANAH PAS PUSAT


Dari blog Tukul Besi

30 comments:
Write comments
  1. Apa yang kita lihat hanyalah wayang PAS semata2. seorang pencuri akan menuduh orang lain mencuri, seorang perasuah akan menuduh orang lain yang mengamalkan rasuah. mengapa begitu mudah tanah Kelantan berpindah milik kepada orang luar terutamanya dari Singapura? mengapa tanah orang asal dirampas? mengapa tanah peneroka dinafikan hak?..

    ReplyDelete
  2. jika benar PAS mengamalkan pemerintahan cara Islam, sudah pasti selama 22 tahun negeri ini makmur dan rakyat sentosa, dan sudah pasti rampasan tanah lebih 30 ribu hektar tidak berlaku di Kelantan, dan sudah pasti orang asli kelantan tidak bangkit menentang kerajaan PAS.

    ReplyDelete
  3. bila masa pilihan raya macam ni semua pun cuba menjadi hero. tapi jika tiada pilihan raya, saya tidak pernah dengar PAS buat program untuk membantu rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  4. mungkin PAS semakin diterima di Sabah, namun ia blum lagi dpt menggugat kekuatan BN. BN pula kena terus mendapatkan sokongan rkyat Sabah

    ReplyDelete
  5. Kita tidak pasti kebenarannya. Tapi bukan mudah untuk kita memimpin. PAS mungkin ada cara mereka. Tapi kita akan tengok nanti sejauh mana kata-kata ini dengan kenyatan PAS.

    ReplyDelete
  6. Benarkah apa yang PAS katakan. Sedangkan Parti Pembangkang di Sabah sendiri tidak dapat menjatuhkan BN inikan pula parti pembangkang dari semenanjung. jadi jangan angan-angan lebih PAS. Banyak lagi saingan dari parti lain untuk Sabah.

    ReplyDelete
  7. Tidak tahu lah kalau PAS ini benar2x ikhlas untuk membantu rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  8. Rakyat Sabah lebih tahu memikirkan siapa yang terbaik untuk mereka. Memang isu tanah adalah masalah besar di Sabah. Jadi tidak mustahil semua pembangkang akan mengaitkan politik mereka tentang tanah milik rakyat Sabah. Ini cuma cara mereka untuk menang. Tapi rakyat janganlah mudah tertipu itu semua adalah mainan dalam politik semata-mata.

    ReplyDelete
  9. Saya berharap PAS tidak akan memasuki Sabah. Saya ada perasaan yang tidak baik. Setelah tengok cara pemimpinan dan perjuangan mereka di Semenanjung Malaysia, saya tidak yakin bahawa cara mereka sesuai untuk orang Sabah.

    ReplyDelete
  10. Diharapkan rakyat akan membuat pilihan yang bijak.

    ReplyDelete
  11. Oleh: ARIS FEZUL BIN ISMAIL
    SETIAUSAHA LUJNAH TANAH PAS PUSAT


    Susah nak percaya.

    ReplyDelete
  12. Nampaknya gigitan PAS masih lagi panas di bumi Sabah.

    ReplyDelete
  13. Jika ingin berkata tentang perjuagan tentang hak2 tanah Saya rasa kerajaan sudahpun mewujudkan The Land and Survey Department untuk berurusan dengan orang ramai, mana2 isu berkaitan tanah adalah dibawah tanggungjawab department tersebut. Salah satu contoh yang mana departmenr ini menjalankan tanggungjawab dalam urusan tanah adalah sebuah company yang telah menerokai tanah seluas 1,760 acres, untuk tujuan penanaman kelapa sawit, dan difahamkan bahawa hampir 150 keluarga adalah penduduk tetap di kawasan tersebut. Kes ini mendapat perhatian dan telah dilaporkan kepada department yang telah ditugaskan untuk menyelesaikan masalah ini. Arahan untuk mengenakan tindakan sewajarnya kepada syarikat tersebut telah dikeluarkan.

    ReplyDelete
  14. Berkaitan dengan masalah pendatang asing:

    29th August, 2010
    KOTA KINABALU: The State Immigration Department has detained 35 illegal immigrants that have been found living under the Teluk Likas Bridge here for the past four months.

    23rd September, 2010
    “From 2008 until yesterday, we have checked 144,747 foreigners in various operations statewide and detained 66,321 immigrants,” said Noor Rashid.

    2nd September, 2010
    In an integrated sting, the authorities led by police nabbed 80 illegal immigrants during a two-hour operation in town on Tuesday.

    25th August, 2010
    Other matters raised were the presence of illegal immigrants in Sabah as well as land issues.
    On the illegal immigrant issue, Musa said that the State now has a special laboratory to address the matter.
    “The findings from the laboratory will be discussed among BN leaders in Sabah,” he said.
    Musa also explained the conversion of forest reserves into State land at the meeting.
    The move, he said, was to enable families that have yet to own any land as well as those classified as hardcore poor to own land through communal titles.

    ReplyDelete
  15. Saya rasa untuk mengatakan bahawa Govt tidak melakukan apa2 tentang isu2 yang telah di bangkitkan adalah tidak betul sama sekali. Mungkin ramai lagi yang tidak sedar telah banyak yang telah dilakukkan demi untuk rakyat diSabah.

    ReplyDelete
  16. Then you guys need to read this:

    KUALA LUMPUR 26 Okt. - Jabatan Audit Negara melaporkan, kesemua 13 kerajaan negeri gagal membayar keseluruhan tunggakan pinjaman mengikut tempoh yang ditetapkan sehingga penghujung tahun lalu.

    Bagaimanapun mengikut jabatan itu, tiga negeri iaitu Sabah, Sarawak dan Perak berjaya melangsaikan sebahagian besar daripada keseluruhan pinjaman mereka itu berbanding negeri-negeri lain.

    ReplyDelete
  17. PAS, can you please put your concern in Galas instead of Sabah?

    ReplyDelete
  18. Dalam kunjungan tersebut mereka juga dapat mengenali PAS dengan lebih dekat apabila dapat berkunjung ke Kelantan melihat sendiri kediaman Menteri Besar Kelantan yang begitu sederhana berbanding dengan rumah Musa Aman Ketua Menteri Sabah.

    Sempat pula menyindir.

    ReplyDelete
  19. Pada saya, PAS hanya diketahui di tempat2 tertentu saja.

    ReplyDelete
  20. Maybe they are so sure about winning in Galas that's why they are here aiming to Batu Sapi right now. Good try. But you won't be in our hearts.

    ReplyDelete
  21. l Quran (24) An Nuur : Ayat 13

    Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Olah karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang- orang yang dusta. (QS. 24:13)

    dan

    Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (QS 2:256)

    ReplyDelete
  22. Terima kasih PAS di atas keprihatinan anda. Kami sangat2 menghargainya. Namun Sabah sudah ada banyak parti2 kelahiran sendiri, jadi diminta PAS selesaikan msalah negeri sendiri dahulu..jika nak jadi contoh kepada negeri2 lain.

    ReplyDelete
  23. Baik PAS menumpukan perhatian dalam perjuangan mereka dalam pilihan raya Galas daripada menjaga tepi kain Batu Sapi.

    ReplyDelete
  24. Pasti PKR ada alasan mereka mengapa tidak membenarkan PAS bertanding dalam Batu Sapi. Janganlah beria-ria mahu masuk Sabah.

    ReplyDelete
  25. I don't even know PAS is exists in Sabah.

    ReplyDelete
  26. Back off PAS. Never pass down your racial and religious policy in Sabah.

    ReplyDelete
  27. Ya kan jieah... Semua lah kunun mahu jadi hero.. tapi tak mengapa, di akhir garisan nanti pasti 'heroin' bakal membuat kejutan kepada para hero ini.. hahhahahhaa

    ReplyDelete
  28. Para pengundi di BS harus patikan mereka mengundi calon yang tepat dan layak. Jangan lihat pada populariti tapi lihatlah pada kemampuan org itu utk membangunkan rakyat :)

    ReplyDelete
  29. K/kala orang yang gemar berdiam diri tu lebih banyak kelebihannya daripada individu yang asyik mengritik org lain... Bak kata orang, diam-diam ubi berisi... hehehe

    ReplyDelete
  30. Apapun, saya mengharapkan yang terbaik utk Sabah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.