Monday, October 4, 2010

SHAFIE MENUJU KE PUNCAK KUASA?

MENURUT maklumat sahih daripada beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN), Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin berjaya dalam percubaan keduanya untuk mengambil alih pucuk pimpinan Sabah dan penduduk semporna mengalu-alukan persetujuan Perdana Menteri.

“Kita memang berharap benar agar Datuk Shafie Apdal dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada awal tahun hadapan setelah diadakan pilihanraya kecil DUN Sulabayan,” ujar seorang mantan pemimpin UMNO bergelar datuk yang menjelaskan perkembangan mutakhir ini akan memberikan kelebihan BN untuk menawan semua kerusi parlimen dan DUN pada pilihanraya umum akan datang, apatah lagi Bajau merupakan komponen terbesar pengundi Sabah dan mula membuka mata rakyat Semporna agar kembali ke pangkal jalan menyokong UMNO.



Datuk tersebut menjelaskan, menurut perancangan awal, Adun Sulabayan, Datuk Nasir Tun Sakaran Dandai akan dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah pada 31 Disember 2010 menggantikan Tun Ahmad Shah yang setelah tamat tempoh perkhidmatannya.

“Kita mendapat maklumat bahawa nama Nasir telah dikemukakan untuk persetujuan Perdana Menteri baru-baru ini,” kata Datuk tersebut yang menjelaskan bahawa Najib telah bersetuju untuk melantik Shafie sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah selepas Perhimpunan Agung UMNO tidak lama lagi.

Tegas Datuk itu lagi, tempat Shafie di Kedah akan digantikan oleh Datuk Mukhriz Mahathir; sementara DatukMusa Aman akan terus kekal sebagai Pengerusi BN Sabah sehingga Shafie ditabalkan sebagai Ketua Menteri Sabah selepas memenangi pilihanraya kecil berkenaan.

Bagaimanapun, mengikut maklumat, Kerajaan Negeri Sabah belum menamakan siapa yang akan dilantik sebagai TYT. Namun antara nama yang diwar-warkan untuk dicadangkan termasuklah Tan Sri Hamid Egoh, Yahya Hussin, Syed Abbas, Illyas Ibrahim, Juhar Mahiruddin, Baharim Titingan, Ghani Gilong dan Sufian Koroh; namun semua nama ini mungkin terbatal sekiranya Najib menerima pakai Formula Shafie.

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)

24 comments:
Write comments
  1. Rakyat haruslah memberi peluang kepada PM kita, beliau telah memberikan kita terbaiknya untuk kita dengan infrastruktur dan bangunan.

    ReplyDelete
  2. Tak mungkin, Shafie Apdal bukan calon yang baik untuk dilantik sebagai KM. Tengoklah kawasan Semporna yang dipimpin oleh Shafie, satu kawasan kecil tidak mampu dijaga olehnya, adakah dia mampu memimpin seluruh Sabah?

    ReplyDelete
  3. Jika betul-betul mahu menukar KM, orangnya pasti bukan Shafie.

    ReplyDelete
  4. Yang penting kelayakkan memenuhi syarat...

    ReplyDelete
  5. Diharapkan tiada perkara seperti pilih kasih dalam pemilihan KM sabah yang terbaru nanti dan astikan orang yang dilantik menjadi KM adalah berdasar kelayakkannya.

    ReplyDelete
  6. belum dpt dipastikan siapa yang akan menjadi TYT seterusnya. begitu juga dgn jawatan Ketua Menteri Sabah. apapun, kita tunggu ja keputusan daripada Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  7. berkaitan dengan pekara ini, kita semua pun tidak tahu siapa yang akan menjadi TYT Sabah seterusnya. begitu juga dengan jawatan KM Sabah kita sendiri pun tidak tahu sama ada KM akan ditukar atau tidak.

    ReplyDelete
  8. Kita tidak pasti dengan khabar ini. Semenjak Shafie datang sabah pelbagai isu keluar tetang beliau. sambutan Hari raya baru-baru ini, khabar angin yang tidak pasti 70000 orang hadir. Dan ada yang datang ketika itu berkata itu tidak betul, kerana tidak mungkin sampai dengan jumlah tersebut. anggaran cuma 7000 orang sahaja. Kita tidak pasti siapa yang cuba untuk memberikan khabar yang tidak pasti kebenaran ini. Mereka sengaja membuat semua ini memburukkan UMNO.

    ReplyDelete
  9. kebenaran dan kesahihan berita ini belum dipastikan..adalah lebih baik tunggu pengumuman rasmi dari pihak kerajaan..

    ReplyDelete
  10. rakyat tidak harus keliru dengan isu ini..media juga harus tidak mensensasikan sesuatu berita yang belum sah demi kepopularitian sendiri..

    ReplyDelete
  11. Janganlah asyik memeberikan ceria tidak ada fakta. Kita tidak tahu betulkah tidak semua ini. Tapi kalau Shafie menjadi KM memang tidak layak langsung. Yang kita boleh nampak sendiri, beliau tidak mempunyai sifat berkerjasama dengan ahli UMNO sabah, kedua beliau tidak menghormati orang lain dengan melakukan ikut sesuka hati dia untuk melakukan apa yang dia mahu dan belaiu juga kita boleh nampak mahu kuasa sesuatu dengan sendiri. Seperti Kota Belud dan di Lahad Datu..KM tidak di jemput dan ketua UMNO daerah juga tidak dijemput? apa yang berlaku sebenarnya terhadap Shafie?adakah beliau gila dengan kuasa pemerintahan. Huru hara UMNO jikalau dia jadi KM.

    ReplyDelete
  12. benarkah penduduk semporna mengalu2kan shafie memegang jawatan KM Sabah? setelah daerah itu diabaikan oleh Shafie dan baru2 ini ada aduan masalah air. pasti ramai yang membantah jika benar shafie yang menjadi pilihan PM.

    ReplyDelete
  13. Semestinya Shafie Apdal tidak akan menang sekalipun jika beliau ditandingkan. PM tidak boleh menolak keputusan muktamad rakyat di atas kertas undian nanti.

    ReplyDelete
  14. apa2 pun semua ini hanya pandangan oleh pihak pro shafie semata2.. kita tidak tahu apa yang bakal berlaku nanti, tetapi yang pasti PM pasti membuat keputusan yang terbaik untuk rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  15. semua yang kita dgr ini hnylah kabar angin sahaja, jgnlah kita mudah terpengaruh dan keliru dgn kabar2 angin seperti ini. biarlah PM yang menentukan hal ini.

    ReplyDelete
  16. ada-ada saja cerita yang ditimbulkan. tapi pekara ini tiada penjelasan rasmi mahupun fakta kukuh. tiada siapa yang pasti tentang kebenaran apa yang diceritakan.

    ReplyDelete
  17. Perlantikan Ketua Menteri Sabah yang baru akan membawa satu sinaran dan cahaya kepada negeri Sabah.Peluang mesti lah diberi kepada pemimpin baru dan rakyat tidak harus merasa was was dengan adanya ketua Menteri baru yang akan membawa kita kearah kecemerlangan dan kemajuan yang lebih pesat.Saya sudah pun mengatakan bahawa ketua Menteri Musa Aman sudah sampai kepenghujung jalan dalam karier nya dan harus diganti.Tidak payah lah merungut lagi atau bertahan kerana beliau sudah di beri peluang selama 7 tahun tapi Sabah maseh negeri miskin di Malaysia.Tak cukup kah?

    Kalau pun betul Datuk Shafie Apdal jadi penganti apa salah nya?Datuk Shafie mempunyai banyak pengalaman dalam pentadbiran dan seorang Menteri kanan persekutuan.Beliau adalah juga naib presiden UMNO.Tak layak kah?

    Peluang mestilah diberi kepada beliau dan diberi sokongan penuh sebagai KM yang baru.We should not pre-judge him.Tak adil lah buat gitu.Kalau dia sudah jadi KM dan tidak buat kerja betul barulah boleh kritik bukan sebelum nya.

    Saya secara peribadi menyokong sepenuhnya Datuk Shafie sebagai KM Sabah yang baru dan semoga dibawah kepimpinan beliau Sabah akan maju dan terlepas dari belenggu kemiskinan.Kepada Datuk Shafie saya menaruh harapan besar dan bukan kepada Musa Aman.

    ReplyDelete
  18. Jika Saudara Indahme mahu menyokong Shafie Apdal, ini hak anda. Tapi rakyat lain juga ada hak sama ada mahu menyokong ataupun tidak.

    ReplyDelete
  19. Ada rakyat yang menyokong Shafie Apdal, ada juga rakyat yang menyokong Musa Aman, apa salahnya? Inikan negara demokratik.

    ReplyDelete
  20. Shafie tidak layak menerajui Sabah.

    ReplyDelete
  21. Nah, he will always at the bottom one.

    ReplyDelete
  22. Shafie memang tidak layak untuk menjadi ketua menteri pun. Kalau dia telah dipilih di Semenanjung, biarkan la dia di situ. Apa pula nak bagi dia peluang di sini? Tak masuk akal langsung.

    ReplyDelete
  23. Back off Shafie. You are not welcomed here.

    ReplyDelete
  24. A better leader is coming our way, but definitely not him.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.