SANDAKAN: Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan kawasan Parlimen Batu Sapi meskipun berdepan dengan saingan sengit daripada parti pembangkang.
Keyakinan berkenaan adalah disandarkan kepada rekod pencapaian BN sejak mewakili kawasan Batu Sapi, faktor calon serta usaha dan keseriusan BN melakukan transformasi parti berkenaan.
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata kemenangan calon BN pada pilihan raya kali ini amat penting bagi memastikan kesinambungan perjuangan mendiang Datuk Chong Ket Wah membangunkan kawasan Batu Sapi.
"Kita mintalah supaya kesinambungan (usaha membangunkan Batu Sapi) dan calon kita itu direstui oleh pengundi-pengundi supaya kita boleh membawa kemajuan dan menyambung segala rancangan pembangunan kawasan ini untuk kebaikan penduduk kawasan ini sendiri.
"Tentu sekali yang kita inginkan ialah wakil yang boleh membawa pesanan dan rayuan-rayuan penduduk di kawasan ini secara efektif untuk kemajuan penduduk di sini," katanya selepas majlis penamaan calon pilihan raya Kecil Batu Sapi di sini, hari ini.
Pilihan raya kecil Batu Sapi menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Maju Sabah (SAPP).
BN diwakili Datin Linda Tsen Thau Lin, manakala PKR dan SAPP masing-masing diwakili oleh Ansari Abdullah dan Datuk Yong Teck Lee.
Pairin juga menafikan dakwaan kononnya calon BN itu tidak tahu berbahasa Melayu, kurang pengalaman pentadbiran dan menganggap tuduhan berkenaan sebagai andaian semata-mata oleh pihak yang belum mengenali Linda.
Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Hussein pula menyifatkan pilihan raya kecil Batu Sapi sebagai satu ruang penting bagi BN untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu komited dan konsisten melakukan transformasi untuk bersama rakyat.
"Ini satu lagi ujian yang terpaksa kita lalui, InsyaAllah petanda-petanda awal daripada Umno khususnya bahagian-bahagian berdekatan, penerimaan kepada calon kita menunjukkan bahawa konsistensi kita, penerimaan kita kepada calon, sesiapa saja yang dipilih oleh pucuk pimpinan akan mendapat sokongan yang padu," katanya.
Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, pula meminta pengundi menimbangkan tiga sebab mengapa mereka perlu memberi kemenangan kepada calon BN.
Faktor pertama, kata Dr Koh, ialah demi keharmonian dan kesinambungan pembangunan kawasan Batu Sapi kerana calon BN berkenaan akan mudah bekerjasama dengan wakil rakyat Karamunting dan Sekong yang masing-masing diwakili Gerakan dan UMNO.
Pemilihan Linda bukti komitmen BN untuk meningkatkan bilangan Ahli Parlimen wanita serta perwatakan beliau sendiri sebagai seorang yang dihormati, jujur dan merendah diri adalah satu kelebihan.
Timbalan Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim pula berkata, hasil pemerhatian terhadap pengundi Batu Sapi mendapati pengundi kawasan berkenaan bersemangat untuk menyokong calon BN.
Menurut Razali sokongan pengundi kawasan berkenaan kepada BN bukan atas faktor emosi atau tetapi sokongan tulen yang didasarkan kepada kemahuan mereka untuk melihat BN memperbaiki kelemahan mereka.
Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menganggap SAPP sebagai pengacau kerana turut bertanding pada pilihan raya kecil Batu Sapi.
Katanya, pengundi kawasan Batu Sapi perlu memilih PKR yang mewakili pakatan pembangkang yang juga pembangkang sebenar untuk menghadapi calon BN.
"Peluang kita menang dalam mana-mana pilihan raya kecil berbanding dengan segala kekuatan yang dimiliki BN memanglah tidak mudah tetapi di Sibu (Sarawak) kita telah beroleh kemenangan," katanya selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil Batu Sapi di sini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula berkata, pakatan pembangkang belum dapat menentukan sama ada SAPP akan menjejaskan peluang mereka dalam pilihan raya kali ini.
Bagaimanapun, katanya, PAS tetap akan menggerakkan jenteranya dalam kempen pilihan raya berkenaan bagi memenangkan calon pembangkang yang diwakili calon PKR.
Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw pula berharap pengundi Batu Sapi akan memberi peluang kepada calon PKR untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat bagi menyuarakan permasalahan mereka. - BERNAMA
Tuesday, October 26, 2010
BN yakin Batu Sapi dapat dipertahankan walaupun saingan sengit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
keyakinan BN untuk menang perlulah disertai dengan usaha. ini bagi memastikan kerusi parlimen Batu Sapi kekal diwakili oleh calon dari BN.
ReplyDeleteAdalah baik jika memmpunyai keyakinan, tapi BN tidak patut angkuh. Sepatutnya BN meneruskan usaha untuk kekal relevan dan mendapat balik keyakinan rakyat. Selamat berjuang.
ReplyDeleteKita akan ketahui keputusan setelah PRK itu diadakan.
ReplyDeleteMemang saya juga yakin BN akan dapat mempertahankanya. SAPP dan PKR tetap mendapat sambutan tetapi tidak akan dapat menewaskan calon BN.
ReplyDeleteKita tunggu keputusannya nanti pada 4 november. BN menerima pesaing yang hebat seperti YTL SAPP parti pembangkang dari Sabah. Tapi mungkin ini tidak akan mengugat calon BN di batu Sapi kerena beliau merupakan kelahiran Sandakan sendiri dan lebih memahami masalah rakyat di daerah tersebut.
ReplyDeletepilihan raya kecil Batu Sapi sebagai satu ruang penting bagi BN untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu komited dan konsisten melakukan transformasi untuk bersama rakyat. Oleh itu, rakyat perlu lebih meyokong kerajaan yang cuba yang terbaik untuk membangunkan kawasan tersebut.
ReplyDeletesetuju Jieah.. keyakinan mesti seiring dengan usaha.. jangan hanya bergantung dengan keyakinan untuk menang tapi tidak melakukan apa2. beri tindak balas setiap serangan dipihak pembangkang dan perbanyakkan tindakan bukannya percakapan.
ReplyDeletepengundi Batu Sapi perlu membuat pilihan berdasarkan prestasi dan kemampuan calon atau parti yang diwakili dalam membangunkan serta memajukan kawasan Batu Sapi. hanya satu parti yang mampu membawa pembangunan dan memenuhi tuntutan penduduk Batu Sapi iaitu BN. jadi buatlah pilihan sebaik2nya.
ReplyDeletebatu Sapi sememangnya kawasan BN sebelum ini, BN kena terus berusaha untuk mempertahankan batu Sapi.
ReplyDeleteSemoga keyakinan yang ada dapat membantu BN dalam memperjuangkan hak rakyat.
ReplyDeleteBn kena berusaha jika ingin terus menguasai BAtu Sapi.
ReplyDeleteCOnfidence is vital. But, BN needs to keep it up.Never look back.
ReplyDeleteKeyakinan adalah bagus, tetapi janganlah over-yakin. BN harus teruskan usaha mereka untuk mendapat lebih banyak sokongan.
ReplyDeleteSokongan rakyat adalah penting kerana mereka yang menentu pemenangnya. Kita tunggu dan lihat sahajalah calon mana yang akan menang.
ReplyDeleteSaingan 3 penjuru semestinya membawa perasaan debar kepada semua calon.Namun hakikatnya, persoalan yakin bukan lagi satu persoalan namun satu jawapan untuk menggalas tanggungjwab yg besar.
ReplyDeleteTak sabar nak melihat persaingan tiga penjuru Batu Sapi, diharapkan calon yang terbaik akan dipilih.
ReplyDeleteSaya yakin dan percaya PKR akan menang...
ReplyDeleteTetapi jika SAPP menang, yakinlah, SAPP akan masuk semula BN...
BN tetap kalah disetiap sudut dan penjuru..
cuma jadi nujum pak belalang..
Jika dilihat secara sudut lain, PBS mempunyai lebih credit untuk memenangi kerusi tersebut. Betullah, pencapaian BN di Batu Sapi selama ini adalah sangat memberansangkan.
ReplyDeleteWell, we could only hanging there and watch the process.
ReplyDeleteMay God bless you all.
ReplyDeleteBN pasti dapat mempertahankan kerusi Batu Sapi kerana undi lawan telah berpecah.
ReplyDeleteRamalan menyebelahi BN di Batu Sapi kerana undi pembangkang tidak tertumpu.
ReplyDeleteUndi BN lebih stabil dan tetap.
Masih awal lagi untuk membuat ramalan, kita hanya boleh mengetahui kesudahannya setelah undian dikira. Kita tunggu dan lihat.
ReplyDeleteTidak perlu masa untuk meramal, BN mempunyai peluang paling cerah dalam pilihanraya kecil Batu Sapi.
ReplyDeleteDiharap penduduk Batu Sapi buat keputusan yang terbaik.
ReplyDeleteKeyakinan BN berasas memandangkan Batu Sapi kubu kuat BN.
ReplyDeleteSetuju jieah. Usaha tu harus ada utk mencapai kemenangan.
ReplyDeleteBN harus buktikan pada para pengundi mereka layak diundi. Jangan asyik yakin saja, takut lain pula yang berlaku:P
ReplyDeleteSaya harap pengundi dapat buat keputusan yang terbaik demi kebaikan BS sendiri:)
ReplyDeleteYa mahali, masih awal utk buat ramalan kerana dunia politik ini macam magik... apa2 pun boleh berlaku:P hehe
ReplyDeleteApapun, sama2 lah kita harapkan yang terbaik sepanjang PRK BS berjalan.
ReplyDeleteDari mulanya berkata sepakat tidak menyerang sesama antara calon PKR dan SAPP dalam satu mesyarat hingga sekarang serang sesama.
ReplyDeleteManalah lagi peluang kemenangan?
SAPP dan PKR sudah tersasar target menyerang sesama.
ReplyDelete