Monday, October 4, 2010

KETUA WANITA UMNO ALIBABA KONTRAK?

ROGRAM turun padang kelmarin, 2 Oktober 2010 sangat memberangsangkan di Kg Kelanyaan, Lagud Seberang, Tenom kerana perjalanan ke kampung berkenaan benar-benar mencabar disebabkan struktur jalanrayanya masih lagi di tahap jalanraya zaman 60-an.

Jalanraya yang tidak berturap, masih bertanah merah, sangat mendukacitakan. Adakah ini suatu hadiah kemerdekaan Negeri Sabah dari Kerajaan di bawah naungan BN untuk pengundinya yang setia mengundi mereka dalam PRU12 selama beberapa tahun lalu? Pada hal rakyat Sabah sudah merdeka selama 47 tahun.

Kebajikan penduduk terpencil ini benar-benar dinafikan sama sekali oleh kepimpinan UMNO/BN. Jika dilihat dari segi kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas memang langsung tidak pernah dinikmati sama sekali oleh penduduk kampung berkenaan.

Rombongan kepimpinan Ketua Cabang PKR Tenom yang menjenguk mereka di pedalaman ini merasa sangat sedih melihat corak kehidupan mereka. Selaku Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman merasakan mereka tidak sepatutnya diabaikan oleh Kerajaan BN memandangkan biarpun susah untuk keluar dari kampung, mereka tetap berusaha untuk keluar mengundi.

Namun sayang sama sekali pengorbanan mereka tidak dihargai oleh kepimpinan UMNO/BN. Kewujudan hak mereka seolah-olah dinafikan sama sekali bak kata pepatah ‘Selepas melalui jambatan, tongkat dibuang’.

Setelah 47 tahun merdeka, tiada satu pun kepimpinan UMNO/BN bermurah hati untuk menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur buat mereka. Pemimpin UMNO/BN hanya pentingkan diri sendiri dan kroni-kroni di sekeliling mereka sahaja. Kebajikan rakyat yang telah mengundi mereka dan meletakkan mereka di suatu kedudukan yang amat selesa, akan tetapi ternyata para pemimpin UMNO/BN tidak bijak menghargai pengorbanan rakyat setempat.



Dalam ucapannya, Halik berkata sekiranya PKR/PR berjaya menawan tampuk pemerintahan negara dan negeri, insya Allah mereka akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk penduduk di pedalaman.

“Biar penduduk pedalaman sama-sama menikmati segala kemudahan yang sekarang ini dikecapi hanya untuk penduduk di Bandar-bandar besar sahaja. Pemimpin PKR berjanji untuk terus membela dan mengubah nasib mereka yang berada di pedalaman.”

Halik bertanya, apakah pernah YB-YB BN yang ada sekarang ini melawat mereka di Kg Kelanyaan, jawabnya cukup sinonim, “TIDAK PERNAH”.

Inikah ertinya slogan ‘rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan?’ Mungkin pencapaian poket sendiri dan kroni-kroni di utamakan, rakyat biarlah dibelakangkan dengan menghadapi penghidupan miskin papa kedana.

"Lihat sahaja jambatan sungai padas melintasi ke kampung Entabuan Tenom, harganya berates-ratus juta. Dengar khabar dari mulut ke mulut kontraknya diberikan kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Tenom dan khabar angin meniup kontrak tersebut di Ali Babakan kepada seorang kontraktor Asing,” kata Halik yang menyebut jambatan sedia ada masih boleh digunakan dan kenapa peruntukan tersebut tidak digunakan untuk menurap jalanraya Kampung Kelenyaan.

Tegas Halik lagi, Kenapa mesti Ketua Wanita UMNO Bahagian Tenon yang dapat kontrak tersebut? Pada hal dia tidak ada pengalaman lalu meng-Ali Babakan kepada orang lain? Tentunya harga pembinaan jambatan Sungai Padas tersebut lebih mahal dari yang sepatutnya, maka sebab itu kontrak itu di Ali Babakan?

"PKR Cabang Tenom akan menyiasat khabar angin tersebut sama ada benar atau tidak. Jika kami mendapati perkara itu benar berlaku, maka kami akan buat laporan kepada SPRM untuk menjalankan penyiasatan terperinci," tegas Halik lagi.

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

16 comments:
Write comments
  1. Inilah apa saja mengingatkan. Mereka tidak pernah pun mendapatkan hati rakyat. Memang mengecewakan.

    ReplyDelete
  2. kerperluan dan masalah rakyat perlulah sedaya upaya dipenuhi. berkaitan dengan kontark yang diAlibabakan, ianya hanya khabar angin jika tiada bukti.

    ReplyDelete
  3. Itulah kerajaan perlu memberikan projek kepada syarikat yang benar-benar berkualiti dan berkelayakan sahaja untuk menghalang projek daripada dialibabakan.

    ReplyDelete
  4. Jika projek asyik dialibabakan, ia akan memperlahankan proses menyempurnakan projek tersebut dan pelbagai masalah akan timbul.

    ReplyDelete
  5. Hanya rakyat sahaja yang mampu mengubah segalanya....

    ReplyDelete
  6. keperluan rakyat perlulah diutamakan, pembangunan amat diharap oleh setiap penduduk.

    ReplyDelete
  7. Janganlah menipu diri sendiri dan berjanji manis dengna rakyat. Dari mana PKR/PR mahu cari duit untuk semua ini sekiranya menang. Untuk membangunkan sesuatu tempat bukan mudah. Peruntukkan yang tinggi untuk semua itu. Harap PKR janganlah memberikan kata-kata manis sekiranya itu hanya untuk kemenangan dan bukan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  8. Apa yang pasti, penduduk hanya mahukan perubahan yang positif. Mereka berhak untuk memilih sesiapa sahaja.

    ReplyDelete
  9. hak rakyat harus diutamakan..

    ReplyDelete
  10. pemimpin yang mengamalkan budaya 'politik perut' inilah yang akan merosakkan imej baik parti..ini menjurus kepada kekecewaan dan putus harapan rakyat kepada wakil rakyat yang seterusnya mengalihkan perhatian dan sokongan mereka kepada pihak yang dirasakan boleh membantu mereka.

    ReplyDelete
  11. khabar angin seperti yang dikatakan harus disiasat terlebih dahulu akan kebenarannya..jika benar maka tindakan yang sepatutnya harus diambil oleh pihak berwajib.

    ReplyDelete
  12. "Pemimpin UMNO/BN hanya pentingkan diri sendiri dan kroni-kroni" itu lah kata2 keramat PKR bila masuk ke kampung2. kemudian berjanji itu ini seolah2 mereka adalah yang terbaik. tapi lihat la di negeri2 PR, apa sumbangan PKR? sempurnakah negeri2 itu? sedangkan Pemilihan tidak mampu dijalankan dengan cekap inikan pula negara?

    ReplyDelete
  13. mungkin umno/BN juga wajib masuk ke kampung2 untuk mendedahkan semua kepincangan atau keburukan PKR. tidak semua penduduk kampung tahu apa sebenarnya yang berlaku di luar sana, oleh sebab itu mereka mudah terpengaruh dengan ideologi2 politik pembangkang yang suka mencari kesempatan.

    ReplyDelete
  14. sebaiknya permasalahan penduduk diselesaikan. setiap tuduhan berkaitan dengan projek di alibabakan perlulah ada bukti. jika tiada bukti itu hanyalah tuduhan kosong semata-mata.

    ReplyDelete
  15. Nampaknya banyak masalah telah timbul.

    ReplyDelete
  16. Kita masih belum tahu lagi keadaan sebenar, perkara ini haruslah disiasat terlebih dahulu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.