Monday, October 4, 2010

KUBU UMNO/BN DI TENOM MULA REPUT ?

KEPIMPINAN Cabang PKR Tenom meneruskan misi kempen menambah keanggotaan PKR Cabang Tenom. Hari ini bertempat di Kg Lalandang Enubai Tenom di kediaman Tangian dan mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk kampung, sedangkan pilihanraya masih jauh.

Kata Tangian (Tuan Rumah), bahawa mereka yang tinggal di kampung ini rata-rata menolak UMNO dan BN kerana kami sudah jemu dengan janji-janji BN selama 47 tahun dan maka kerana itulah mereka memilih PKR.

Penduduk kampung tersebut yang hadir bersama orang ramai yang ingin menyertai PKR Tenom menandakan keinginan rakyat Tenom untuk melakukan perubahan pentadbiran Kerajaan.

Selaku Ketua Cabang, Halik Zaman mengalu-alukan kehadiran rakyat Sabah yang begitu berminat untuk menganggotai PKR Tenom dan sempat menyuntik semangat dengan memberikan rangsangan dan kefahaman mengenai hala-tuju dan motif perjuangan PKR yang lebih menitik-beratkan kebajikan rakyat dari kepentingan diri sendiri.

“Berubahlah sekarang kalau tidak, bila lagi kita mahu merubah penghidupann anak cucu kita,” kata Halik Zaman.

Turut hadir di perjumpaan ini ialah Hj Razali Danis yang turut menyumbangkan buah fikirannya kepada hadirin yang berpandangan betapa perlunya rakyat untuk berubah bagi memperbaiki kehidupan rakyat Tenom terutamanya bagi penduduk di pedalaman.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

23 comments:
Write comments
  1. PKR telah menjadi pilihan mereka kerana tidak dapat menunggu lagi. Memang mengecewakan...

    ReplyDelete
  2. PKR tidak perlulah terlalu yakin kerana secara keseluruhannya BN masih kuat di Sabah. rakyat juga sedar bahawa PKR kini merupakan parti bermasalah.

    ReplyDelete
  3. Jangan berkata begitu Saudara POP, laporan berkata bahawa kebanyakan kawasan menolak PKR terutamanya di Semporna.

    ReplyDelete
  4. Tiada apa-apa yang pasti lagi, kita hanya akan mengetahui keputusan terakhir bila PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  5. Nampaknya ada yang perlu bekerja keras untuk mengatasi keadaan yang bakal mengubah arena politik Sabah...

    ReplyDelete
  6. PKR bersungguh-sungguh mendapatkan sokongan rakyat tenom, BN jgnlah mendiamkan diri, BN kena tmpil dalam mendapatkan lagi sokongan rakyat tenom. perbaiki kelemahan yang ada, jika tidak, Tenom akan dirampas oleh PKR.

    ReplyDelete
  7. Ini sudah memberi signal terang-terangan kepada BN. Jangan sampai nasi sudah menjadi bubur.

    ReplyDelete
  8. terpulang kepada rakyat untuk memilih...

    ReplyDelete
  9. namun rakyat haruslah bijak dalam membuat keputusan untuk memilih wakil mereka..isu kepincangan dalam pemilihan PKR harus diambil sebagai iktibar bagi rakyat kerana tidak mustahil perkara serupa akan berlaku sekiranya PKR menjadi kerajaan..pada masa itu nanti, menyesal pun tidak berguna..

    ReplyDelete
  10. BN harus berusaha memenangi hati rakyat semula..isu2 yang berlarutan di mana membebankan rakyat harus diselesaikan..wakil2 yang malas dan tidak sensitif harus digantikan dengan seorang pemimpin yang ringan tulang, sensitif dan bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  11. UMNO/BN haruslah lebih memberikan tumpuan kepada rakyat. memberikan mereka pertolongan yang perlu untuk menarik kepercayaan mereka terhadap UMNO/BN.

    ReplyDelete
  12. sebelum ini ketua cabang PKR sendiri mengakui bahawa PKR di Tenom tidak seberapa gah dari segi pentadbiran, strategi, berlakunya ketidak-sefahaman sesama sendiri serta perebutan kuasa yang memangkin faktor PKR dilihat sebagai sebuah parti yang lemah. kelemahan2 ini masih dapat dilihat sehingga hari ini dan faktor2 tersebut sepatutnya menjadi pertimbangan rakyat untuk membuat keputusan yang tepat.

    ReplyDelete
  13. PKR juga menggunakan strategi janji untuk menarik sokongan rakyat. kita tidak tahu sejauh mana mereka mampu menunaikan janji2 itu berdasarkan prestasi mereka setakat ini. sebaik2nya jangan lafazkan sebarang janji yang diluar kemampuan PKR..

    ReplyDelete
  14. sebenarnya PKR yang semakin lemah sekarang ini. masalah dikalangan pemimpin PKR semakin ketara dan ini dapat dilihat ketika pemilihan PKR yang turut menyebabkan berlaku kekecohan.

    ReplyDelete
  15. Setahu saya, PKR memang mendapat banyak sokongan di kawasan itu.

    ReplyDelete
  16. Yes. PKR is capturing more supporters now. They must be goddamn happy with that result.

    ReplyDelete
  17. Satu, dua kawasan tidak cukup untuk menang dalam PRU-13. Tapi kita masih belum tahu apa-apa lagi, hanya bila PRU-13 barulah semuanya akan jelas. Buat masa ini, baik tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  18. Kedua-dua parti BN dan PKR tidak patut angkuh, kerana masih awal lagi untuk menentu kemenangan. Mereka sepatutnya meningkatkan usaha lagi supaya boleh menyakinkan penyokong masing-masing.

    ReplyDelete
  19. Ini menunjukkan bahawa BN harus mencari strategi baru dalam meyakinkan penduduk Tenom.

    ReplyDelete
  20. Apa apa pun, selamat berjuang semua.

    ReplyDelete
  21. Plans and ideas need to be sorted out, put in in actions.

    ReplyDelete
  22. mana2 parti pun akan menceritakan yang terbaik tentang parti mereka dihadapan rakyat. tapi dibelakang rakyat, siapa yang tahu. semua itu strategi persaingan untuk merebut kuasa.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.