Friday, October 29, 2010

MUSA ENGGAN LAYAN CABARAN YONG

KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata beliau tidak mahu melayan cabaran presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee untuk berdebat dengannya mengenai 'Sabah Untuk Orang Sabah' dan autonomi.

Musa berkata debat seperti itu tidak ada faedahnya ketika mengulas mengenai cabaran Yong yang mahu berdebat dengannya mengenai isu berkenaan Ahad ini di Dewan Hakka.

Terdahulu ketika berucap sempena program perasmian Menkoperasikan Rakyat (1Komuniti, 1Koperasi) di sini, Musa menyifatkan tindakan Yong menimbulkan isu 'Sabah untuk orang Sabah' dan autonomi Sabah dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi sebagai syok sendiri.

Musa yang juga Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil berkenaan berkata Yong sengaja memainkan isu berkenaan semata-mata untuk memancing undi supaya dia dapat menjadi ketua menteri.

"Siapa tidak kenal Yong Teck Lee. Semasa jadi Ketua Menteri Sabah, dia tidak pernah pun sebut autonomi. Bohong saja. Dia cuma mahu jadi Ketua Menteri. Saya mahu tanya, pernah dia datang ke mari (Kampung Karamunting) semasa dia Ketua Menteri?" katanya yang disambut dengan sorakan 'tidak'.

Turut hadir calon Barisan Nasional bagi Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin.

Sehubungan itu Musa mengingatkan rakyat khususnya pengundi Batu Sapi supaya tidak terpedaya dengan kata-kata Yong yang juga bekas ketua menteri kerana tujuannya cuma mahu mendapat kuasa.

Musa seterusnya berkata slogan 'Sabah for Sabahan' yang didendangkan Yong cuma bertujuan mengelirukan rakyat kerana sudah terbukti SAPP tidak membawa apa-apa pembangunan untuk rakyat.

Menurut Musa slogan SAPP itu sama sekali berlainan dengan aspirasi kerajaan pusat yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberi peruntukan besar kepada Sabah kerana menyedari keperluan negeri kedua terbesar di negara ini.

Katanya dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sahaja, kerajaan pusat meluluskan RM15 bilion untuk pembinaan pelbagai infrastruktur ekonomi, sosial dan pendidikan untuk rakyat Sabah termasuk jalan raya, elektrik sekolah dan banyak lagi.

Musa berkata kerajaan juga sedang membangunkan Sandakan sebagai hab pendidikan dengan membawa kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah ke Sandakan di samping membina politeknik dan Maktab Rendah Sains Mara di daerah itu.

Menurut Musa, Yong bukan sahaja gagal membela rakyat semasa beliau menjadi Ketua Menteri malah ketika memegang jawatan menteri dalam kabinet Sabah, dia juga gagal berbuat demikian. -sabahkini

38 comments:
Write comments
  1. Betul, apa yang Yong pernah buat untuk orang Sabah bila masih KM Sabah dahulu? Rakyat kenalah pandai membuat pilihan calon kali ini.

    ReplyDelete
  2. Kita tengoklah sama-ada rakyat Sabah akan menyokong ataupun menolak SAPP pada PRK Batu Sapi.

    ReplyDelete
  3. SAPP dilihat hanya pandai mengkritik tapi tidak pula menyumbang apa-apa kepada rakyat Sabah..

    ReplyDelete
  4. kenapa sekarang baru nak perdebatkan isu autonomi Sabah, semasa YTL berkuasa dan menjadi ketua menteri Sabah, dia tk pernah bangkitkan isu ini. dah jadi pembangkang baru mcm2 isu ditimbulkan.

    ReplyDelete
  5. Yong Teck Lee, mungkin boleh cuba lagi tahun hadapan?

    ReplyDelete
  6. Yong is created a game now. He is restless.

    ReplyDelete
  7. I am with Datuk Musa. Yong is only want to diverting things. Why should asking to have a debate now??? Nonsense!

    ReplyDelete
  8. penggundi Batu Sapi sendiri akan membuktikan slogan SAPP tidak akan popular sebagaimana prestasi dan reputasi pemimpinnya.

    ReplyDelete
  9. Datuk Musa tidak melayan cabaran YTL berdebat. Kerana itu tidak penting sangat. Yang bertanding bukan Datuk Musa kenapa YTL mahu berdebat dengan beliau itu tidak pasti. adakah YTL tidak ada idea lain lagi untuk dilakukan.

    ReplyDelete
  10. apa agaknya tindak balas Yong berkenaan dengan kenyataan ini? seolah2 Yong menyerang dirinya sendiri memandangkan beliau pernah berkuasa di Sabah tapi tidak melakukan apa2 sesuai dengan slogannya hari ini.

    ReplyDelete
  11. YTL nonsense. Kenapalah perangai YTL sebegini. Memang sekiranya YTL bertanding dengan Datuk Musa memang Datuk Musa akan menang. SAPP popular begitu saja. Tidak begitu dikenali sangat oleh rakyat. Tapi jikalau PKR lagilah tidak popular langsung di Sabah.

    ReplyDelete
  12. Penentu dalam PRK batu Sapi ini adalah ditangan rakyat batu sapi. Oleh itu bukan ditangan Datuk Musa fahamkan YTL. Jadi YTL cubalah yang terbaik untuk rakyat Batu Sapi. BN adalah saingan terhebat di batu Sapi. Kami yakin juga SAPP tidak akan berpeluang untuk memenangi kerusi Perlimen batu Sapi ini.

    ReplyDelete
  13. Buatpa nak buat debat kalau isu lama juga yang diperdebatkan? Padahal banyak lagi misi yang harus diselesaikan.Kalau sekadar melepaskan batuk di tangga, saya pun boleh buat.

    ReplyDelete
  14. tak perlulah nak layan YTL ni, dia cuma nak tarik perhatian umum ja. hakikatnya YTL tak boleh buat apa2. semasa dia jadi KM Sabah, tak ada apa pun dia buat untuk Sabah.

    ReplyDelete
  15. I agree with CM. It is useless for SAPP to come up with a debate. There is nothing to be discussed about.

    ReplyDelete
  16. Buang masa ja main debat ngan si Yong.Bagus lagi fokus untuk menolong rakyat batu sapi.

    ReplyDelete
  17. Banyak pemimpin yang mengecam YTL. Dia tu kan pakar memutarbelitkan fakta.

    ReplyDelete
  18. Layan sajalah YTL ni.. dan pastikan perdebatan ini disaksikan secara live di kaca tv.. kalau MA yakin dengan pentadbiran selama ini, buat apa perlu takut.. layan saja.. luahkan segala-galanya semasa perdebatan secara professional.. Baru kita tahu siapa yang cakap kosong saja..

    ReplyDelete
  19. kalau KM sahut cabaran YTL pun, belum tentu YTL mampu menjawab soalan2 yang diajukan. biasanya beliau akan menggunakan isu lain untuk menjawab soalan2 yang menyerang beliau.

    ReplyDelete
  20. YTL suka mencanang sana sini macam tin kosong!

    ReplyDelete
  21. perkara-perkara yang disuarakan oleh YTL sebenarnya adalah sekadar meraih simpati rakyat...saya rasa, tak yah lah layan isu-isu lapok yang disuarakan oleh YTL. Fokus kepada rakyat dan kesejahteraan rakyat lebih baik.....

    ReplyDelete
  22. orang bijak tidak akan terpengaruh dengan cakap-cakap kosong yang cuba naik raih simpati undi....bersuara lantang masa nak menang je...

    ReplyDelete
  23. Takdak hasil pun kalau debat ni dijalankan.. Para pemimpin hanya membuang masa sahaja

    ReplyDelete
  24. Yong cuma mahu mengalih perhatian orang lain kepada isu yang tidak berkaitan.

    ReplyDelete
  25. Diharapkan rakyat akan pandai menilai perkara ini dan membuat pilihan yang terbaik.

    ReplyDelete
  26. x perlu la mo debat2...buang masa saja...kalau dapat cari jalan penyelesaian x apa, ini benda2 yg obsolete pun nnt akan disentuh....whats the point of debating if both of the party know there will no concrete outcome from the debate?

    ReplyDelete
  27. YTL cuba alihkn isu SAS, FMU & jwtn CM yg disandang beliau suatu ketika dulu, isu ini juga dibawa oleh Ansari (cln PKR) disamping isu BN akibatnya berat badan Ansari bertambah....& akhirnya..

    ReplyDelete
  28. Slogan yang dibawa oleh YTL iaitu 'Sabah untuk Sabahan' adalah bertentangan dengan 20 perkara yang terkandung dalam persetujuan semasa Malaysia ditubuhkan. Perkara 7 dalam 20 POINT dengan jelas mengatakan bahawa ' THERE SHOULD NO NO RIGHT TO SECEDE FROM THE FEDERATION. Ini bermakna tuntutan YTL adalah bertentangan dengan semangat yang dipersetujui oleh rakyat Sabah. YTL hanya berjuangkan untuk kuasa politik beliau mempertopengkan perjuangan untuk rakyat Sabah. Adakah rakyat Sabah menyedari bahawa kerajaan pusat telah menunaikan semua 20 point yang dipersetuji. Kerajaan Pusat (BN) menyediakan berbilion-bilion ringgit dalam bajet persekutuan untuk membantu rakyat Sabah, termasuk RM15 bilion dalam RMKE9 untuk pembinaan pelbagai infrastruktur ekonomi, sosial dan pendidikan,termasuk pembinaan jalan raya, elektrik sekolah dan banyak lagi.

    Kerajaan negeri dengan kerjasasama kerajaan pusat kini membangunkan Sandakan sebagai hab pendidikan dengan membawa kampus cawangan Universiti Malaysia Sabah ke Sandakan di samping membina politeknik dan Maktab Rendah Sains Mara di daerah itu. Apakah ini semua bukan bermakna kerajaan pusat tidak menghormati 20 Perkara? YTL tidak boleh mengelirukan rakyat Sabah.Rakyat Sabah kini bijak menentukan hal tu politik mereka.

    ReplyDelete
  29. M.Perry.. Memang tak dinafikan peruntukan ada diberi kepada Sabah.. cuma masih banyak perkara yang harus ditambahbaik utk terus memastikan Sabah membangun.

    ReplyDelete
  30. Saya tak pasti kenapa sekarang baru YTL sibuk sangat nak pertahankan hak sabah (kononlah).... Masa dia jadi KM tak pula dia berabis.. huhuhu

    ReplyDelete
  31. Ya jieah. Saya bukannya anti Sapp tapi boringlah kalau hanya tahu kritik ja.. Kalau sumbangan dah banyak lain cerita ni, 'menyumbang' ada la... hahhahahhaha

    ReplyDelete
  32. Betul tu mandau... Takkan sekarang baru dia terfikir hal ni kan.. aiks menghairankan!!!

    ReplyDelete
  33. Semoga hal ni tak diperbesarkan lagi... Tunggu dan lihat sajalah nanti apa reaksi si YTL bila DMA enggan layan kemahuannya.. hihi

    ReplyDelete
  34. kalau boleh sebelum nak kritik orang lain, cerminlah diri tu sendiri.. dah cukup sempurna ka tak.. Kalau belum; lebih baik tutup mulut :P

    ReplyDelete
  35. 15 billion tu untuk sabah dan yang pastinya sebahagian besar daripada itu akan dikaut habis oleh kroni dan keluarga Musa Aman.Sekarang ini kempen pasal peruntukan kerajaan jangan cakaplah sebab yang untung orang tertentu saja.Tengo lah nanti Pru Batu sapi akan dimenangi oleh sama ada SAPP atau PKR

    ReplyDelete
  36. Unfortunately JULIAN, BN won the by-election in Batu Sapi. Big win to be exact!

    ReplyDelete
  37. BN won because the people know what is best for them. I guess SAPP and PKR is not convincing enough.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.