Rapat Umum Suara Mahasiswa ini diadakan bagi membolehkan kami sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana “Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik: Adakah kita sudah bersedia?” menyatakan pendirian tegas bahawa kami tidak bersetuju dan membantah sekeras kerasnya tindakan Pihak Pengurusan tertinggi Universiti Malaysia Pahang dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) yang telah menafikan hak kami untuk melaksanakan Wacana Ilmu yang segar, isu semasa dan menyentuh perihal Politik dan demokrasi.
Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik berpendirian demokrasi dan keterbukaan Universiti Malaysia Pahang terhadap isu yang menyentuh politik, demokrasi hanyalah retorik semata.
Saya melihat tindakan Pihak Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr Daing Nasir Bin Ibrahim yang tidak bersetuju dengan tajuk Mahasiswa Berpolitik membuktikan UMP hilang wibawa untuk membahaskan secara terbuka isu yang amat penting ini kepada survival generasi muda.
Bayangkan,Mahasiswa IPT yang punya kesedaran ditekan sewenang-wenang seandainya ingin mengadakan Wacana Ilmu yang menyentuh Politik dan demokrasi.
Saya juga ingin menegaskan bahawa tindakan JHEPA yang tidak bersetuju dengan jemputan barisan panelis Wacana Ilmu Mahasiswa Berpolitik terdiri daripada Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi amat mendukacitakan.
Panelis lain yang berada dalam senarai jemputan ialah Dato’ Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia),Dr Sarjit S.Gill (Pensyarah UPM) dan Sdr Idris(Presiden GAMIS).
Walaupun pindaan AUKU 2009 telah dilaksanakan, saya masih menganggap AUKU tetap menjadi senjata ampuh sebagai penghalang kepada demokrasi yang subur di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.
Justeru, sebagai Mahasiswa Tahun Akhir UMP yang punya kesedaran,saya menyeru teman-teman Mahasiswa di seluruh Malaysia agar tidak sesekali tunduk kepada beberapa siri penindasan hak untuk melaksanakan Wacana Ilmu yang segar, isu semasa dan menyentuh Hak Mahasiswa.
Saya menggesa Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dan Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Dr Daing Nasir agar bersikap lebih adil kepada program Wacana Ilmu yang melibatkan Politik dan demokrasi.
Kesedaran anak muda terutamanya golongan Mahasiswa di IPT terhadap isu semasa,politik dan demokrasi akan terbantut andai budaya ilmu tidak diraikan.
Mahasiswa UMP Mahasiswa Peduli
Baik Mahasiswa-mahasiswa ini tekun belajar dan menumpukan perhatian dalam pelajaran masing-masing. Jika mahu berpolitik, pasti akan berpeluang kelak.
ReplyDeletenmahasiswa perlu tumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka. itu demi masa depan mereka.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemahasiswa sepatutnya menumpukan kepada akademik mereka. selepas tamat belajar terpulanglah sama ada ingin berpolitik atau sebaliknya. kalau pointer setakat "cukup makan" baik fokuskan kepada pelajaran tu dulu.
ReplyDeleteAnda boleh fokus terhadap politik sebaik anda habis universiti. Selepas itu, tiada orang kisah pun.
ReplyDeleteAdalah penting untuk semau mahasiswa untuk menumpukan perhatian mereka sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Jikalau mahu bergiat dalam politik, sila berbuat demikian selepas tamat pengajian,
ReplyDeleteuntuk apa berpolitik semasa belajar? kalau beriya2 pun mahu berpolitik, tunggu selepas habis pengajian. atau mungkin golongan2 mahasiswa ini hanya mahu mengejar glamour berpolitik sehingga terdesak mahu menyertai politik semasa belajar.
ReplyDeleteTunpukanlah dengan pelajaran terlebih dahulu sebelum memasuki isu politik. Tamat belajar itu terpulang dengan mahasiswamahu buat apa saja. Dalam universiti cubalah untuk belajar mengikuti peraturan universiti.
ReplyDelete"Kesedaran anak muda terutamanya golongan Mahasiswa di IPT terhadap isu semasa,politik dan demokrasi akan terbantut andai budaya ilmu tidak diraikan."
ReplyDeletenampaknya mahasiswa hari ini lebih risau ilmu politik mereka terbantut berbanding dengan pelajaran mereka. dengan ilmu politik yang diidam2kan, bolehkah mereka bersaing dengan jurutera2 antarabangsa, melahirkan saintis2 terkemuka dunia??
Sudah2 la tu...jangan lagi sibuk tentang isu2 politik nanti kalau suda tamat pengajian baru berabis...
ReplyDelete