PARA Penduduk Kampung Tradisi, Lupak Meluas, Sandakan yang diwartakan pada 12 September 2002 merayu ehsan Kerajaan Barisan Nasional yang sebelum ini menjanjikan sebuah rumah untuk setiap keluarga apabila rumah mereka terbakar sekitar 2007.
“Kami sekarang terpaksa bersetinggan di atas tanah orang kerana tapak yang telah ditebus guna dan dijanjikan sebagai tapak rumah kami belum dibangunkan sebarang projek sehingga kini,” kata Norsiah Binti Moyo, 52, ketika ditemui di Kampung Lupak, Meluas.
Menurut Norsiah, Kerajaan Barisan Nasional telah menjanjikan mereka rumah PPRT yang akan dibina di atas tapak asal kampung tersebut yang terbakar, namun sehingga kini, mereka masih terus menanti janji yang belum pasti.
Sehubungan itu, Norsiah yang mewakili lebih 30 keluarga meminta jasa baik Adun Sekong, Datuk Samsuddin Yahya dapat turun padang membantu mereka kerana mereka amat memerlukan rumah baru bagi menggantikan pondok mereka yang hampir menyembah bumi kerana terlalu daif.
“Sebagai ahli UMNO yang taat kepada parti, kami mintalah jasa baik Datuk Samsuddin membantu kami kerana kampung kami telah diwartakan sebagai Rizab Anak Negeri dan kami berhak mendapat sebuah rumah baru di atas tapak asal rumah kami yang hangus terbakar dalam bencana alam hamper empat tahun lalu,” ujar Norsiah yang menyatakan bahawa pihaknya akan menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri bagi memastikan penduduk Kampung Lupak Meluas tidak hilang sokongan kepada BN pada pilihanraya akan dating.
Menurut Norsiah, Kampung Lupak Meluas seluas 31.20 ekar telah diwartakan sebagai Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri di bawah Seksyen 78 (1) dan (3) Ordinan Tanah Sabah pada 2002.
Walaupun Kerajaan melantik Ketua Daerah Sandakan, Ketua Anak Negeri Karamunting dan Ketua Kampung Lupak Meluas sebagai Pemegang Amanah, namun kata Norsiah, tanah tersebut tertakluk kepada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan yang sepatutnya membenarkan penduduk kampung mendirikan rumah di atas tanah yang telah ditimbus sekiranya Kerajaan belum mampu membina rumah kos rendah kepada penduduk asal Lupak Meluas.
“Kita harap kerajaan BN yang diterajui UMNO akan mengotakan janji dan kita sedia berunding dengan Adun dan Ahli Parlimen kerana adalah amat memalukan UMNO jika gagal memanfaatkan tanah rizab yang telah diwartakan oleh Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Chong Kah Kiat (Tan Sri) yang ketika itu begitu prihatin terhadap nasib anak negeri yang terperangkap dengan OPS Nyah II Bersepadu.
Tuesday, October 19, 2010
PRK Batu Sapi : PENDUDUK LUPAK MELUAS RAYU RUMAH PPRT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kerajaan kena menunaikan janji mereka iaitu membina rumah PPRT kepada penduduk.
ReplyDeleteDiharapkan Umno boleh mengotakan janji-janji terhadap penduduk Lupak.
ReplyDeleteSetahu saya, kerajaan Sabah memang bertekad membina sebanyak rumah PPRT yang mampu untuk mengisi keperluan penduduk miskin di seluruh Sabah, kerajaan pusat juga telah memberikan peruntukan yang banyak untuk matlamat ini. Mungkin penduduk Lupak akan mendapat rumah PPRT mereka pada masa depan yang dekat.
ReplyDeleteHarap penduduk tersebut akan mendapat apa yang telah dijanjikan oleh kerajaan. Kerajaan harus kotakan janji yang telah diberikan.
ReplyDeleteTunaikanlah janji sebagai kerajaan. Berikanlah keceriaan kepada mereka yang meyokong kerajaan. Jangan sampai penduduk tidak percaya lagi dengan kerajaan yang menjanjikan sesuatu yang tinggal begitu saja.
ReplyDeleteSATU MALAYSIA SATU RAKYAT SATU RUMAH...SATU MALAYSIA SATU UNDI SATU EKAR TANAH SETIAP ORANG..SATU MALAYSIA SATU SAHAM SEBULAN RM100 SEORANG.BARU BERBALOI MENGUNDI SIAPA SAJA YANG MAHU MEMERINTAH.
ReplyDeletesaya yakin dengan keprihatinan pasti penduduk tersebut akan mendapat rumah PPRT yang diharapkan.
ReplyDeleteBanyak pemohon telah memohon rumah PPRT ini namun kebanyakkan permohonan tersebut ditolak,agak2nya kenapa?
ReplyDeleterumah PPRT itu akan dibina juga nnti, mungkin ia lewat sedikit dibina atas sebab2 tertentu.
ReplyDeleteIni sudah jadi satu bukti janji yang tidak ditunaikan selama 4 tahun. Apa terlupakah? Mustahil.
ReplyDeleteIni sudah jadi satu bukti janji yang tidak ditunaikan selama 4 tahun. Apa terlupakah? Mustahil.
ReplyDeleteI hope it will be done soon.No more grouses.
ReplyDeletehttp://www.cidb.gov.my/directory/local_contractor_details.php?cont_id=99812
ReplyDeleteTajuk - Pembangunan Semula Perumahan Bumiputera Kg. Lupak Meluas(Kawasan Kebakaran), Sandakan (Peringkat Pertama)
Tarikh Anugerah - 30-08-2005
Nilai - RM 1,999,416.00
kenapa masih belum ada tindakan? dan projek telah diberikan kepada mana2 kontraktor atau belum?
Harap penduduk tersebut akan mendapat rumah PPRT seperti yang diminta..
ReplyDeleteInilah yang berlaku apabila penduduk telah jemu dengan janji2 palsu.
ReplyDeletePromises are meant to be fulfilled.
ReplyDeleteKampung Tradisi, Lupak Meluas, Sandakan??? hhmmm macam baru pula aku dengar nama kampung ni. hehehe
ReplyDeleteKalau dah kena janji, tunaikanlah.. Kesian para penduduk yang terlibat.
ReplyDeleteJangan lengahkan hal ni kerana perkara sebeginilah yang mampu menghancurkan keyakinan rakyat terhadap umnobngov. So buatlah apa yang patut k.
ReplyDeletePihak yang berkenaan harus perjelaskan isu ni bagi mengurangkan kesedihan para penduduk. Jika benar PPRT tu blm mampu dibina, carilah alternatif lain bagi membantu golongan ini.
ReplyDeletesophie bukan lupa, tapi coming sot kot. hehhee
ReplyDeleteHarap2 la tertunai juga janji tu.
Ketua Menteri Sabah maseh tidur.Tunggu dia bangun mungkin baru buat.Waktu itu mungkin sudah tukar kerajaan.Sudah sedar pun tapi terlambat.
ReplyDeleteKalau mahu rumah kamu undi calon PBS di Batu Sapi dan pilihan raya nanti kalau ada parti baru bertanding kamu undilah.Kalau parti baru pun sama juga dengan kerajaan. Terpaksalah bina rumah setinggan ja..kerajaan bukan marah..paling-paling kena roboh..pastu buat lagi..pastu kena roboh...sampai kiamatlah....kalau tiada tanah terpaksalah jadi macam orang pala'u..abis ndada tanah..
ReplyDeleteSeperti apa yang Saudara Evan tunjukkan. Kerajaan memang berniat membina semula rumah PPRT untuk penduduk Lupak, cuma belum bermula sahaja.
ReplyDeletePerkara ini wajar disiasat, adakah ada penyelewengan daripada mana-mana pihak yang menyebabkan projek ini tidak bermula lagi?
ReplyDeleteWakil rakyat harus rajin turun padang. Tapi harus diingatkan juga, bukan semua penduduk layak mendapat PPRT ini. PTI harus dikecualikan.
ReplyDeletekebajikan rakyat harus dijaga dengan baik oleh kerajaan..apa yang dijanjikan harus ditunaikan apatah lagi melibatkan tempat berlindung bagi rakyat yang malang ini.
ReplyDeletediharap kerajaan akan memberikan rumah PPRT kepada mereka yang memerlukan..lebih2 lagi sekarang adalah PRK batu sapi..jika dibelakangkan rakyat maka BN akan kehilangan sokongan.
ReplyDeleteperkara ini telah pun berlanjutan selama beberapa tahun..diharap langkah yang sewajarnya akan dilakukan segera sesuai dengan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
ReplyDeleteKerajaan akan tunaikan segala permintaan rakyat kan 1Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
ReplyDeleteKerajaan memang sudah meluluskan projek pembinaan semula rumah mangsa Lupak, tapi mungkin kerana sesetengah penyelewengan menyebabkan projek ini belum boleh dimulakan. Perkara ini harus disiasat untuk mendapatkan kebenaran.
ReplyDeleteDiharapkan kerajaan Sabah boleh memberi perhatian terhadap perkara ini serta membantu mencari punca penyelewengan.
ReplyDeletewhen the by-election is to be held soon, more issues are come up? why? Any agenda?
ReplyDeletePaling2 pun yg dapat tinggal nanti PTI juga tu,mcm Taman Mesra.PTI saja di sana sini jadi mcm BDC suatu waktu dulu saja............J
ReplyDeleteRumah PPRT patut diagihkan kepada mereka yang miskin tegar.
ReplyDelete