Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi bulan depan, walaupun Parti Maju Sabah (SAPP), parti pembangkang negeri itu, sudah mengesahkan akan bertanding mencabar Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan keputusan parti itu di Lobi Parlimen semalam, sebaliknya berharap SAPP memberi laluan kepada PKR untuk pertandingan satu lawan satu dengan BN.
“Pada satu mesyuarat yang diadakan baru-baru ini, pemimpin pakatan pembangkang memutuskan memberi peluang kepada PKR bertanding pada pilihan raya kecil 4 November ini. Kita akan mengumumkan nama calon dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, sebelum ini berkata, partinya melihat kewajaran bertanding kerana perlu memenangi kerusi majoriti pengundi Bumiputera yang merangkumi kawasan bandar, pinggir bandar, luar bandar serta pulau dan akan mengumumkan calonnya 23 Oktober ini.
Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandang, Datuk Edmund Chong Ket Wah, maut dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu. Kelmarin, BN Sabah sepakat memberi laluan kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) meletakkan calonnya bagi mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi. -BH
Wednesday, October 20, 2010
PKR, SAPP tak beri laluan di Batu Sapi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jika SAPP tidak memberi laluan kepada PKR nanti, maka partandingan tiga penjuru akan berlaku.
ReplyDeleteSaya lebih rela memilih SAPP berbanding PKR.
ReplyDeleteSAPP mempunyai hak untuk bertanding, PKR tak perlu nk menghalang SAPP. pertandingan 3 penjuru ini kelihatan menarik.
ReplyDeleteSaya rasa siapa2 pun boleh bertanding. Jika benar YTL bertujuan hanya untuk 'test power', PKR tidak perlu risau. Tetapi untuk berbincang agar SAPP undur diri, menunjukkan bahawa PKR takut.
ReplyDeleteWalaupun sama-sama pihak pembangkang, tapi tidak mahu bekerjasama. Sekarang mahu bertanding secara terang-terang lagi. Ini memberikan imej yang tidak baik kepada PKR kerana menunjukkan bahawa parti komponen PKR tidak bersatu.
ReplyDeleteApa-apa pun, saya berharap PRK ini akan berjalan lancar.
ReplyDeleteBuatpa PKR nak buat kacau di Batu Sapi? Kan lebih baik fokus saja di Galas.
ReplyDeleteTidak perlulah memberikan laluan kepada PKR itu. Memang kita akan tahu SAPP begitu memerlukan PRK ini sebagai menguji sokongan mereka oleh rakyat.
ReplyDeleteSaya tidak nafikan bahawa PKR akan melakukan apa saja untuk meminta SAPP menarik diri. Jadi harap SAPP tetap dengan pendirian sendiri jika tidak mahu malu dengan rakyat Sabah. Maruah SAPP terletak di Batu Sapi ini. Bertanding atau tarik diri.
ReplyDeletenampaknya PKR akan semakin tertekan kerana terpaksa akur dengan pecahan undi kepada tiga parti yang bertanding. mungkin juga PKR telah menyedari bahawa undi SAPP akan lebih tinggi berbanding PKR, sebab itu mereka mendesak supaya SAPP tarik diri.
ReplyDeleteCome on la PKR, every party has the chance to rule out.So what's the point?Even DAP is no against you.
ReplyDeletePRK Batu Sapi sangat penting bagi mengukur tahap populariti masing2 sebagai ujian sebelum menghadapi pilihan raya yang lebih besar iaitu PRU13. jadi mana2 parti yang layak, berhak menyertai PRK ini..
ReplyDeletePBS/BN TETAP MENANG.KAMI PBS SIBUGA AKAN SENTIASA MENYOKONG YANG PENTING CALON TU DARI PBS.KALAU PBS MENANG JANGAN LUPA SIBUGA....
ReplyDeleteKESIAN KAMI..NDADA PERUNTUKAN DARI BN SIBUGA..
BN mungkin lebih berpeluang untuk memenangi PRK ini. ini kerana kawasan tersebut mempunyai ramai penyokong BN.
ReplyDeleteEntahlah, perjuangan tiga penjuru ini susah untuk diramal.
ReplyDeletesesiapa pun ada hak untuk bertanding dalam piliharaya.
ReplyDeletehhhmm, mcm best pula gimik menjelang PRK ni. hihi
ReplyDeletehahhahaa, sophie undi bocor ka tu:P hehehe
ReplyDeleteTiga penjuru pun tiga penjuru la.. Yang penting semuanya bertanding secara adil, kira OK la tu :)
ReplyDeleteSaya pun kalau boleh mahu bertanding ba ni tapi takda parti sebab saya ni pengundi setia:P hahhahhaa
ReplyDeleteApapun, saya harap semuanya berjalan lancar!!!
ReplyDeleteKalau SAPP bertegas mahu bertanding, biarkan sajalah. Kita tengok bagaimana keputusan nanti.
ReplyDeleteRakyat pasti akan membuat pilihan terbaik. Kita tengoklah siapa yang berdaya mendapatkan sokongan rakyat.
ReplyDeleteI rather to have SAPP, no to PKR! But PBS is still the no one choice!!
ReplyDeleteJika SAPP dan PR sama-sama bertanding dalam prk Batu Sapi, kemenangan sudah dalam tangan BN.
ReplyDeleteIf PKR can do so, I don't think SAPP will resist to do the same thing though.
ReplyDeleteStop the quarrel please.
ReplyDeletenampaknya SAPP dan PKR akan saling bercakaran..ini akan membuatkan pengundi serba salah dan tentu sekali memberikan laluan kemenangan kepada BN.
ReplyDeleteAnwar tidak seharusnya menafikan hak SAPP sebagai parti pembangkang sabah bertanding dalam PRK batu sapi..
ReplyDeletemungkin PR yang patut beri laluan kepada SAPP..apa pun, PRK batu sapi akan memperlihatkan pertangdingan 3 penjuru..kita lihat siapa yang akan menang nanti.
ReplyDeleteKeputusan mesyarat petang ini antara SAPP dan PKR, tiada pihak yang sanggup melepaskan peluang ini dan masing-masing akan bertanding di Batu Sapi.
ReplyDeleteLawan tiga penjuru di Batu Sapi. Tiada peluang bagi pembangkang menawan Batu Sapi.
ReplyDeletesukar untuk kita mencari istilah kawan dalam politik.. walaupun berada dipihak yang sama, tapi matlamat masing2.. PRK Batu Sapi bakal menghiburkan kita dengan persaingan yang sengit dan rumit..
ReplyDeleteTiada pesetujuan antara mereka. Confirm lawan tiga penjuru. Menguntungkan BN.
ReplyDeleteCalon SAPP Yong Teck Lee.
ReplyDeleteCalon PKR ????
Calon BN juga belum lagi diumumkan. Siapa agaknya?
ReplyDelete