Friday, October 29, 2010

Batu Sapi : Belum Habis Berkabung, BN Sudah Buat Pesta Dangdut

WawiBatuSapi2Belum habis waktu berkabung mengingati kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiaWawiBatuSapi2ng Datuk Edmund Chong dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Barisan Nasional sudah pun menganjurkan pesta dangdut di kawasan parlimen tersebut dakwa calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah.

Beliau berkata nampaknya BN lebih mementingkan hiburan daripada menghormati pemimpin mereka yang baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

“Semalam saya lewat, orang Sabah bilang ‘limpas’ pesta rakyat di mana Tan Sri Muhyiddin berada di sana, saya nampak penari dangdut menari bergelek di atas pentas.

“Sepatutnya pemimpin-pemimpin BN berkabung kerana wakil mereka baru sahaja meninggal dunia tapi mereka berpesta semalam bawa penyanyi menari atas pentas.

“Saya tak tahu lah samada hiburan untuk pemimpin atau hiburan untuk rakyat tetapi tidak ada apa yang boleh menghiburkan rakyat Sandakan, rakyat Batu Sapi sehingga nasib dan badan mereka dibela,” kritik Ansari pada sidang media selepas pengumuman calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Masyarakat Sandakan pagi semalam.

Ansari, 54, membidas kegagalan kerajaan memperjuangkan kebajikan rakyat Batu Sapi khususnya sejak 47 memerintah.

“Seperti semua sedia maklum pengundi Batu Sapi terdiri daripada 60 peratus Bumiputera-Muslim. Mereka adalah masyarakat terpinggir di tengah-tengah kota Sandakan.

“Saudara-sauadara boleh tengok sendiri keadaan yang dhaif di mana mereka tinggal, yang kedua kemudahan asas telah gagal diberikan dengan memuaskan oleh kerajaan Barisan Nasional selepas 47 tahun.

“Sandakan sehingga kini masih sering kali mengalami gangguan bekalan elektrik, gangguan bekalan air dan yang paling penting masalah keselamatan,” jelas beliau.

Sambil merujuk kepada beberapa kawasan di dalam parlimen Batu Sapi, kerajaan BN katanya telah mengabaikan penyelenggaraan kemudahan rakyat sehingga terjejas sosio-ekonomi di kawasan tersebut.

“Kita tengok sebahagian daripada Bandar Ramai-Ramai ditinggalkan oleh pemilik asal kerana mereka merasa tidak terjamin dan majlis berkuasa tempatan juga tidak kemudahan-kemudahan yang ada seperti jalanraya, lampu dan sebagainya, dengan itu pembangunan sudah beralih ke Batu 4, Batu 7.

“Kawasan Tanah Merah sehingga Karamunting menjadi ‘slum area’ atau kawasan setinggan dan saya rasa prasarana yang paling teruk di Malaysia. Mereka ini tidak terbela selama 47 tahun yang diwakili oleh Barisan Nasional yang mana mungkin boleh mengkritik pemerintahan Barisan Nasional,” ujar Ansari lagi.

Kata Ansari pilihan raya kecil Batu Sapi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil Pakatan Rakyat yang mampu membawa masalah dan suara hati masyarakat kepada di Parlimen.

“Pertandingan ini bukan antara calon, pertandingan ini antara kerajaan Barisan Nasional yang gagal membela rakyat dan pembangkang yang akan membela rakyat. Samada kita menang atau tidak hanya Allah dan rakyat menentukan,” kata beliau.

Ditanya mengenai Parti Maju Sabah (Sapp) yang dianggap sebagai ‘penganggu’ Ansari menjelaskan sekiranya parti itu menang ia tetap akan menjadi wakil Bebas yang tidak diketahui pendiriannya samada menyokong BN atau Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PRK Batu sapi merupakan tanda permulaan arus perubahan di Sabah.

“Kita rasa peluang kemenangan ada, kita mahu kerusi ini diwakili oleh Pakatan Rakyat sebagai pembangkang bukannya Sapp, merekalah yang menjadi perosak pertandingan di sini.

Oleh Dzulkarnain Taib (detikdialy)

29 comments:
Write comments
  1. pesta ni hnylah untuk menghiburkan rkyat, tak salah wat pesta asalkan ia pesta yang beradap sopan.

    ReplyDelete
  2. Sukar nak cakap siapa yang akan menang. Kita hanya akan tahu setelah undian dikira. Buat masa ini, kita hanya boleh tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  3. Setiap parti ada cara mereka masing-masing untuk mempromosikan parti mereka. Tapi diharapkan BN akan mempertimbangkan perasaan ahli keluarga mendiang Datuk Edmund.

    ReplyDelete
  4. lebih baik jika PKR menyelesaikan isu rakyat dan bukannya cuba mencari kelemahan parti lawan.

    ReplyDelete
  5. PKR sepatutnya fokus memperbaiki parti mereka daripada mencari kelemahan parti lawan.

    ReplyDelete
  6. mencari kesalahan memang mudah, tapi untuk menyelesaikan masalah2 itu amat sukar dan belum tentu PKR mampu melakukannya dengan sempurna sedangkan parti sendiri sentiasa berhadapan dengan masalah.

    ReplyDelete
  7. Inilah PKR pencari kelemahan orang lain. Setiap apa yang dibuat oleh BN mesti tidak betul. Semua akan salah bagi PKR. Tidak tahu kenapa PKR bersifat demikian. Mungkin inilah parti pembangkang yang setiap detik menunggu kesalahan orang. Tapi jika dilihat sendiri PKr lebih teruk berbanding dengan kerajaan. Pemilihan cabang sendiri pun sudah macam-macam isu timbul. Inilkan pula PRK nanti.

    ReplyDelete
  8. Ansari hanya mampu membawa masalah ini ke Parlimen jika beliau menang di Batu Sapi, tapi tindakan penyelesaian tetap dipihak parti yang memerintah. jadi, pengundi2 Batu Sapi buatlah pilihan berdasarkan prestasi dan kemampuan..

    ReplyDelete
  9. Kenapa Ansari tidak turun semasa pesta tersebut. Dan terus bercakap didepan rakyat perkara ini. Kenapa dibelakang berani tapi didepan tidak. tunjukkan diri sebagai pemimpin. Nampak pesta itu tidak sesuaikah apa kah, kenapa tidak sound saj terus dipesta tersebut, Pemimpin mesti berani.

    ReplyDelete
  10. PKR memang tidak habis-habis tahu menimbulkan isu saja. Memang tidak layaklah kalau mahu menjadi pemimpin. Masalah sendiri tidak dapat selesaikan tapi masalah orang lain dicungkil sana sini. Memang pembangkang suka jaga tepi kain orang lain.

    ReplyDelete
  11. Nothing is wrong with that, as some says, -do not cry for the people who is already gone, let the soul rest in Peace.- But it doesn't mean we are forget about the Sadness, life need to move on, and we can't turn back time, only pray for him.

    ReplyDelete
  12. Yang jelas komen2 di atas hanya ingin menyalahkan PKR seratus peratus kerana sering memburuk-burukkan BN. Saya ingin bertanya di sini, adakah BN tidak pernah juga memburuk-burukkan pihak pembangkang?

    ReplyDelete
  13. Ada pihak yang salah sangka. Itu bukan la satu pesta dangdut tapi berunsurkan hiburan bagi rakyat.

    ReplyDelete
  14. Dangdut? What the hell are you talking about?

    ReplyDelete
  15. mungkin juga hanya hiburan ringkas yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan rakyat dengan pemimpin atau sebagai pendekatan memupuk kemesraan antara penduduk Batu Sapi dan BN. bila sampai kepada media pro pembangkang, jadilah seperti kenyataan diatas seolah2 berlaku parti liar di Batu Sapi.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Memang agak menghairankan juga jika benar tarian dangdut sebagai hiburan.

    ReplyDelete
  18. Adalah mustahil bagi mereka untuk menunjukkan sikap tidak senonoh di khalyak ramai.Mungkin penulis ini adalah dari ahli pembangkang.

    ReplyDelete
  19. Tipulah.. takkanlah mereka nak buat begini..

    ReplyDelete
  20. Apa-apa pun, kita biarkan rakyat Batu Sapi membuat pilihan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  21. walaweii...no issue to play anymore then attack the candidates laa...its a by-election, what do you expect to see?

    ReplyDelete
  22. cakap2 org calon BN tak berapa pandai ckp bahasa melayu. entah betul atau tidak tapi kalaulah betul, mcm mana lah nanti berbahas di parlimen takkanlah cakap bahasa english. kena berbahas mestilah petah bercakap barulah org mudah faham. apapun, pilihan ikut keyakinan masing masing.

    ReplyDelete
  23. Selagi pesta yang diadakan tak melanggar undang2 dan batas kesopanan, apa salahnya kalau nak berpesta kan... Kalau cemburu, joinlah sekaki. hehe

    ReplyDelete
  24. Siapa2 pun boleh menang kerana dunia politik memang sukar diramal.. kejap di atas, kejap di bawah.. so tunggu ja la apa kepeutusannya nanti.

    ReplyDelete
  25. Ya evan medhousky. Cakap memang senang... malah kekurangan pihak lain cepat disedari tapi, kekurangan diri sendiri tak pula pernah difikirkan.. uhuhuhu

    ReplyDelete
  26. rakyat_mesia, saya pun ada dengar macam tu.. Tapi saya yakin Datin Linda mampu lakukan yang terbaik. saya sangat teruja utk mengetahui, mampukah Datin Linda menambat hati rakyat atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  27. Soal siapa menang atau kalah tu, terpulanglah pada undi rakyat :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.