BAHTERA LDP tetap teguh, malah tidak sedikitpun goyah walau badai terus menghambatnya dari pelbagai sudut. Nakhodanya tetap gagah mengemudi untuk menjinakkan badai yang bergelora sehingga bahtera selamat tiba di pelabuhan politik adu domba yang maha dasyhat.
Pergolakan dalaman Politik LDP yang dipercayai didalangi beberapa pemimpin UMNO terus mewarnai beberapa insiden yang mengejutkan kerana sejak kebelakangan ini beberapa bahagian turut dibubar/ditinggalkan, namun alasan yang diberi tidak mencerminkan keseriusan masalah kepemimpinan LDP yang memerlukan ahli dan pemimpin akar umbinya keluar parti itu atau menutup operasi bahagiannya.
Jikalau itulah sifat keberanian pemimpin akar umbi LDP itu, ia boleh diibaratkan sebagai kata orang tua-tua dahulu, “Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai” atau satu lagi pepatah Melayu yang paling sinonim dengan kelibat mereka seperti “Kalau kail hanya sejangkal, jangan menduga lautan yang dalam.”
Para pemimpin LDP seharusnya tampil dalam membentuk ikatan yang kukuh dengan semangat perkasa dan berganding bahu mempertahankan agenda perjuangan mereka untuk memperbetulkan ketidak seimbangan hak yang tertera dalam perkongsian kuasa ketika BN mula bertapak di Sabah.
Kini semua telah tahu bahawa kuasa dan semangat BN di peringkat awal seolah-olah telah berubah malah telah didominasi UMNO sebagai penyebab utama kesepakatan perjuangan tulen dalam BN menuju ke lembah kehancuran.
Kematangan berpolitik dan kepimpinan yang lemah mendorong segelintir pemimpin kanan LDP dan juga di peringkat akar umbi masih boleh diganggu gugat pendirian mereka berpolitik kerana boleh dilihat dengan jelas dan ketara wujud masalah itu seperti tindakan tergesa-gesa Naib Presiden LDP, Datuk Pang En Yin meletakkan jawatan dan keahlian parti meletakkan dirinya dalam keadaan dilema kerana selepas perletakkan jawatannya dalam parti, beliau sendiri tidak tahu mana satu parti yang sesuai untuk disertainya.
“Banyak andaian negatif yang timbul yang harus menjadi tanggungan Datuk Pang selepas tidak berparti kerana jika Pang tersilap buat tindakan lantas rakyat akan melabelkan Pang sebagai pemimpin kera sumbang (satu perumpamaan yang mentakrif seseorang yang sekadar menumpang parti tidak mempunyai sokongan) atau sekiranya menubuh parti baru; baik bunyinya, tetapi bila?”.
KINI taktik UMNO ala ‘divide and rule’ terus-menerus memain peranan untuk mengucar-kacirkan LDP sehinggalah para pemimpin LDP akan merangkak menarik balik kenyataan mereka dan meminta maaf kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.
Selepas itu apakah status LDP yang paling senior BN dalam parti tempatan dalam komponen BN terus diberi muka Musa? Jawapannya, ibarat luka yang sudah sembuh tetapi parutnya masih ada.
Senario kepimpinan LDP di peringkat akar umbi mempunyai ‘jalan cerita’ yang berbeza dengan pusat, kerana beberapa Pengerusi BN diberi ‘Task’ oleh BN negeri untuk menakut nakutkan pemimpin bahagian LDP kononnya jika mereka terus menyokong Presiden mereka Datuk V.K Liew maka mereka akan kehilangan jawatan, peluang kontrak dan status kerabat BN di peringkat bahagian.
Sebaliknya jika mereka bertindak menyokong Pang dan keluar LDP maka kedudukan mereka dijamin akan terus selamat.
Jalan cerita sedemikian rupa besar kemungkinan ada kebenarannya, kerana ia telah pun berlaku di Semenanjung apabila MIC tidak sehaluan dengan UMNO atas masalah kepimpinan kerana UMNO menyelar pucuk kepimpinan MIC, Datuk Seri Samy Vellu yang terlalu lama duduk di kerusi empuk Presiden.
UMNO meminta Samy melepaskan kerusi itu namun Samy tetap bertegas dalam pendiriannya untuk terus duduk sebagai Presiden kerana jatuh bangunnya Presiden terletak di tangan ahli dan perwakilan MIC dan bukannya UMNO.
Dalam kekalutan sedemikian, sebuah parti baru berasaskan perjuangan suku kaum masyarakat India telah diluluskan pendaftarannya yang bernama Parti Makkal Sakhti. Bagaimana pun kelulusan sesebuah parti ia terletak di atas bidangkuasa ROS dan KDN dan ia adalah suatu perkara biasa dalam negara berdemokrasi.
Malangnya, parti itu yang baru ditubuh dan diluluskan pendaftarannya malah belum menyertai gagasan BN, apakah logik seorang Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Malaysia melakukan pelancaran parti itu malah telah dikhabarkan mendapat suntikan dana dari kerajaan.
Bagaimana pula MIC dan Parti Komponen BN yang lain?
Oleh: GONOD SUNDA (sabahkini)
Tuesday, October 5, 2010
UMNO DALANGI PERGOLAKAN DALAMAN LDP?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mungkin semua itu berlaku disebabkan ahli-ahli ini tidak bersetuju dengan V.K Liew yang enggan mengambil tindakan terhadap Chin Su Phin.
ReplyDeleteKita dah kenal dengan perbuatan menyalahkan orang lain untuk apa jua kesilapan diri.
ReplyDeletejangan lah ada pihak pula yang menimbulkan spekulasi mengatakan UMNO merupakan dalang dalam pergolakan LDP.
ReplyDeletesetiap orang perlu bijak menilai sesuatu cerita. jika cerita yang disampaikan tidak berasas dan tidak berfakta ini adalah khabar angin semata-mata.
ReplyDeleteapa yang berlaku dalam LDP bukan didalangi UMNO. UMNO dan LDP adalah ahli BN dan mereka harus bekerjasama dalam perjuangan parti.
ReplyDeleteTidak perlulah untuk mengaitkan umno dengan LDP. Tidak ada masalah antara dua parti ini. Parti komponen BN ini tetap bersatu dan berkerjasama. Cuma ini hanya media yang cuba memberikan pandangan sendiri.
ReplyDeleteUMNO dan LDP tetap bersama. Media tidak payah mahu memberikan andaian tersendiri.UMNO tidak akan dalang pergolakkan LDP. Tapi UMNO cuba membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi parti kompenan BN.
ReplyDeletebila masa pula umno menjadi dalang dalam pergolakan dalaman LDP? siapa yang tidak sehaluan dengan Musa Aman? tindakan Datuk Pang keluar dari parti LDP menunjukkan bahawa pendirian LDP bukan berdasarkan pendirian majoriti ahli.
ReplyDeletepergolakan dalam LDP berlaku atas kesilapan LDP sendiri, ia tak ada kaitan dgn UMNO, UMNO ingin memperbaiki lagi masalah LDP.
ReplyDeleteJika mereka yang menyalahkan orang lain atas apa yang menimpa mereka, ini seperti tidak ingin melihat kelemahan dan tidak berniat untuk memperbaiki kesilapan tersebut. Perilaku seperti ini, hanya menyebabkan masalah semakin rumit dan tidak akan ada kemajuan....
ReplyDeleteMasakan pokok bergoyang jika tiada angin.Tepuk dada tanya selera.
ReplyDeleteLDP's quarrel is a sure thing. But I don't see any connection between UMNO and LDP here. Sounds weird.
ReplyDeleteAda orang jatuh maruah kerana pemimpin LDP cara terbuka mengumumkan undi tidak percaya kat dia.Dia tak boleh response kerana pemimpin itu benar maka minta tolong lah dengan macai2 yang lain.Yang di suruh ini pun wow wow saja lah.
ReplyDeleteSaya rasa ahli LDP sendiri yang hilang keyakinan.
ReplyDeleteJika hanya tahu menunding jari, sampai bila baru mereka mahu meneliti kelemahan diri?
ReplyDeleteSaya amat berharap agar LDP dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan telus. Jangan biarkan kontroversi menghancurkan parti yang berumur lebih 10 tahun itu.
ReplyDeleteVK Liew, is time for you to deal with your sailors sternly.
ReplyDeleteStop scratching each other shoulders. It won't solve any problem though.
ReplyDeleteSelesaikan masalah dengan te;us tanpa menuding jari kepada pihak lain.
ReplyDelete