Desas-desus bahawa akan berlaku perubahan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah daripada Datuk Shafiee Afdal kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir dalam sebulan dua ini ternyata menarik minat pengundi-pengundi di atas pagar(PAP).
PAP sedang memerhati kelaku, kerenah dan perangai ketua-ketua UMNO Bahagian dalam negeri Kedah yang sedang kelam-kabut buat sibuk. Apa tidaknya semua program yang Datuk Mukhriz turun telah dihurung seperti semut menghurung gula oleh pelakon-pelakon dan hippokratis UMNO Kedah.
Jika dulu Datuk Mukhriz dihentam dari belakang sekarang ini tangan Datuk Mukhriz pun sanggup dicium walaupun berbau gulai nasi kandar. PAP sekali lagi naik termuntah dengan sandiwara muka tak tahu malu oportunis-oportunis politik ini.
Apa pun PAP akhirnya akan melihat apakah betul-betul akan berlaku perubahan di dalam UMNO Kedah. Lapis-lapis bengkang hangit yang ada harus dikikis seratus peratus dan diganti dengan yang baru. Ini kerana noda-noda politik yang telah mereka lakukan dalam PRU12 masih segar dalam ingatan PAP serta sukar untuk dimaafkan.
Isu tariff air di Kedah yang telah didedah Uztaz Azizan sedikit demi sedikit ternyata hakikatnya kepincangan adalah dari kepimpinanan BN yang lepas. Dahulu semasa memerintah mereka rakus, tamak dan haloba.
Hari ini mereka ternyata tidak dapat membela PAP di dalam mesyuarat DUN dan di luar mesyuarat DUN kerana Ustaz Azizan telah menggengam erat telur kemuruk mereka.
Konklusinya jika Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah diambil alih terajunya oleh DatukMukhriz Mahathir beliau harus mengubah muka-muka lama kepada muka-muka baru yang bersih dan dinamik yang betul-betul yang boleh bersuara untuk perjuangkan PAP.
Jika tidak UMNO Kedah tidak akan kemana hanya dikelilingi oleh “bangau-bangau yang sedang sakit kerana makan nasi mentah”.
http://mummyrokiah.blogspot.com/
Friday, October 15, 2010
Datuk Mukhriz akan ambil alih memimpn UMNO Kedah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakyat sememangnya sedang meneliti tindakan setiap parti tidak kira PKR ataupun BN.
ReplyDeleteDiharapkan pengundi akan berhati-hati dan mengundi secara matang dan bijak.
ReplyDeleterakyat sentiasa membuat penilaian terhadap BN dan PR. jika benar Datuk Mukhriz akan memimpin UMNO Kedah, diharap beliau akan menambahkan lagi kekuatan UMNO di sana untuk berkhidmat kepada rakyat.
ReplyDeletejika datuk Mukhriz mangambil alih UMNO kedah, Shafie Afdal pula mesti akan kembali ke Sabah.
ReplyDeleteAlamak. Kalau betul berlaku perubahan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah daripada Datuk Shafiee Afdal kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir,ini bermaksud.......Shafiee akan kembali ke sabah. Harap2x dia tidak akan dijadikan KM sabah.
ReplyDeleteKetua perhubungan dan jawatankuasa beberapa negeri juga mesti digantikan dengan kadar yang segera. disamping itu, UMNO perlu ikhlas dan tegas dalam merencanakan pelan calon yang akan bertanding didalam PRU akan datang.
ReplyDeleteSelama PR memerintah Kedah, tiada perubahan ketara untuk membela rakyat. Sekarang ramai kepimpinan PR terutama PKR sudah mula berebut mahu menjadi ketua cabang, kerana ada peluang untuk menjadi wakil rakyat. bila sudah jadi wakil rakyat, rakyat pula akan diabaikan. Sekarang ini pun amat sukar untuk kita lihat wakil rakyat PR di Kedah membantu rakyat, kalau ada masalah semuanya tolak kepada kerajaan persekutuan. Sepatutnya bila sudah diberi mandat kerajaan negeri, mesti mengatasi semua masalah, bukannya menyalahkan orang lain, kalau tak sanggup terima masalah rakyat jangan jadi pemerintah.
ReplyDeleteberkenaan dengan UMNO Kedah memang agak kritikal, banyak ketua bahagian masih mengamal stail lama dalam mengatasi permasalahan dalaman parti, sepatutnya ada perubahan drastik supaya rakyat dapat menerima semula UMNO. Manakala puak2 yang kalah dalam pemilihan UMNO sepatutnya terima kenyataan, dan jangan kacau pentadbiran UMNO. Sepatutnya masa ini semua kepimpinan samada lama dan baru, kalah atau menang kena bersatu memantapkan UMNO Kedah, tunjukan perubahan barulah rakyat percaya.
jika Datuk Mukhriz mengambil alih kepimpinan UMNO Kedah, harap ia dpt memperkukuhkan lagi UMNO di Kedah.
ReplyDeletesekiranya benar Datuk Mukhriz mengambil alih kepimpinan UMNO Kedah, beliau perlu bijak dalam menjadikan UMNO lebih kuat. mungkin juga beliau mempunyai idea-idea baru yang boleh digunakan untuk kebaikan UMNO Kedah.
ReplyDeleteKita tengok dan lihat apa yang akan berlaku lepas ini. Mungkinkah benar kenyataan ini atau hanya mainan poltitik.
ReplyDeleteHarap kedah dibawah Datuk Mukhriz akan menjadi lebih kuat dan dapat menawan Kedah dari pembangkang. Tunjukkan kebolehan beliau untuk memerintah Kedah.
ReplyDeleteSemoga datuk Mukhriz dapat menawan kedah nanti. Tunjukkan kebolehan Datu Mukhriz sebagai anak Datuk Mahathir. Kita berjuang untuk rakyat dan bukan untuk kekayaan dan nama.
ReplyDeleteApa yang diharapkan adalah persaingan yang bersih dan sihat.
ReplyDeleteJika beliau layak, kenapa tidak? Yang penting layak dan dapat menjadi pemimpin yang dedikasi.
ReplyDeleteShafie Apdal sengaja memberikan tempat pemimpin UMNO Kedah kerana dia amat menginginkan tempat KM Sabah.
ReplyDeleteAdakah Datuk Mukhriz ini boleh membawa pembaharuan kepada Kedah?
ReplyDeletejika Mukhriz mengambil alih UMNO kedah, ke mana pula si shafie?
ReplyDeleteselama ini shafie seakan-akan tidak berminat dengan UMNO kedah..maka adalah lebih baik jika beliau diganti dengan mukhriz..
ReplyDeleteapa pun, kebenaran khabar angin ini akan diketahui pada perhimpunan agung UMNO.
ReplyDeleteapa salahnya Datuk Mukhriz memegang jawatan ketua UMNO Kedah? kan dia orang Kedah....dan dia juga adalah harapan para pemimpin hari esok
ReplyDeletesiapa pengampu siapa tukang kipas....adalah hal biasa dalam arena politik...biasalah...
ReplyDeleteada orang cemburu dengan Datuk Mukhriz....
ReplyDelete