Berikutan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan perkara itu berharap sebuah lagi parti pembangkang di Sabah - Parti Maju Sabah (SAPP) - akan memberikan laluan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.
“Kami harap SAPP tidak akan bertanding supaya pertandingan ini adalah satu lawan satu menentang BN,” katanya.
Pada 16 Oktober lalu, presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee mengumumkan parti itu akan bertanding bagi menyakinkan rakyat Sabah bahawa mereka mampu menguruskan pentadbiran negeri sendiri.
Katanya, keputusan untuk bertanding adalah ujian getir bagi SAPP setelah berkerat arang dengan BN dan mengisytiharkan mereka sebagai parti pembangkang pada 2008.
Anwar yang membuat pengumuman di lobi parlimen hari ini berkata keputusan menyerahkan kerusi Batu Sapi kepada PKR dicapai pada mesyuarat Pakatan Sabah yang diadakan di Kota Kinabalu pada hujung minggu lalu.
Pada sidang media yang turut dihadiri oleh pemimpin Pakatan yang lain, Anwar juga mengumumkan bahawa ahli parlimen Kota Kinabalu dan pengerusi DAP Sabah Hiew King Cheu (kanan) dilantik mengetuai kempen mereka di Batu Sapi.
Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu.
Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.
Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi.
Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771. -MK
BN tolong calonkan ketua bahagian PBS Sibuga untuk bertanding di Batu Sapi.
ReplyDeleteSama-sama kita membangun sandakan.Orang PBS di Sibuga kering-kontang tiada projek masuk. tolonglah...kamipun orang BN..
Penyokong kuat PBS.
kemungkinan persaingan tiga penjuru akan berlaku. yang penting, setiap parti yang bertanding perlulah menurunkan calon yang terbaik.
ReplyDeleteSAPP juga akan dikatakan turut bertanding dalam piliharaya ini, nampaknya ia adalah persaingan 3 penjuru antara BN, PR dan SAPP. rkyat menentukan siapa akan menang.
ReplyDeleteMengapa SAPP bertegas mahu bertanding sedangkan PKR tidak bersetuju? Bukankah SAPP juga pihak pembangkang?
ReplyDeleteDiharapkan penduduk Batu Sapi akan membuat pilihan yang terbaik. Selamat mengundi.
ReplyDeletePKR akan mewakili PR untuk PRK Batu Sapi. Ini tidak ada masalah, kalau PAS mahu join sekali pun lagi bagus. Kita tengok nanti siapa yang layak untuk penduduk Batu Sapi.
ReplyDeletePAWANA, memang BN telah mencadangkan PBS untuk bertanding. Datuk Musa sudah mencadangkan dengan Ketua PBS. Harap dengan adanya calon baru ini akan dapat membantu penduduk di Batu Sapi.
ReplyDeletebagaimana dengan tuntutan PAS sebelum ini? nampaknya selepas ini pasti wujud keretakan antara PAS dan PKR kerana tiada kesefahaman. tidak mustahil akan timbul konflik dalaman seperti mana yang berlaku sebelum ini.
ReplyDeleteIni PRK 3 parti bertanding, iaitu BN, PKR dan SAPP. Pada 16okt lalu YTL telah memberitahu bahawa mereka akan bertanding untuk menguji keyakinan penduduk sabah dengan parti tersebut, dalam masa yang sama pula PKR mahukan SAPP menarik diri dari bertanding di PRK tersebut. Ini mengibaratkan SAPP tidak ada maruah untuk semua ini. Kita tidak pasti apa keputusan SAPP nanti, adakah menjual maruah atau menjatuhkan maruah mereka.
ReplyDeletePKR tidak perlu meremehkan kemampuan SAPP dengan mendesak mereka untuk menarik diri. andai kata SAPP dan PKR bertanding, tidak mutahil SAPP boleh menang. mungkin ini yang ditakuti oleh Anwar kerana jika undian SAPP lebih tinggi, maka hilang lah maruah mereka sebagai pembangkang no 1 negara.
ReplyDeleteJika PKR mahu SAPP tarik diri daripada bertanding, adakah bermakna SAPP bukan berada di bawah PKR? Jadi SAPP adalah salah satu daripada pihak pembangkang di Sabah sahaja. Tidak terikat dengan PKR. Begitu?
ReplyDeleteSelama ini PKR telah memalukan parti sendiri bertanding tapi calon tidak datang. Memang PAS layak berbanding PKR kerana sejarah silam PKR. Kita rasa BN akan menguatkan pertahanan mereka untuk memenangi kerusi tersebut. Harap BN akan melakukan yang terbaik untuk penduduk Batu Sapi.
ReplyDeleteSaya rasa siapa2 pun boleh bertanding. Jika benar YTL bertujuan hanya untuk 'test power', PKR tidak perlu risau. Tetapi untuk berbincang agar SAPP undur diri, menunjukkan bahawa PKR takut.
ReplyDeleteI don't think PKR will make it this time. Everybody is way to worry about Anwar.
ReplyDeleteBN will most likely win if there is more than 1 opposition party contesting in the by-election. Therefore, it would be much better if SAPP and PKR were to join forces. Chances for SAPP and PKR to win would most probably be high if the number of votes for SAPP and PKR are calculated together.
ReplyDeleteKalau SAPP bertanding setakat untuk test power, bagus jangan bertanding. Apa-apapun, pastikan parti yang akan wakil adalah yang terbaik.
ReplyDeletesiapa2 pun ada hak untuk bertanding, apapun rkyat kena memilih calon yang terbaik.
ReplyDeletewalaupun PAS telah menyatakan keinginan untuk bertanding, tapi nampaknya PKR yang mewakili PR. tunggu sajalah hasilnya nanti..
ReplyDeleteAnwar memang tidak akan memberi laluan kepada SAPP.
ReplyDeleteApa2 lah... Tapi mcm makin best pula gimik menjelang PRK BS ni. hehe
ReplyDeleteTiga penjuru pun tiga penjuru la.. Yang penting semuanya bertanding secara adil dan tak main belakang :)
ReplyDeleteSaya pun kalau boleh mahu bertanding ba ni tapi takda parti sebab saya ni pengundi setia:P hahhahhaa
ReplyDeleteSebab tu lah saya hanya mampu mengharapkan semuanya berjalan lancar.
Semoga calon yang dipilih oleh BN adalah calon yang sesuai dan berkelayakan:)
ReplyDeleteBN harus kerahkan usaha bagi memastikan sokongan rakyat terus kukuh terhadap mereka. Walaupun kemenangan berpihak kepada BN, namun harus diingat dalam dunia politik, macam2 boleh berlaku. So all the best kio :)
ReplyDeleteApa-apa pun, selamat berjuang.
ReplyDeleteRakyat akan membuat pilihan terbaik. Kita tengoklah siapa yang berdaya mendapatkan sokongan terbanyak daripada rakyat.
ReplyDeleteHonestly, no one is eyeing PKR.
ReplyDeleteMengapa PKR hendak menghalang SAPP daripada bertanding?Bukan setiap parti mempunyai peluang sama untuk membuktikan kekuatan?
ReplyDeletePoor DAP.
ReplyDeleteAnwar mula menunjukkan taring beliau dengan mengharap SAPP tarik diri dari PRK batu sapi kerana ingin menunjukkan kemegahan PKR.
ReplyDeletePAS terpaksa mengigit jari atas keputusan Anwar yang juga ketua PR..apa boleh buat lah..
ReplyDeletediharap BN akan mencalonkan wakil dari PBS..penyandang sebelum ini juga dari PBS dan kemungkinan besar pengundi akan memilih calon dari parti yang sama.
ReplyDeleteSAPP pula tidak harus tunduk kepada PR..harus berpegang teguh pada pendirian parti.
ReplyDeleteJika PKR wakili Pakatan Rakyat, SAPP mewakili siapa?
ReplyDeleteApa-apa pun, diharapkan calon yang terbaik akan menang PRK Batu Sapi.
ReplyDeleteBagusla semua pun ambil perhatian tentang post MP di Batu Sapi...
ReplyDeleteapa agaknya strategi atau langkah seterusnya yang diambil oleh PKR setelah SAPP mempertahankan pendiriannya untuk menyertai PRK Batu sapi? pasti ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada PKR dan menyukarkan mereka untuk mencapai hasrat mereka.
ReplyDelete