Pelantikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Batu Sapi, Sabah merupakan pendekatan baru yang mampu memberi kelebihan kepada parti, kata Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim.
Berdasarkan pengalaman Ketua Menteri Sabah itu, beliau yakin jentera BN akan ditadbir dan diurus dengan baik bagi membolehkan kerusi Parlimen itu kekal milik BN.
“Itu satu perkembangan yang baik… saya percaya BN telah mengambil kira pelbagai faktor dalam berdepan pilihan raya kecil ini. Melantik orang tempatan (Musa) sebagai pengarah pilihan raya kecil itu satu kelebihan kepada BN dan ia merupakan pendekatan baru yang kita lakukan di bawah tranformasi parti,” katanya kepada Bernama di sini kelmarin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin mengumumkan pelantikan Musa sebagai pengarah pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. Musa akan dibantu Presiden Parti Bersatu Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada BN dalam nahas jalan raya pada 9 Okt lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Okt sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 4 Nov.
Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika mengulas perkara sama berkata pergerakan itu akan memberikan sokongan padu kepada Musa dalam menerajui jentera pilihan raya BN.
“Kita mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Musa Aman sebagai pengarah pilihan raya BN di Batu Sapi dan dengan kerjasama daripada Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, saya percaya ia akan memudahkan gerak kerja jentera BN sekaligus mampu memberi kemenangan kepada BN,” katanya.
Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, yakin BN mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan kerusi itu.
Pengerusi Tetap Umno Datuk Paduka Badruldin Amiruldin berkata pelantikan Musa sebagai pengarah pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi tepat dan akan memudahkan beliau memahami dan menyelesaikan masalah rakyat setempat. -NST
Wednesday, October 20, 2010
Musa sebagai pengarah Pilihanraya BN Batu Sapi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PIlih calon PBS dari Bahagian Sibuga.Kami amat memerlukan peruntukan kewangan untuk membantu rakyat disibuga.Diharap DS Musa Aman mempertimbangkannya
ReplyDeletePBS di kawasan DUN SIBUGA mengharapkan agar pucuk pimpinan PBS memilih ketua bahagian PBS sibuga bagi mewakili parlimen Batu Sapi.Sekurang-kurangnya jika menang adalah juga tempiasnya kepada PBS di Sibuga.Tak perlulah UMNO/BN bersusah payah untuk memberi peruntukan kepada bahagian ini.Ramai ahli PBS mengeluh khususnya di Sibuga kerana tidak disalurkan peruntukan.Sedangkan sabah diperintah oleh kerajaan campuran BN/UMNO/PBS dll.harap pertimbangkan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteperlantikan DS Musa Aman sebagai pengarah sebagai pengarah pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi memang sesuai kerana pemimpin tempatan Sabah lebih memahami keperluan penduduk.
ReplyDeleteMusa mmg paling sesuai menjadi pengarah piliharaya bagi BN, beliau diakui mempunyai sikap kepimpinan yang baik.
ReplyDeleteberdasarkan tinjauan pemerhati2 politik Sabah, memang benar BN mempunyai peluang yang cerah dan disokong oleh kelebihan2 yang sedia ada pada BN. tapi BN masih perlu berhati2 dan terus berusaha kerana kekalahan BN di PRK Sibu membuktikan tiada yang mustahil dalam politik.
ReplyDeleteIni adalah cadangan dari Datuk Muhyuddin mencalonkan Datuk Musa Aman sebagai pengarah Pilihanraya BN Batu Sapi. Sebagai orang tempatan ini mungkin memberikan kelebihan kepada BN nanti. Semoga BN akan kekal mempertahankan kerusi perlimen Batu Sapi ini.
ReplyDeletesemoga PRK Batu Sapi berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekecohan. dan saya harap penduduk Batu sapi membuat pilihan yang terbaik berdasarkan kemampuan parti berkenaan, bukan berdasarkan janji yang ditabur.
ReplyDeleteDatuk musa akan memberikan satu sinar kepada PRK ini sebagai pengarah Pilihanraya BN Batu Sapi. Ini lagi menguatkan beliau apa bila disokong lagi oleh Ketua PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Mari kita sokong BN untuk menang PRK Batu Sapi ini. BN akan membantu penduduk yang memerlukan pertolongan.
ReplyDeleteKita boleh tengoklah sokongan rakyat lebih kepada siapa nanti. Selamat berjuang dan selamat mengundi.
ReplyDeleteTidak kira PBS atau UMNO yang bertanding di Batu Sapi ini nanti. Yang pasti haruslah adil untuk memimpin tempat tersebut. Semoga berjaya BN. Pastikan majoriti milik BN. SAPP dan PR tidak perlu risau, BN akan tetap memimpin dengan baik.
ReplyDeleteDiharapkan pilihan raya kecil ini akan berjalan lancar.
ReplyDeleteMemang nampak pengaruh BN lebih kuat di Batu Sapi. Namun ini dunia politik, apa2 pun boleh terjadi. Bersiap sedialah.
ReplyDeleteBN kalau boleh jangan terlalu yakin dan manja. Pastikan calon adalah sangat berkelayakan kerana saya pasti pilihan SAPP dan PKR pun kuat-kuat juga.
ReplyDeleteBagus. Kan dia tu ketua menteri Sabah jadi memang patut pun.
ReplyDeleteYang penting bertanding secara bersih dan adil!
ReplyDeleteselamat berjuang!
ReplyDeletemusa aman selaku ketua menteri Sabah dan pengerusi BN Sabah amat sesuai menjadi pengarah piliharaya BN di BAtu Sapi. daya kepimpinan beliau mmg terserlah , diharap ia dpt memacu kepada kemenangan BN dalam piliharaya ini.
ReplyDeletesememangnya BN mempunyai peluang yang cerah untuk menang dalam PRK Batu Sapi..
ReplyDeleteI wish you luck then.
ReplyDeletePemilihan yang cukup tepat:)
ReplyDeleteSemoga calon yang dipilih annti adalah calon yang benar2 berkarisma bagi memastikan sokongan pengundi terus dihalakan kepada BN.
ReplyDeletePRK hampir menjelang dan saya harap BN bersiap sedia sepenuhnya. lakukan yang terbaik dan buktikan pada semua BN mampu mempertahankan kedudukan mereka :)
ReplyDeleteAll the best kepada semua yang bakal bertanding dan harus ingat bertandinglah dengan cara yang adil dan bersih supaya kemenangan yang diperolehi lebih membawa berkat :)
ReplyDeleteApapun, saya harap semuanya berjalan lancar!!!
ReplyDeleteDiharapkan calon yang terbaik akan dilantik.
ReplyDeleteKita tengoklah siapa yang mendapat sokongan dan undian rakyat nanti.
ReplyDeleteJangan bimbang, pilihanraya akan dijalankan secara adil dan saksama.
ReplyDeleteHe sure will do the best to have the by-election do in a good manner.
ReplyDeleteSiapa yang lebih layak dari beliau sebagai pengarah pilihanraya BN di Batu Sapi.
ReplyDeleteThis a good chance for BN to win.
ReplyDeleteThis by election will be done in a good manner.
ReplyDeleteperlantikan Musa sebagai pengarah PRK batu sapi dengan dibantu oleh pairin amat bertepatan..ini akan membuka peluang kemenangan yang lebih cerah kepada BN.
ReplyDeleteperlantikan pengarah PRK batu sapi kepada orang tempatan sememangnya perlu kerana orang sabah lebih kepada orang sendiri berbanding orang luar..
ReplyDeletepengalaman Musa dan Pairin menghadapi pilihanraya amat berguna kepada kempen dan strategi2 pilihanraya BN bagi mendapatkan sokongan daripada pengundi2 batu sapi..
ReplyDeletecalon yang akan mewakili BN juga seharusnya orang tempatan..ini akan memberikan peluang yang lebih besar kepada BN untuk menang. diharap BN akan mempertimbangkan sewajarnya calon mereka nanti.
ReplyDeleteSelaku KM Sabah, Dt. Musa mampu memimpin dan menyusun stratigik untuk menang dalam pilihanraya kecil Batu Sapi.
ReplyDeleteApa-apa pun, diharapkan calon yang terbaik akan muncul sebagai pemenang.
ReplyDeleteSaya amat yakin rakyat akan membuat keputusan yang terbaik. Selamat mengundi.
ReplyDeleteRakyat Sabah yakin dengan keupayaan Dt Musa sebagai pengarah pilihanraya BN dan mampu mempertahankan Batu Sapi.
ReplyDeleteyakin untuk menang perlu ada tapi jangan sampai tidak buat kerja kerana terlalu yakin.. kehadiran pembangkang bukan dengan tangan kosong, walaupun hanya berbekalkan isu2 nasional atau negeri, tidak mustahil mereka juga mampu menarik undi yang banyak.
ReplyDeletePerlu yakin tetapi tidak sombong. Jangan lupa rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
ReplyDeleteKemenangan memihak pada BN kerana pembangkang tidak dapat mencapai sepakat majadikan lawan tiga penjuru di Batu Sapi.
ReplyDeleteKM Musa pasti membawa kemenangan besar untuk BN.
Tepat sekali memilih Datuk Musa sebagai Pengarah Pilihanraya BN kali ini.
ReplyDelete