Friday, October 22, 2010

RASIONALNYA SAPP BERTANDING DI BATU SAPI?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDyBKX6aXjtcw1TkmJ0YwDoK457k0M73TbHLpedRSot2v_PUh2gPCaXcBsWdYZ2tJR5SvMOzbftdLERxJ0b424b1AWwxmwmY8QZ8uCgGPfe5DZI3Bop4bT13QKpQiESkyYxk_7qJoMoQ0i/s400/sapp

NAMPAK gayanya PRK Parlimen Batu Sapi sudah tidak dapat dielakkan lagi untuk barisan pembangkang SAPP dan PKR untuk bertembung sesama sendiri selain BN yang mempertahankan kerusi itu yang kosong berikutan kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah.

Meskipun pucuk kepimpinan PKR terutamanya, de’facto Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen dua hari lepas mengesahkan bahawa PR memberi mandat kepada PKR untuk meletakkan calonnya pada PRK Parlimen Batu Sapi, namun beliau (DSAI) masih mengharapkan agar SAPP turut memberikan laluan kepada PKR.

Manakala di suatu pihak kepimpinan SAPP sudah membuat kata putus menerusi mesyuarat Ahli Majlis tertinggi parti bahawa SAPP tetap akan meletakkan calonnya di PRK Parlimen Batu Sapi atas kehendak dan restu semua peringkat kepimpinan terutamanya di peringkat akar umbi SAPP, khususnya di Parlimen Batu Sapi.

Berdasarkan fakta dan rekod, pengundi Melayu agak menonjol sebagai pengundi majoriti di kawasan itu dengan mencecah lebih 60 peratus, namun pengundi Cina turut mengekori jumlah peratusan tersebut tetapi jika dikira secara rawak, perolehan sokongan pengundi Melayu antara pembangkang dengan BN akan melihat lebih menonjol kira-kira 40 peratus berpihak kepada BN.

Manakala pengundi Cina dan bangsa lain sudah pastilah akan berpihak kepada SAPP jika mereka dapat menonjolkan seorang calon dari kalangan pemimpin Cina yang dikenali di situ serta digeruni kewibawaannya. Perkiraan ini berlandaskan keputusan perolehan undi yang diperolehi pada PRU12 mengikut keputusan daerah-daerah mengundi.

Sekiranya perkiraan ini akan menjadi trend, sudah pastilah SAPP paling layak bertanding di kawasan tersebut berdasarkan fakta perkiraan sokongan walaupun belum ada kepastian yang jelas daripada sentimen para pengundi Parlimen Batu Sapi, namun maruah dan objektif perjuangan SAPP sebagai sebuah parti pembangkang tempatan; tidak boleh tidak untuk menidakkan kehendak rakyat atau mengalah begitu sahaja.

Sedangkan, rakyat yang selama ini telah meletakkan parti itu sebagai suatu sandaran bagi rakyat pelbagai kesukuan dan agama dalam memburu keadilan dan demokrasi yang semakin terhakis, termasuk usahanya memulihkan kuasa autonomi di Sabah jika SAPP terus diberi mandat oleh rakyat Sabah pada PRU13 kelak.

Apa pun, barisan pembangkang terdiri daripada PR dan SAPP dan kemungkinan Parti Bersekutu tidak perlu menghukum SAPP sebagai tidak berkerjasama mahu pun menikam kawan dari belakang atau mungkin SAPP dilabel sebagai bersekongkol dengan BN sebagai ejen pemusnah PR di Sabah.

Ungkapan tersebut tidak seharusnya timbul kerana dalam perjuangan yang melibatkan kepercayaan rakyat, demi negeri dan Negara, sudah pasti ia bukan trend bagi pemimpin-pemimpin sesebuah parti politik yang berfikiran matang bertindak sedemikian rupa, lebih-lebih lagi tunggak kepimpinan SAPP yang dipenuhi para pemimpin yang matang dan berpengalaman.

Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee merupakan pemimpin yang serba boleh kerana boleh berinteraksi dengan semua kaum di negeri ini tanpa mengira anutan agama, malah beliau merupakan seorang pemimpin yang berani serta lantang menyuarakan sesuatu isu yang tidak disenangi rakyat Sabah termasuk pengabaian kandungan 20 Perkara.

Beliau yang pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ketika dalam kerajaan BN (sistem penggiliran) banyak membuka ruang perniagaan khusus untuk masyarakat Bumiputra, penempatan masyarakat Murut yang tidak bertanah dalam hutan simpan kerajaan FMU, malangnya baru-baru ini semua rumah yang ada di FMU diroboh kerajaan dan dibakar, manakala penghuninya diusir keluar.

Rakyat Sabah percaya dan yakin bahawa suatu hari nanti para pengundi akan faham bahawa hanya dengan memperkasakan perjuangan mereka menerusi parti pembangkang untuk memulihkan maruah dan ketidak senangan hati mereka terhadap kepimpinan kerajaan BN sekarang yang semakin menjadi-jadi akan dapat dihancurkan.

Rakyat telah sedar dan faham bahawa PRK Parlimen Batu Sapi bukanlah dapat merobah corak pemerintahan kerajaan di Sabah mahupun di Malaysia, tetapi dengan bakal kekalahan BN di Parlimen Batu Sapi melalui PRK ini, dunia dan rakyat Malaysia akan mengerti bahawa rakyat sudah mula menunjukkan taring untuk mengambil alih teraju kerajaan dari kebuasan BN pada PRU13.

Oleh: PAK MAIL (sabahkini)

27 comments:
Write comments
  1. Tengoklah bagaimana keputusan pilihan raya kecil itu nanti.

    ReplyDelete
  2. Biar rakyat yang menentukan sama-ada mereka mahukan SAPP, PKR ataupun BN untuk terus memimpin kawasan Batu Sapi.

    ReplyDelete
  3. mungkin pertandingan yang sengit akan berlaku. pengundi atau masyarakat Batu Sapi akan menjadi penentu keputusannya nanti.

    ReplyDelete
  4. Baguslah jikalau SAPP bertanding. Jangan jatuhkan maruah sendiri hanya kerana memberikan laluan kepada PR.

    ReplyDelete
  5. ini masti satu persaingan yang hebat bagi PRK Batu Sapi ini. Dengan 3 parti yang bertanding, SAPP, PR dan BN yang menduduki tempat tersebut sebelum ini. Harap BN akan dapat mempertahankan kerusi Perlimen Batu Sapi ini.

    ReplyDelete
  6. Ia semua terpulang kepada rakyat Batu Sapi untuk memilih calon mana mereka mahu untuk memimpin kawasan mereka.

    ReplyDelete
  7. Oleh itu, PKR janganlah over confident. Apa-apapun, selamat berjuang. Pastikan semua calon bersaing dengan adil dan bersih.

    ReplyDelete
  8. Semoga rakyat kawasan Batu Api memilih calon yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  9. PKR sekarang tegah dalam kebinggungan kerana SAPP. SAPP lebih berpengaruh dari PKR. PKR macam tidak ada kelebihan ditempat ini. kelebihan PKR hanya memberikan janji-janji manis.

    ReplyDelete
  10. Mari kita nantikan siapa yang akan berjaya untuk PRK Batu Sapi. BN mesti boleh punya ini kali. PKR dan SAPP tetap bukan untuk Rakyat.

    ReplyDelete
  11. nampak Piliharaya Batu Sapi adalah pertandingan 3 penjuru antara BN, SAPP dan PR. kita lihat keputusannya nnti, parti mana yang menang.

    ReplyDelete
  12. Setiap parti mempunyai peluang adil untuk bertanding. Rasional bukan menjadi satu isu.

    ReplyDelete
  13. bagus,, persaingan tiga penjuru ini bakal menyaksikan sekali lagi BN mengekalkan kerusi Batu Sapi.. sudah tentu peluang BN untuk menang akan lebih cerah kerana undi untuk pembangkang terpaksa dikongsi oleh dua parti..

    ReplyDelete
  14. PKR akan semakin tertekan kerana peluang mereka untuk menang semakin tipis. saya harap penduduk Batu Sapi dapat membuat keputusan yang bijak bukan berdasarkan janji2 manis parti..

    ReplyDelete
  15. Bertanding jangan xbertanding. Ini akan memeriahkan lagi suasana hari mengundi.

    ReplyDelete
  16. This is a rational move. We don't have to scared.The by election purpose is to help the people and not against the opposition party.

    ReplyDelete
  17. Jika mengikut artikel ini, jika SAPP menang, adakah PKR akan tumpang kaki dalam kemenangan tersebut?

    ReplyDelete
  18. nampaknya SAPP meneruskan hasrat untuk bertanding dan tidak memberikan laluan seperti yang diharapkan oleh PKR. ini mungkin menambahkan lagi kesukaran PKR untuk meraih sokongan dalam PRK ini.

    ReplyDelete
  19. Usaha adalah tangga kejayaan.Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. SAPP berhak bertanding, tapi rakyat juga berhak mengundi parti yang mereka mahukan.

    ReplyDelete
  21. Kita tunggu dah lihatlah bagaimana keputusan akhirnya.

    ReplyDelete
  22. The voters are the biggest contributor in this game. I can't wait.

    ReplyDelete
  23. Nampaknya SAPP akan menunjukkan taringnya pada pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
  24. jadikan Batu Sapi langkah pertama menghalau Parti Import (BN dan Pakatan Rakyat yg berasal dr semenanjung yg hanya tahu mengeksploitasi kekayaan Sabah utk kemajuan Lembah klang) sokong parti tempatan Sabah yg lantang menegakkan Hak Perkara 20

    ReplyDelete
  25. Biar rakyat sahaja yang menentukannya.

    ReplyDelete
  26. Interesting how Yong will going to bash his good friend, Linda Tsen, after knowing BN choose her as a candidates...now let us see whats come first, good friends or personal interest...let see if Yong decided to show the true colour of himself...

    ReplyDelete
  27. Memang PRK Batu Sapi ini akan menjadi lebih menarik dengan kehadiran pertandingan tiga penjuru.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.