Kemelut pemilihan PKR dilihat berterusan apabila lima cabang parti itu hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengurusan parti.
Lima cabang tersebut adalah Hulu Selangor, Kota Raja, Kuala Langat, Pandan dan Kelana Jaya.
PKR selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan cabang 3 Oktober lalu tetapi sembilan cabangnya bermasalah.
Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahlinya akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat.
Menurut Ketua Cabang Hulu Selangor Nazar Yakin, tindakan pengurusan parti yang mahu supaya mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan cabang itu diadakan semula adalah tidak wajar.
“Hari ini kita hantar memorandum bantahan kepada parti mengenai pemilhan parti peringkat cabang yang tidak adil dan telus.
“Saya bercakap bagi pihak cabang Hulu Selangor, undian telah dibuat dan keputusan sudah ada tetapi tiba-tiba dimaklumkan bahawa keputusan yang dibuat dibatalkan.
“Malah kita diarahkan untuk mengadakan semula mesyuarat agung tahunan dan pemilihan parti peringkat cabang. Saya ini telah dipilih sebagai ketua cabang pada pemilihan baru-baru ini tetapi seolah-olah dinafikan memegang jawatan itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Memorandum bantahan itu diserahkan kepada pentadbir pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin.
“Jadi memorandum yang kita serahkan hari ini adalah membantah diadakan semula pemilihan parti, buat apa perlu buat pemilihan yang baru sedangkan keputusan sudah ada.
“Kalau ada kesilapan di peringkat pengurusan parti, ia bukan masalah ahli yang telah mengundi.
“Kenapa perlu susahkan ahli dan menjadi mereka sebagai korban dek kerana kesilapan pihak pengurusan parti,” kata Nazar yang telah menyerahkan memorandum bantahan itu kira-kira pukul 2 petang tadi.
Difahamkan seramai 40 orang ahli dari Hulu Selangor, Kota Raja, Kuala Langat, Pandan dan Kelana Jaya hadir menyerahkan memorandum bantahan tersebut di ibu pejabat PKR.
Menurut Nazar, parti sepatutnya mempunyai alternatif lain untuk menyelesaikan perkara itu dan bukan dengan mengadakan semula pemilihan tersebut.
“Bukankah ada cara lain untuk menyelesaikan masalah ini daripada mengadakan pemilihan semula yang dilihat agak berat untuk dilaksanakan sekali lagi.
“Banyak lagi alternatif lain yang boleh dilakukan, kenapa nak buat pemilihan semula,” katanya.
Sebahagian cabang bermasalah akan mengadakan pemilihan sebelum kongres hujung bulan depan manakala yang lain akan berbuat selepas kongres.
Thursday, October 14, 2010
Pemilihan PKR Terus Bergolak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dari awal lagi, pemilihan PKR tidak pernah berhenti bergolak.
ReplyDeleteBelum PRU-13 tapi sudah berperang sesama diri.
ReplyDeleteterpulanglah kepada PKR untuk menyelesaikan masalah sendiri. masalah yang berlaku pasti memberikan kesan terhadap imej PKR.
ReplyDeletepasti selepas ini keluar lagi kenyataan kononnya kekecohan dalam mana2 pemilihan adalah perkara biasa. kalau hanya sekali mungkin benar, tapi kalau berterusan, PKR perlu lupakan hasrat mereka untuk menerajui kerajaan Malaysia.
ReplyDeletenampaknya pergolakan dalam PKR ini belum selesai malah semakin kronik. ini mmg akan memberi kesan terhadap sokongan rkyat.
ReplyDeleteSemoga berjuang dengna baik PKR..Susahkah hidup kalau kalah dalam pemilihan cabang.
ReplyDeleteOleh itu, PKR janganlah asyik membantah kerja BN. Bukan mudah untuk menjadi pemimpin. Sedarlah kenyataan itu. Harap PKR boleh selesaikan masalah sendiri itu terlebih dahulu.
ReplyDeleteRakyat boleh nampak sendiri perangai Pemimpin PKR. Sekiranya tidka berpuas hati mereka akan memberontak dan buat sesuatu sehingga betul-betul berpuas hati. Macammana bila jadi pemimpin??apa pendapat kamu??adakah negara akan aman damai..mesti banyak kekecohan berlaku kan??
ReplyDeletePKR kena selesaikan juga masalah dalaman mereka, tak kan lah setiap kali ada pemilihan mesti ada bantahan dari kalangan PKR sendiri.
ReplyDeletePKR memang tidak boleh jadi pemimpin. Takut nanti perkara yang tidak diingini berlaku.
ReplyDeletemasalah yang berlaku dalam PKR ni menampakkan ada ahli yang tidak sehaluan.
ReplyDeleteInilah sebab kenapa PKR tidak sesuai menjadi pemimpin.
ReplyDeletePergolakkan itu hanya memperlihatkan kelemahan mereka...Memang mana2 parti pun mempunyai masalah dalaman tapi jika boleh jangan sampai ianya memburukkan imej perti tersebut..
ReplyDeleteSemoga PKR dapat menyelesaikan masalah mereka.
ReplyDeletePKR perlu selesaikan dahulu masalah mereka.
ReplyDeletesebelum menyuarakan kritikan dengan lantang terhadap parti lawan, lihat dulu pergolakan dalaman parti sendiri... jangan jadi 'semut diseberang laut nampak, tapi gajah didepan mata tidak nampak'.
ReplyDeleteJikalau betul dakwaan ini, maka PKR perlu memperbaiki kesilapan sendiri. Namun saya tidak boleh menolak kemungkinan artikel ini ditulis oleh orang2 BN.
ReplyDeletebetul tu sonia, sekali lagi saya nyatakan di sini mengapa jika artikel2 berkaitan dengan keburukan BN tidak akan dipercayai sama sekali manakala artikel mengenai keburukan PKR pula akan dipercayai seratus peratus?
ReplyDeleteApa pun, saya tahu rakyat yang berpelajaran pandai menilai siapa yang benar siapa yang salah. Di sebalik cerita pasti ada kebenaran yang diubahsuai.
ReplyDeleteadii, PKR, PKR.. huhu
ReplyDeleteBelum lagi sampai masa klimaks sudah pula dorang ni sibuk bertelagah. huhuu
ReplyDeleteYa betul lafizah. baru dalam kalangan parti sendiri sudah berlaku pergolakan.. inikan lagi jika berdepan dengan pelbagai ragam rakyat:)
ReplyDeleteMoralnya, jangan asyik kritik pihak lain. Perbaikilah keutuhan parti sendiri sebelum sibuk nak goyahkan parti lain. hihihi
ReplyDeleteSemoga rakyat dapat membuat penilaian yang baik supaya tak tersalah pilih pemimpin next GE nanti.
ReplyDeleteisu politik amat laku di mana2 media, setiap apa yang berlaku pasti mendapat perhatian. walau siapapun yang menulis isu ini, jika tidak benar, pihak yang terlibat pasti akan membuat penafian. berkenaan dengan isu pergolakan dalam PKR, pemimpin peringkat cabang PKR sendiri mengakui berlakunya amalan pilih kasih dan double-standard yang menjadi punca utama kekecohan dalam pemilihan peringkat cabang PKR.
ReplyDeleteRakyat sedang meneliti semua parti, dan mereka akan membuat keputusan berdasarkan prestasi parti yang bertanding.
ReplyDeleteSelamat berjuang dan selamat mengundi.
ReplyDeleteparti seperti inikah yang ingin menjadi kerajaan? jika menjadi kerajaan kemungkinan akan berlaku perang saudara..
ReplyDeletekemungkinan PKR akan ditolak rakyat..disebabkan oleh kemelut dalaman yang hanya mementingkan orang2 tertentu yang menjadi kegemaran pucuk pimpinan parti.
ReplyDeleteterpulang kepada rakyat untuk menilai..
ReplyDelete