Kesemua empat pelajar yang ditahan polis dalam kehangatan pilihan raya kecil Galas semalam dibebaskan lewat malam tadi setelah diambil keterangan oleh polis.
Mereka disambut dengan laungan takbir dan "student power" daripada kira-kira seramai 150 orang rakan mereka yang menunggu di luar balai berkenaan.
Kesemua empat orang pelajar berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas disiasat selama enam jam.
Para pelajar berkenaan disiasat berhubung risalah yang diedarkan kepada orang ramai dalam aktiviti mereka, kata pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Md Sha'ani Abdullah.
Md Sha'ani berkata, beliau hadir ke balai berkenaan pada jam enam petang semalam untuk membantu pelajar berkenaan.
"Mereka bukan budak sekolah terlanjut umur, kita kena ubah sikap dan pandangan yang ketinggalan zaman.
"(Saranan ini) termasuk (kepada) penguasa yang pastikan keamanan," kata Md Sha'ani.
Katanya, hak para pelajar tersebut telah dicabul apabila mereka ditahan sejak tengah hari lagi.
"Saya dengar sebab mereka ditahan (dan) saya pun gelak.
"Saya tengok risalah itu tidak menyokong mana-mana pihak, tapi bila letakkan dua haiwan politik (calon yang bertanding (dalam risalah), anda main politik," katanya.
Kesemua pelajar terbabit perlu melaporkan diri semula ke balai berkenaan pada 14 November depan. -mk
Sunday, October 31, 2010
Hak siswa dicabul di Galas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"Saya tengok risalah itu tidak menyokong mana-mana pihak.."
ReplyDeletemereka dari Gabungan Masiswa Islam Se-Malaya (GAMIS), menaiki kenderaan yang dipandu oleh para muslimin PAS, keluar berkempen bersama sama jentera PAS, setiap pagi berkumpul berhampiran markas PAS Ampang berhampiran Pekan Lama dan menaiki kereta yang dipandu oleh ahli PAS Ampang ke merata ceruk GALAS... PAS menggunakan Mahasiswa ini untuk kepentingan politik mereka tanpa mempedulikan tanggungjawab pelajar2 ini..
ibubapa mengharapkan anak2 mereka supaya belajar, bukannya menghabiskan masa dan wang ringgit untuk berpolitik. baik berhenti belajar dan buat kempen2 politik sepenuh masa.. laungan takbir dan student power, itulah yang mereka inginkan untuk jadi lebih popular, lupa diri dan semakin gairah berpolitik..
ReplyDeletemahasiswa tidak perlulah terlibat dengan politik. tunggulah habis pengajian dulu jika mahu berpolitik.
ReplyDeletepara pelajar tidak harus terlibat dalam politik, mereka harus tumpukan pada pendidikan mereka. pelajar tak harus membiarkan mereka dipergunakan untuk kepentingan sesetengah ahli politik.
ReplyDeleteHarap para pelajar Universiti tidak perlulah untuk mengikuti mana-mana kempen tidak kira berhubung dengan parti lain atau atas pagar. Tidak perlu. Just pergi tidor dibilik dan tidak perlulah mahu bagi risalah. Kerana ini tetap juga berkaitan dengan PRK.
ReplyDeleteSudah banyak kali diberitahu pelajar dilarang melibatkan diri dalam politik tetapi masih lagi yang mahu libat. Jajal betul!
ReplyDeletePelajar harus fokus belajar. kalau mahu libat dalam politik, biarlah lepas habis pengajian.
ReplyDeleteKadang2 apa yang kita lakukan mungkin kita rasa tidak akan menyinggung perasaan pihak lain tapi kena faham bahawa kita ini mempunyai pandangan yang berlainan, sensitif kita juga tidak sama, mungkin kita suka tetapi orang lain tidak mempunyai perasan seperti kita. Oleh itu kena berhati2 semasa bercakap atau melakukan sesuatu.
ReplyDeletemahasiswa sepatutnya memberikan tumpuan terhadap pelajaran mereka dan bukannya terlibat dengan kancah politik.
ReplyDeleteRupanya PAS yang menggunakan para siswa ini sebagai mainan politik.
ReplyDeleteIbu-bapa mahukan anak sendiri bertumpu perhatian dalam pelajaran tapi dipergunakan untuk tujuan politik.
ReplyDelete