Wednesday, October 6, 2010

Lebih 479,000 calon duduki PMR di seluruh negara



Seramai 479,675 calon menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di seluruh negara mulai semalam hingga Selasa depan.

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), daripada jumlah itu, 446,896 ialah calon Sekolah Bantuan Penuh dan 5,069 dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera.

Sebanyak 11,370 calon adalah dari sekolah agama tadbiran negeri, 14,756 calon sekolah swasta, 334 calon persendirian perseorangan dan 1,250 calon dari Sekolah Agama Rakyat.

Di ibu negara, seramai 24,382 calon menduduki peperiksaan PMR di 178 pusat peperiksaan.

13 comments:
Write comments
  1. Selamat berjuang adik-adik..Jangan ambil benda ni remeh temeh walaupun tidak sekuat SPM tapi ini penentu kamu masuk kelas apa time form4. Dan jangan berani meniru juga semalam sudah ada pelajar kena tangkap meniru dalam tandas.. Buka saja terus gagal, malu besar pun ada..

    ReplyDelete
  2. selamat menduduki peperiksaan PMR kepada semua calon. semoga mendapat keputusan yang cemerlang.

    ReplyDelete
  3. Diharapkan semua berjaya, berusahalah untuk masa hadapan.

    ReplyDelete
  4. Good luck to all PMR students!

    ReplyDelete
  5. bagi calon yang akan menduduki PMR, semoga dpt menjawab soalan dgn baik.

    ReplyDelete
  6. semoga dapat melakukan yang terbaik untuk diri dan keluarga.

    ReplyDelete
  7. Semoga berjaya pada yang menduduki PMR. Jangan terlalu yakin, tapi haruslah pasti boleh melakukannya.

    ReplyDelete
  8. Yang penting kelulusan pada tahun ini meningkat dan kualiti menjadi keutamaan.

    ReplyDelete
  9. selamat menjawab soalan PMR dengan baik dan yakin kepada semua calon PMR 2010.

    ReplyDelete
  10. doa dan usaha adalah tangga kejayaan..teruskan perjuangan hingga tercapai cita2 anda.

    ReplyDelete
  11. Semoga para pelajar dapat lakukan yang terbaik. Chayoo,chayoo!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.