Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.
Pemilihan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang malam ini.
Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008.
Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.
Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.
Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.
Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim, berjaya merampas DUN Galas yang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Gua Musang daripada BN, dengan mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman, dengan majoriti 646 undi.
Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman 3,753 undi.
DUN galas mempunyai 10,330 pengundi yang terdiri daripada 65.4 peratus Melayu, 22.3 peratus Cina dan 1.8 peratus India
Bakinya 10.5 peratus terdiri daripada pengundi dari kalangan Orang Asli yang seramai kira-kira 2,000 orang.
Galas adalah salah satu daripada tiga DUN dalam parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh, yang dianggap sebagai kubu kuat BN.
Kerusi tersebut jatuh ke tangan PAS dalam pilihan raya umum 2008, dilaporkan kerana peralihan undi bukan Melayu.
Sementara itu, BN akan mengumumkan calonnya untuk pilihan raya kecil DUN Galas dan parlimen Batu Sapi Ahad ini.
Tengku Razaleigh bersetuju menjadi pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tetapi menolak dilantik sebagai calon. -MK
Apa-apa pun, selamat berjuang. Diharapkan rakyat akan membuat pilihan terbaik untuk kawasan sendiri.
ReplyDeleteSelamat mengundi Batu Sapi dan juga Galas.
ReplyDeletekepada parti yang bertanding, teruskan usaha memperkasakan parti.. kepada penduduk Galas, buatlah pilihan yang tepat..
ReplyDeletepengundi perlu membuat pilihan yang tepat demi kemajuan masyarakat..parti-parti yang bertanding juga perlulah bersaing dengan adil dan bertanggungjawab.
ReplyDeletenampaknya calon piliharaya Galas telah diketahui, rkayt kena memilih calon yang terbaik.
ReplyDeleteNow that the candidates have been chosen, It's about time to campaign. May the best man win!
ReplyDeleteHarap2 tidak ada lagi yang cuba untuk menjadikan masalah peribadi sebagai senjata menjatuhkan calon2....biarkan saja rakyat sendiri menilai mereka.
ReplyDeleteNampaknya PRK Galas sebelum ini seri dengan 1 sama. BN pernah memerintah Galas sebelum ini. Mungkin memang sengit antara dua parti ini.
ReplyDeleteCalon sudah ditentukan, jalankan kewajipan anda sebagai pengundi. Undi parti yang terbaik.
ReplyDeleteSudah pasti calon yang dipilih adalah yang terbaik berdasarkan kelayakkan dan pengalaman mereka sebelum ini. tambahan pula mendapat sokongan rakyat dari pelbagai kaum.
ReplyDeleteCalon PAS juga tidak alang-alang. Harap pengundi Galas pilih yang terbaik.
ReplyDeleteDiharapkan calon yang terbaik akan menang.
ReplyDelete