Monday, October 11, 2010

BN Batu Sapi tingkat persiapan hadapi PRK

http://www.seeklogo.com/images/S/SPR_Suruhanjaya_Pilihan_Raya_Malaysia-logo-E3B2F3D966-seeklogo.com.gifBarisan Nasional (BN) Batu Sapi akan meningkatkan persiapan menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, yang akan diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam nahas jalan raya semalam.

Pengerusinya Datuk Samsudin Yahya berkata semua parti komponen BN di kawasan Parlimen itu sudah mengenal pasti kempen yang sesuai untuk mendekati pengundi dan ia akan diperkemaskan lagi.

“Kami yakin tiada masalah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi kerana ia merupakan kubu kuat BN,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian di Kota Kinabalu semalam, Edmund yang juga Bendahari Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) meninggal dunia selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam nahas jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Coastal, Tanjung Aru.

Samsudin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong yakin pucuk pimpinan BN akan meletakkan calon yang berjiwa rakyat dan mampu menyambung tugas Edmund untuk berkhidmat kepada rakyat di Parlimen Batu Sapi.

Mengenai kematian Edmund, Samsudin menyifatkan BN Batu Sapi kehilangan seorang pemimpin yang baik dan berjiwa rakyat.

“Saya kehilangan seorang rakan khususnya dalam perjuangan BN di Batu Sapi. Beliau merupakan seorang Anggota Parlimen yang bekerja kuat untuk parti dan prihatin dengan kebajikan rakyat,” katanya.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Edmund dan berharap isteri serta anak-anaknya bersabar menghadapi dugaan itu.

Parlimen Batu Sapi mempunyai dua DUN iaitu Sekong diwakili Samsudin dari Umno dan DUN Karamunting diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin yang kini wakil rakyat Bebas menyokong BN selepas keluar dari Parti Liberal Demokratik pada bulan lepas. — Bernama

17 comments:
Write comments
  1. Diharapkan pilihan raya ini akan berjalan lancar. Selamat berjuang kepada calon dan pengundi Batu Sapi.

    ReplyDelete
  2. Semoga calon yang terbaik akan muncul sebgai pemenang.

    ReplyDelete
  3. BN kena pastikan mereka benar2 bersedia untuk PRK Batu sapi.

    ReplyDelete
  4. parti yang bertanding perlu meletakkan calon yang terbaik dan berjiwa rakyat bagi mewakili kawasan berkenaan..harap semuanya akan berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  5. benar, BN tidak menghadapi masalah di Batu Sapi tapi BN masih perlu berkerja keras dan jangan terlalu yakin untuk menang.. PRK Batu Sapi mungkin jadi pengukur sejauh mana penerimaan rakyat Sabah terhadap mana2 parti yang bertanding.

    ReplyDelete
  6. Selamat menghadapi PRK 13 untuk Batu Sapi Sandakan. kita tunggu calon-calon yang akan bertanding untuk Perlimen Batu Sapi.

    ReplyDelete
  7. Terlalu yakin pun kadang2 membawa musibah.

    ReplyDelete
  8. Baru sahaja BN Batu Sapi meninggal, para politikus sudahpun beria-ia memastikan kemenangan BN di sana. Rasa simpati mereka ni tidak ikhlas!!!

    ReplyDelete
  9. Senario yang bakal dilihat ialah....pertandingan separuh mati sehingga duit habis untuk merebut kerusi tersebut. Lepas tu peruntukan potong sana potong sini. harap ia tidak terjadi

    ReplyDelete
  10. Jentera BN perlu lebih bersedia...banyak jerangkap samar...

    ReplyDelete
  11. elakkan sebarang kekecohan semasa PRK berjalan. selamat bertanding

    ReplyDelete
  12. BN harus bersedia sepenuhnya bagi mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi kerana kemungkinan akan berlaku tentangan yang besar dari pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  13. diharapkan agar PRK itu nanti akan berjalan dengan lancar dengan suasana yang aman..

    ReplyDelete
  14. selamat bertanding kepada yang akan bertanding..dan kepada para pengundi di kawasan tersebut, tunaikanlah tanggungjawab anda demi kepentingan masa depan.

    ReplyDelete
  15. Semuanya bergantung kepada calon itu sendiri bagaimana cara untuk memikat hati setiap penduduk dan seterusnya terpulang kepada penduduk untuk memilih calon yang mereka rasakan boleh membantu mereka dalam pelbagai hal pembangunan terutamanya, dan terakhir terpulang kepada nasib.....Walauapapun, selamat maju jaya!

    ReplyDelete
  16. Diharapkan peninggalan Datuk Edmund tidak akan mempengaruhi Pilihan raya kecil ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.