DISKRIMINASI di antara Rakyat Tempatan dan Rakyat Asing jelas dilaungkan oleh kerajaan UMNO/BN. Perumahan setinggan rakyat asing sekitar kawasan Masjid pekan Telupid yang terlibat dalam kawasan pembangunan kedai LPPB telah disokong oleh Ketua UMNO bahagian Beluran, James Ratib untuk mendapatkan pampasan daripada kerajaan.
Menurut surat Ketua UMNO Bahagian Beluran, bil UMNO/TP-GRPM/10/0110/01 bertarikh 1 Oktober 2010, James Ratib telah menulis surat kepada Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar, Sabah untuk menyokong tuntutan bayaran pampasan terhadap dua pemohon iaitu Arsyad Haji Mappong dan Odding Abd malik yang menduduki tanah TL 087500267 di Tapak Komersil LPPB di Pekan Baru Telupid.
Kedua-dua pemohon tersebut telah dikenalpasti sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah mendapat kerakyatan Malaysia secara tidak sah kerana sebelum ini mereka ada pemegang pasport tenaga kerja Indonesia.
Ironinya, pada tahun 2003, 50 orang peniaga kecil yang terdiri daripada rakyat tempatan yang dibenarkan oleh Pejabat Daerah Telupid untuk menduduki kawasan gerai dan tamu yang juga terlibat dalam kawasan pembangunan kedai LPPB telah diusir saperti binatang (dengan cara memotong bekalan elektrik dan air) dan tidak diberi sebarang pampasan atau penempatan semula.
Ini menunjukkan bahawa orang asing telah menjadi kesukaan dan kesayangan kepada kerajaan UMNO/BN Malaysia. Kejadian seperti ini bukan hanya terjadi di daerah Beluran tapi telah terjadi di daerah-daerah lain seluruh Sabah.
Kalau rakyat asing dapat tuntut pampasan mengapa rakyat tempatan dinafikan? Syabas Kerajaan 1Malaysia Najib kerana menghalalkan semua ini!
Oleh : ZIANNA MANDALI (SABAHKINI)
Thursday, October 14, 2010
DISKRIMINASI BN KINI TERBUKTI?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebaiknya rakyat tempatan di dahulukan.
ReplyDeleteHmm keadaan semakin hari semakin bertambah teruk dengan terbongkarnya cerita2 yang tidak ramai mengetahui ujung pangkal cerita tersebut. Tapi apa pun amat berharap agar pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah ini. Perbaiki kesalahan kerana ini melibatkan rakyat tempatan.
ReplyDeleteapa buktinya mereka adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah mendapat kerakyatan Malaysia secara tidak sah?
ReplyDeletesurat Ketua UMNO itu jauh sekali membuktikan bahawa dua orang pemohon itu adalah dikalangan PATI. sepatutnya lampirkan sekali pasport TKI kedua-dua pemohon itu supaya isu DISKRIMINASInya lebih jelas.
ReplyDeletePerkara ini wajar disiasat terlebih dahulu. Siapakah sebenarnya yang mengusir penjaja ini? Adakah mereka betul-betul orang tempatan? Semua ini patut disiasat sebelum kita membuat apa-apa spekulasi.
ReplyDeletePerkara ini mungkin bukan semudah ini. Diharapkan pihak berkuasa akan memberi perhatian terhadap perkara ini.
ReplyDeletemungkin pembaca juga boleh katakan bahawa dua orang pemohon itu sebenarnya warga tempatan, dan peniaga-peniaga kecil itu sebenarnya PATI.....
ReplyDeletemmg masalah PATI makin serius pada masa ini. namun, benarkah kedua pemohon tersebut bukan warga tempatan? perlu ada bukti bagi dakwaan ini.
ReplyDeletesusah juga untuk mempercayai pekara ini jika tiada bukti yang kukuh..
ReplyDeleteKita tidak pasti kebenaran dalam cerita ini. Tapi yang pasti memang rakyat tempatan perlu mendapat kelebihan berbanding dengan rakyat asing.
ReplyDeleteKenapa perniaga tempatan itu tidak dapat pampasan. Sepatutnya mereka mesti dapat pamapasan tersebut. Mereka berniaga ditempat yang telah disediakan oleh Pejabat Daerah telupid, sekiranya pun tempat mereka diambil sepatutnya pihak tertentu mesti menyediakan tempat lain untuk mereka meneruskan mencari hasil pencarian.
ReplyDeletememang perkara ini tidak adil kepada perniaga tempatan. Mereka ada hak lain untuk diberika pampasan atau tempat lain untuk berniaga, tapi ini sebaliknya berlaku kepada mereka. PATI dapat pula pampasan kenapa rakyat tempatan tidak dapat apa-apa langsung.
ReplyDeleteApa pun janganlah kita terlalu percaya dengan kata media sekiranya tidak pasti betul atau tidak. biar kita nampak sendiri lagi bagus. Harap rakyat semua boleh memikirkannya.
ReplyDeletesiasat ja hal ini bagi memastikan samada benar atau tak kedua pemohon tersebut bukan warga tempatan.
ReplyDeleteTidak adil untuk PATI mendapat pampasan . Sepatutnya BN mengutamakan rakyat sendiri dan bukannya PATI.
ReplyDeleteWalaubagaimanapun,kita juga tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita ini. Diharapkan pihak yang bertanggungjawab memberi penjelasan.
ReplyDeleteMungkin ada yang tidak berpuas hati dengan layanan mereka. Maka sebab itulah mereka ingin mengecam BN.
ReplyDeleteSaya ingin bertanya, mengapa jika ada artikel mengenai PKR orang ramai akan terus mempercayainya, manakala jika ada artikel mengenai BN orang ramai akan berkata 'susah nak percaya jika tiada bukti kukuh'. Adakah artikel2 mengenai PKR itu terbukti benar?
ReplyDeleteWalaubagaimanapun, saya rasa siasatan harus dijalankan terlebih dahulu sebelum tertabur fitnah. Kita tidak tahu siapa yang betul siapa yang salah.
ReplyDeletesyabas juga kepada pembangkang kerana berjaya menggunakan isu ini untuk mengelirukan rakyat.. tapi fikirlah, jika kerajaan menarik balik hak dan kerakyatan dua orang pemohon ini, sedangkan tidak ada bukti yang menunjukkan mereka adalah PATI, kesannya tetap akan berbalik kepada kerajaan. kemudian pembangkan menggunakannya sebagai isu kononnya kerajaan bertindak kejam terhadap rakyat tempatan dengan menarik hak dan kerakyatan mereka bla, bla, bla..
ReplyDeleteSebagai rakyat kita tidak boleh senang ditipu oleh mainan media. Kita tidak tahu siapa di sebalik 'media' tersebut.
ReplyDeleteBeware,this is the tactic.
ReplyDeleteJames Ratib mengatakan bahawa"DARIMANA MEREKA DAPAT KAD PENGENALAN BUKAN PERSOALAN" kalau korang bijak2 belaka, cuba tafsirkan kata2 beliau tu. kalau saya yang tafsirkan, memang UMNO tak kisah kalau PATI dapat IC walau dengan apa cara sekalipun termasuk pemberian IC secara haram atau tidak sah yang penting mereka ini mengundi UMNO dlm pilihanraya. apa kata korang?
ReplyDeleteBetul atau tak, saya sendiri tak tahu jawapannya. Yang pasti dahulukan rakyat tempatan.
ReplyDeleteDakwaan ini harus disiasat dan dedahkan hal sebenar sebelum andaian -ve semakin berleluasa.
ReplyDeleteKesian juga yang kena usir tu oo. huhuu
ReplyDeleteAdii makin lama makin merisaukanlah isu pati.. nanti lama2 ni kan tempatan yang jadi pati di tempat sendiri. huhu
Saya mahu dengar pula penjelasan dari umno beluran.. Pa cerita ni???
ReplyDeleteApapun saya harap hal ni ditanggani dengan baik.. Jangan dibiarkan saja nanti bertambah teruk pula orang salah faham . hehe
ReplyDeleteHal ini tidak boleh dipandang remeh. Kudis makin bernanah nanti.
ReplyDeleteJadi, sebaiknya perkara ini disiasat secara mendalam dahulu sebelum kita membuat apa apa spekulasi.
ReplyDeleteDiharapkan penjelasan yang setimpal akan diberikan selepas ini.
ReplyDeleteDiscrimination shouldn't happen. You all have promised to be fair and square. I don't think this will be a great idea to help us out.
ReplyDeleteselesaikan isu PATI di sabah..mereka semakin berani mencabuli hak rakyat tempatan.
ReplyDeletehak rakyat tempatan harus dipertahankan dan dilindungi..
ReplyDeleteBuatpa nak diskriminasi?
ReplyDelete