BANDA ACEH, Indonesia - Dua wanita dirotan di wilayah Aceh, Indonesia semalam kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan, kata seorang pegawai.
Ratusan orang berhimpun untuk melihat Murni Amris, 27, dirotan sebanyak tiga kali manakala Rukiah Abdullah, 22, menerima dua rotan di sebuah masjid di bandar Jantho, tenggara Banda Aceh.
"Dua wanita itu ditemui menjual nasi di sebuah gerai pada waktu tengahari semasa Ramadan. Undang-undang syariah melarang makanan dijual semasa bulan puasa dalam Ramadan," kata seorang ketua polis syariah, Marzuki Abdullah.
Gambar: MURNI AMRIS dipimpin oleh seorang anggota polis sebelum dia dirotan semalam.
Murni memiliki sebuah gerai makanan manakala Rukiah menjual nasi.
Aceh yang terletak di utara Pulau Sumatera merupakan antara beberapa wilayah yang melaksanakan undang-undang syariah.
Dalam bulan Ramadan, penganut Islam berpuasa dari awal pagi sehingga senja yang bermula pada Ogos dan berakhir awal September tahun ini.
Turut dirotan ialah Fakhruddun Harun sebanyak lapan kali di pekarangan sebuah masjid di Aceh Besar kerana kesalahan berjudi. - Agensi
Saturday, October 2, 2010
Dua wanita dirotan di Aceh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
assalamualaikum.....alangkab baiknya kalau di malaysia mengamalkan undang syariah....kesalahan yang di buat sendiri kena sendiri tanggung akibatnya...kalau di penjara ini sudah melibatkan wang rakyat sebulan berapakah wang sudah di guna pakai.....untuk makan pesalah tempat tinggal pengawal dan lain lain....saya mengharap malaysia akan mengikutinya
ReplyDelete