DALAM keghairahannya untuk memandulkan kuasa Ketua Menteri Sabah sekarang dan seterusnya merampas kuasa, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sanggup melakukan apa sahaja termasuk membiayai pembangkang membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) dengan meluluskan projek kepada Ketua Angkatan Muda PKR Semporna.
Aktivis Masyarakat, Abdullahsani Haji Abdul Salleh yang sebelum ini membuat pendedahan awal kepada Sabahkini.net pada 2 Oktober 2010 yang bertajuk ‘Pemimpin BN Biayai Pembangkang’ telah menyerahkan salinan surat daripada kontraktor yang mempunyai nota bidai Shafie.
“Kita mintalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berdiam diri dan mengambil tindakan tegas terhadap Shafie yang telah menyalahguna kuasa beliau meluluskan projek kepada anak saudaranya, Mohd Ramzan Abdul Wahab, Ketua Angkatan Muda PKR (ketika itu) sebagai balasan kos membiayai mereka membuat laporan terhadap ICAC berhubung Skandal Penggubahan Wang Haram di Hong Kong tahun lalu yang kononnya melibatkan Ketua Menteri Sabah,” kata Abdullahsani yang mendedahkan kelulusan projek tersebut kepada anak saudaranya mempunyai agenda tersendiri.
Kata Abdullahsani, walaupun nota bidai Shafie di atas surat yang ditandatangani anak saudaranya, selaku Pengurus Projek, bertarikh 22 Jun 2010, namun projek tersebut telah diberikan kepada syarikat berkenaan melalui tender terhad setelah Shafie mengarahkan Dato’ Yusof Doha melalui nota bidai yang berbunyi; "Sila ambil tindakan setuju tender terhad."
Syarikat Pembinaan Hikmat Cemerlang Sdn Bhd yang beralamat di Lot 10001, Blok (A) (7-0), Tingkat Bawah, Lorong Canai 1, Chanyai Villa Likas, Batu 4.5, Jalan Tuaran yang bertajuk Memohon Ke Arah Kelulusan Bagi Melaksanakan Projek Jalan Siampak-Lambidan, Kuala Penyu, Sabah, Sejauh 4.4 Km di Bawah NKRA (JALB) KKLW, secara Tender Terhad.
“Siapa tidak kenal siapa Ramzan yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan perniagaan? Bagaimana dia boleh terbang ke Hong Kong bersama Ketua Angkatan Muda PKR Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin pada 1 Oktober 2009 untuk membuat laporan terhadap ICAC terhadap Michael Chia Tien Foh berdasarkan laporan awal Sabahkini.net sedangkan dalam masa yang sama kes berkenaan ditangani SPRM,” dakwa Abdullahsani yang meyakini Ramzan dan Shamsul dibiayai melalui projek tersebut.
Kata Abdullahsani, Shamsul telah mengaku Ramzan terbang bersamanya ke Hong Kong pada 1 Oktober 2009 untuk membuat laporan terhadap ICAC dan boleh disemak melalui blognya http://shamsuliskandar.wordpress.com
“Kita bukannya mempersoalkan berita Sabahkini.net yang memuatkan semua Skandal Penggubahan Wang Haram Michael Chia, tetapi kita persoalkan kenapa Shafie sebagai Menteri dan Naib Presiden UMNO boleh meluluskan projek kepada anak saudaranya yang ketia itu menjadi Ketua Angkatan Muda PKR Semporna. Jika Shafie berada di pihak pembangkang sudah pasti kes ini jadi sebaliknya,” ujar Abdullahsani yang menjelaskan ‘rampasan kuasa’ yang dirancang Shafie belum menjadi kenyataan sekalipun Perbicaraan Kes Hong Kong dijadualkan bermula pada 27 Oktober 2010.
Memang menjadi helah Shafie setelah ada tanda-tanda Kes Hong Kong dibicarakan, barulah beliau memberikan imbalan kepada anak saudaranya dalam bentuk projek menggunakan kaedah NKRA.
Persoalannya, kata Abdullahsani ialah siapa yang memberikan pendahuluan untuk kos selama empat hari mereka berada di Hong Kong dan siapa yang mendalangi mereka?
Oleh: SAKINUL BANDAHALA (sabahkini)
memang menjadi satu tanda tanya kepada kita.. Mungkin kebenaran telah ada untuk pembiayaan pembangkang ini. Orang kuat BN mungkin terlibat dengan semua ini. Sungguh memalukan apabila ini mempunyai niat yang lain. Seperti untuk cuba menjatuhkan KM Sabah yang cuma mahu mengantikan kuasa pemerintahan Sabah.
ReplyDeleteBetulkah ni?
ReplyDeletePerkara ini harus disiasat secara mendalam.
ReplyDeleteShafie harus sedar, walaupun Mohd Ramzan Abdul Wahab adalah kroni dan anak saudaranya, tetapi idia adalah dari pihak pembangkang. tindakan Shafie ini mmg tidak wajar dan seolah2 mengkhinati BN.
ReplyDeleteentah betul atau tidak pekara ini. sebaiknya disiasat untuk mendapatkan kebenaran.
ReplyDeleteMungkin dia hanya 'ingin' menolong saudara-maranya..daripada memberikan projek tersebut kepada kontraktor yang lebih berkelayakan..
ReplyDeleteMasih susah untuk dipercayai walaupun mempunyai bukti (gambar). Harap pihak berkuasa menyiasat dahulu perkara ini dengan syarat tidak 'digula-gulakan' oleh orang2 atasan.
ReplyDeleteSekarang kita tahu sudah siapa yang dimaksudkan oleh Abdullahsani yang sebelum ini menyatakan ‘Pemimpin BN Biayai Pembangkang’ dan beliau tidak memberitahu siapa orang itu sebelum ini. Sekarang sudah tertulis nama siapa orang tersebut.
ReplyDeletekita tunggu apa penjelasan di pihak Shafie dan mereka2 yang terlibat berkenaan dengan isu ini. jika benar dakwaan ini, shafie wajar dikenakan tindakan..
ReplyDeleteSanggup berbuat apa-apa untuk berkuasa. Siasatan perlu untuk menguatkan kenyataan ini. Biar yang salah diambil tindakkan.
ReplyDeleteBetul ka apa yang ditulis? Jangan buat fitnah nanti tertelan sumpahan orang... Tapi ini la politik masing2 ingin menaikkan nama dan masing2 ingin menjatuhkan sesama. Kawan jadi lawan dan lawan jandi kawan......
ReplyDeletesebaiknya hal ini disiasat, apapun, jika benar, Shafie tak wajar berbuat demikian.
ReplyDeleteShafie, mengapa kau sanggup membelakangi ku? Hahaha.
ReplyDeletekita sendiri pun tidak tahu kebenaran tentang pekara ini. mungkin betul dan mungkin juga tidak..
ReplyDeleteSomebody wants to let Shafie down.
ReplyDeleteHal ini harus disiasat terlebih dahulu. Mungkin ada salah faham antara salah satu pihak.
ReplyDeleteinilah manusia...disebabkan tamak untuk berkuasa, sanggup melakukan apa saja sehingga hajat mereka termakbul.
ReplyDeletekemungkinan memang ada komplot yang bertujuan untuk mejatuhkan musa aman sebagai ketua menteri sabah.
ReplyDeletedisebabkan keangkuhan kerana mempunyai kuasa dan kedudukan politik maka tidak gentar untuk melakukan sesuatu yang dianggap sebagai pembelotan..
ReplyDeletediharapkan siasatan akan dijalankan segera..perkara sebenar harus didedahkan..
ReplyDeletekroni2 diutamakan untuk kepentingan diri sendiri..amat menyedihkan...apa pun pihak berwajib tidak harus membutakan mata mereka terhadap isu ini..harus disiasat dan diselesaikan segera.
ReplyDeletetahun ini Shafie banyak menimbulkan huru hara di Sabah. kalau benarpun beliau mahu merampas jawatan KM Sabah, lakukan lah dengan cara yang baik. bukankah tindakan beliau ini hanya akan menyebabkan beliau kehilangan sokongan baik dikalangan rakyat mahupun ahli2 umno Sabah..
ReplyDeleteBad news are everywhere. But Shafie's case, I guess he really did something opposed to.
ReplyDeleteShafie harus berbuat sesuatu dalam hal ini.
ReplyDeletesesiapa pun boleh menjadi kontraktor kepada kerajaan, yang penting dia layak dan berkemampuan untuk melaksanakannya.Itu baru satu projek, cuba kira berapa ratus juta yang di kaut oleh keluarga Musa Aman sepanjang menjadi CM.Seluruh Sabah mereka saja monopoli
ReplyDeletekenapa pula mau cemburu jika dia dapat projek, biarlah..kan dia pun rakyat malaysia juga.pembayar cukai juga kepada kerajaan malaysia.jadi apa salahnya projek sebegini pun hendak bising satu dunia. apa...??? ingat hanya UMNO ja yang boleh dapat projek itu dan ini...Sabah ni bukan milik UMNO saja...Kami sebagai rakyat lain pun berhak untuk dapat projek..apa la punya bangangnya puak-puak UMNO ni.ingat perutnya saja mau di isi..Rakyat lain pun ada mulut juga..ada anak bini juga...Fikir la secara profosional....
ReplyDeleteShafie khianati BN? mcm susah pula mahu percaya.
ReplyDeleteDiharapkan kes ini disiasat secara lebih teliti untuk mengesahkan crita ini.
ReplyDeleteKalau meluluskan projek kepada PKR untuk kebaikan diri, ini memang perbuatan mengkhianat.
ReplyDeleteLagipun ini bukan pertama kali Shafie membuat demikian. Masih ingat 16 projek mega NKRA yang diberikan kepada saudara mara Shafie Apdal?
ReplyDeleteCukup melawan sesama diri. Tumpukan perhatian dalam pembangunan negara.
ReplyDeleteAda undang-undang yang menghalang kontraktor berkeahlian pembangkang mendapat projek dari kerajaan?
ReplyDeleteKerajaan Penang membuka tender projek kepada semua pihak yang layak termasuk ahli UMNO yaan merupakan pembangkang di Penang. Tiada yang menyoalkan tindakan kerajaan Penang malah ia dianggap bersikap terbuka.
Soal keahlian tidak harus dijadikan isu. Yang penting adalah kelayakan dan proses pemberian projek itu menepati syarat-syarat ke tidak.
ReplyDeletesiapa xkenal ramzan tahun lalu dia telah upah pembunuh untuk bunuh aku...byk laporan polis aku telah buat pada dia...dia mmg xde kerja...dia telah curi kereta isteriku d sabah dan sekarang kami menanggung hutang padahal kereta tdk ada d depan mata...satu lagi yang aku tahu ramzan ni selalu menggunakan kedudukan shafie...sampai skrg ramzan tdk berani turun ke kl...
ReplyDelete