Friday, October 29, 2010

Gula-gula PRK Batu Sapi mula ditabur?

Batu Sapi - Dewan Pemuda Pas Sabah berasa kesal dengan tindakan Barisan nasional yang
menjadikan taraf kewarganegaraan dan sijil kelahiran sebagai gula-gula untuk kempen politik mereka semata-mata, kata Ketua Penerangannya Salman Mohd Amin.

Menurut laman web kementerian Penerangan Malaysia, Majlis Penganugerahan Taraf
Kewarganegaraan dan Penyerahan Sijil Kelahiran Kepada Penduduk tersebut diadakan pada 3 November 2010 (Rabu)jam 8.00 pagi di Kawasan Flat MPS Karamunting, Sandakan oleh YB Dato' Lee Chee Leong, Timb Menteri Dalam Negeri.


Pemberian taraf kewarganegaraan merupakan hak dan kedaulatan negeri ini dan tidak boleh dijadikan bahan kempen politik semata-mata terutamanya untuk meraih undi.

Kata Salman, persoalannya mengapa pemberian tersebut baru sekarang diadakan ketika kempen pilihanraya sedangkan banyak lagi waktu yang sesuai untuk mengurniakan taraf warganegara kepada masyarakat Batu Sapi yang terlibat.

Selain menjadikan hak dan kedaulatan sebagai gula-gula pilihanraya, Bn sebenarnya telah menyalahgunakan hak dan kedaulatan negara ini sesuka hati mereka, tegas Salman.

Seharusnya, Bn yang menerajui kerajaan pada hari ini mengambil langkah menyelesaikan isu kad pengenalan yang menghimpit sebahagian masyarakat di Sabah sejak dulu lagi.

"Banyak lagi kes-kes kad pengenalan yang belum selesai akibat kegagalan Bn sebelum ini mengurus dan mentadbir dengan baik isu kerakyatan ini"

Penyalahgunaan kuasa ini telah mengakibatkan wujudnya sentimen berunsur negatif dikalangan masyarakat tempatan sedangkan isu ini berpunca daripada mereka (Bn) sendiri, ujar beliau lagi.

Tambah beliau lagi, isu kad pengenalan ini tidak akan selesai sampai bila-bila selagi
kerajaan Umno-Bn terus menjadikan kedaulatan negara dan rakyat negeri ini sebagai mangsa kepada cita-cita politik sempit mereka.

katanya lagi, seperti petua yang diambil dari Tuan guru Nik Aziz Nik Mat agar masyarakat di Batu Sapi mesti menjadi pengundi yang bijak.

"apa juga bentuk barang yang cuba diberikan kepada masyarakat Batu Sapi oleh Bn tidak perlu di tolak tetapi undi mesti diberikan kepada Pakatan Rakyat"

29 comments:
Write comments
  1. mampuslah rakyat sabah kalau begini cara kempen BN. kalau dah melibatkan isu memberi kewarganegaraan, tak tau nak cak apa lagi. nampaknya PTI2 di sekitar daerah sandakan dan daerah2 lain di sabah berduyun duyun ke batu sapi utk dapatkan kewarganegaraan. kepada pengundi batu sapi, berfikirlah semasak masaknya sblm buang undi. isu PTI isu besar di sabah. tengoklah kawasan BDC, batu 2, dan byk lagi tempat di sandakan penuh dgn PTI. kalaulah begini cara BN bukannya menyenangkan rakyat sabah tapi memusnahkan harapan rakyat sabah yang mahu isu PTI ini diselesaikan. inilah satu satunya kerja gila BN di sabah. belum pernah dlm sejarah kempen politik menawarkan status kewarganegaraan kpd seseorang sewenang-wenangnya.

    ReplyDelete
  2. "apa juga bentuk barang yang cuba diberikan kepada masyarakat Batu Sapi oleh Bn tidak perlu di tolak tetapi undi mesti diberikan kepada Pakatan Rakyat"

    sekadar cuba mengambil kesempatan hasil usaha pihak lain..

    ReplyDelete
  3. rakyat akan memilih pemimpin atau parti yang boleh memenuhi tuntutan mereka...

    ReplyDelete
  4. Biarlah rakyat sendiri yang menentukan parti mana yang lebih layak memimpin kawasan mereka.

    ReplyDelete
  5. Cakap pasal cara berkempen pula, dilaporkan bahawa ahli perkempenan PKR bersikap biadap dan sombong terhadap wartawan Sabahkini dan memandang rendah terhadap media Sabah.

    ReplyDelete
  6. adakah dengan mengundi PR keadaan akan menjadi lebih baik??? lihat saja keadaan di Pulau Pinang dan negeri-negeri yang ditadbir oleh PR keadaannya tidaklah seperti yang diharapkan. malah PAS sendiri gagal menyelesaikan masalah air di Kelantan.

    ReplyDelete
  7. sebenarnya PR lebih teruk, lihat sahaja keadaan negeri2 mereka tadbir, terdapat pelbagai masalah seperti kecurian pasir, bekalan air, peniaga ditindas dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  8. Pastikan hak kewarganegaraan ini tidak menjadi isu untuk kepentingan parti dan pastikan hanya yang layak sahaja mendapat kewarganegaraan.

    ReplyDelete
  9. Bising saja ini PAS...Apa barang datang sini bawa sentimen politik semenanjung? Balik kampong la, tengok lu punya kampong dulu sebelum cakap kampong orang...ada baik ka lu punya kampong???

    ReplyDelete
  10. Betulkah nie? Takan BN sanggup buat cara begitu lagi untuk berkempen.

    ReplyDelete
  11. "apa juga bentuk barang yang cuba diberikan kepada masyarakat Batu Sapi oleh Bn tidak perlu di tolak tetapi undi mesti diberikan kepada Pakatan Rakyat"

    sama juga. Terima "gula-gula".

    ReplyDelete
  12. kita tak tahu org2 yang hantar posting dlm sabahdaily ini betul2 org tempatan atau org asing yang cuma mendapat taraf warganegara samada sah atau haram. sepatutnya isu pemberian warganegara inidilihat sebagai isu yang besar dan diberiperhatian serius bukan sahaja di pihak kerajaan tapi juga pihak pembangkang. org2 yang menyokong taraf warganegara boleh diberi secara sewenang wenang patut dihukum buang negeri saja. kalaulah org seperti ini menjadi pemimpin, alamatlah negara akan bermasalah. kita semua tahu PTI ini adalah sangat agresif dan kadang2 menakutkan org tempatan. penjual rokok kaki lima, penjual vcd lucah, penjual syabu kebanyakannya org asing. berbaloikah kerajaan memberi taraf warganegara kepada golongan2 ini? bukan mudah mentadbir sese uah negeri tetapi mengikut laporan audit negara 2009, P pinang, selangor, johor dan kedah adalah antara negeri2 yang paling tinggi mencatat pertumbuhan ekonomi jadi tidak betul PR di tuduh tidak tahu mengurus negeri. saya ini bumiputera sabah, keturunan lahir dan mati disabah bukan dari semenanjung. saya bukan berkempen utk menyokong pembangkang cuma beri komen atas konsep demokrasi. kalau PR yang menawarkan taraf warganegara secara sewenang wenang, saya juga akan kecam habis habisan. kalau anda menuduh saya sebagai fanatik terhadap parti politik, anda silap. kita sebagai rakyat kena peka terhadap apa2 saja dasar kerajaan atau pembangkang. kalau menguntungkan rakyat, kita sokong tapi kalau merugikan, kita kena tentang.

    ReplyDelete
  13. Setuju evan medhousky. mengkritik tapi tak sedar diri sendiri buat perkara yang sama seperti yang dikrtik..

    ReplyDelete
  14. Saya cuma harap agar semua parti bertandinbg dengan cara yang bersih... Kalah menang tu biarlah undi rakyat yang tentukan.

    ReplyDelete
  15. Hal ni pun jangan lah diperbesarkan dulu.. Sebagai pemerhati luar kita sendiri tak pasti sejauh mana kebenaran hal ni...

    ReplyDelete
  16. hahhaaa... ko panas ka tu gonsikid. Ya bikin panas ja dorang ni kan.. hehe

    ReplyDelete
  17. Apapun, kita tunggu dan lihat saja apa perkembangan nanti :)

    ReplyDelete
  18. bercakap pasal sentimen politik, samada PAS, DAP, PKR, UMNO semuanya parti politik import. lebih kurang 2x5 saja. kalau PR biadap, BN lagi biadap terhadap sabah, sudah berapa lama BN memerintah di sabah namun BN hanya mampu memberi satu hadiah yang sangat istimewa untuk sabah iaitu menjadikan sabah sebagai negeri nombor 1 'TER'miskin di malaysia. jadi apa yang kita harapkan? jadilah rakyat yang bijak. tukar pemerintah dan tengok apa perkembangan negeri sabah selepas itu. kalau masih juga menjadi nombor 1 termiskin, apa susah sampai pilihanraya tukar balik lah pemerintah...bukan gitu? musa aman ( ketua menteri dari umno ) ada buat kerja kah? tiap tahun sabah dapat bilion2 RM tapi tempias utk org kampung amat sedikit sekali sbb itulah seumur umur sabah mcm ni saja. sakit tau telinga mendengar kalau org ckp org sabah ni tahu minum tapai saja.. memang benar PKR atau PAS atau DAP parti import, tapi UMNO pun parti import juga, org umno adalah ketua menteri sabah geng..kalau benci sangat dgn parti import, sokonglah parti yg tiada kaitan dgn parti import, tapi malangnya kebanyakan parti tempatan di sabah adalah anak buah umno saja. kalau dulu PBS bukan main garang terhadap PTI tapi bila bersama dgn umno, mahu pula offer taraf warganegara kepada sesiapa saja.

    ReplyDelete
  19. sebenarnya bikin heran juga org2 sabah ni. rata2 kononnya pertikai dan tak suka parti import yg lebih ditujukkan kepada parti pembangkang terutama PKR DAP dan PAS tapi org mana pula yang menadah tangan menerima umno dan menyokong parti umno menjadi penaraju pemerintah di sabah? rasanya bukan PTI walaupun mungkin ada tapi sikit2..hakikatnya, umno ni parti import juga yg sekarang menjadi bos kepada parti2 tempatan sprti PBS UPKO dll. terpulanglah sekarang..nasi dah jadi bubur..terpulang pada pemikiran masing2lah..kalau nak contohi sarawak jauh sekali..org sarawak langsung tak suka umno masuk sana sbb org sana yakin dgn kebolehan org sendiri. tengoklah, dulu masa sabah dipegang org sendiri dapat juga jadi nombor 2 termiskin tetapi sekarang, dah jadi nombor 1 la pula. nak harap PBS atau UPKO, jauh sekali sbb sebarang keputusan parti, kena rujuk pada umno dan umno pula yg bagi keputusan samada ya atau tidak. pendek kata terpulang kpd pemikiran masing2 jgn mudah terpengaruh dgn ckp2 org lain tapi gunakanlah akal dan fikiran dgn itu, dapatlah kita tentukan diri sendiri berada di pihak yang mana.

    ReplyDelete
  20. sebenarnya adalah tidak logik mengaitkan isu-isu IC dan warganegara dengan kisah politik sekarang ni. secara realitinya, ia adalah isu sensitif yang memerlukan masa panjang untuk menyelesaikannya. penelitian yang terperinci amat penting dalam menentukan status warganegara seseorang itu. semua yang memohon kewarganegaraan kenalah tunggu dan bersabar. janganlah pula ambil kesempatan dari isu batu sapi ini untuk mendapat kewarganegaraan dengan mudah.

    ReplyDelete
  21. isu kewarganegaraan adalah amat sensitif di Sabah. sebenarnya mana-mana parti atau orang luar tidak layak untuk membincangkan isu tersebut kerana mereka bukannya penduduk di Sabah yang merasa jerih payah dan keluh kesah rakyat. orang luar juga tidak patut memberitahu atau berjanji kepada penduduk Sabah tentang bagaimana nak selesaikan isu warganegara ni?

    ReplyDelete
  22. kenapa pula PAS sibuk-sibuk nak ambil tahu hal kewarganegaraan yang berlaku di Sabah? jangan nak tunjuk simpati semata-mata nak raih undi kesian....rakyat Sabah tidak terbeli ...

    ReplyDelete
  23. sepatutnya org sabah berasa malu sbb org lain yang tolong ingatkan ttg masalah warganegara di sabah. kita bukan negara sabah tetapi negeri sabah dalam malaysia. apa maknanya 1malaysia? pemimpin2 sabah juga sangat sibuk bercerita pasal negeri kelantan cuma rakyat sabah tidak gemar mencari maklumat dari pelbagai sumber. kita tengok negara2 maju takda halangan untuk sesiapa sahaja samada mengkritik atau menyumbang idea. jepun misalnya menolak pemimpin yang gagal mentadbir negara. rakyat sabah sudah lama meminta kerajaan menubuhkan siasatan diraja mengenai isu PTI ini tetapi bukan saja takda respon positif drpd kerajaan negeri, malah KDN sendiri pun menolak ssuruhanjaya tersebut dibentuk. apa maknanya semua ini? bukankah maknanya penolakan KDN itu memungkinkan PTI ini sememangnya digunakan kepentingan politik import iaitu UMNO? James Ratib iaitu seorang pemimpin dlm BN mengatakan bahawa tidak perlu persoalkan dari mana PTI ini ini dapat IC yang penting katanya mereka ini merupakan penyumbang terbesar kemenangan BN di sabah. jadi mahu berdalih mcm mana lagi? memangpun PTI ini diberikan IC oleh BN untuk memastikan BN berkuasa di sabah. tepuk dada tanya selara.

    ReplyDelete
  24. DPM telah mengatakan bahawa itu bukanlah gula2 takbur tapi untuk mengotakan janjinya kepada rakyat.

    ReplyDelete
  25. sedarlah rakyat sabah..samada umno, pkr, dap dsb, satu saja matlamat pemimpin mereka ialah untuk menjadi ketua dan mengintai peluang menjadi org yg berharta. pemimpin2 baik dari BN atau PR mendapat gaji hasil daripada cukai2 yg dibayar rakyat serta cukai2 lain yang diusahakan rakyat. sebagai rakyat kita kena buka minda sikit. jgn tengok UMNO saja atau PR saja tapi tengok kerja pemimpin yang mewakili parti yg memerintah. kita hanya akan rugi berkerja keras dapat gaji potong cukai dan bayar gaji pemimpin politik. kalau ada masalah pengurusan dalam negeri, kenapa berdiam mcm katak dibuka kulit, tukar saja kerajaan yg ada jika perlu. kalau kerajaan yg baru tak tahu buat kerja, gunakan kuasa undi utk tumbangkan mereka. sebenarnya dalam keadaan sekarang, rakyat sabah kena bijak ambil kesempatan. ingat sabah negeri yg termiskin di malaysia. apa alasannya kita mahu pertahankan gelaran itu? kenapa kita tak mencuba perkara yg boleh dilakukan? sayang kan UMNO? sayangkan PR? mengarut semua itu. kita kerja sehari suntuk hujung bulan dapat gaji 7 8 ratus sedangkan pemimpin politik bergaji 10 20 ribu sebulan. org2 politik cukup makan tapi kita mcm mana? kita mahu sabah ini maju dan terkenal di malaysia bukannya gelaran Fix Deposit. memalukan betul. negeri Fix Deposit rupa rupanya negeri termundur di malaysia. sebagai rakyat sabah, fikirkan lah hari2 yg mendatang utk kita dan anak2 kita.

    ReplyDelete
  26. Don't be deceived by the oppositions.

    ReplyDelete
  27. Kerajaan memang ikhlas untuk membantu rakyat dalam meningkatkan taraf hidup masing2 namun pembangkang menggunakan alasan ini untuk merendahkan kemampuan mereka.

    ReplyDelete
  28. Pilihanraya telahpun berakhir.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.