Wednesday, October 27, 2010

Batu Sapi: SAPP lebih popular dari PKR

Parti Progresif Sabah (SAPP) kini mendahului PKR dari segi populariti ketika bermula kempen pilihan raya kecil (PRK) parlimen Batu Sapi.

Parti itu mendapat sokongan moral apabila bekas presiden Pasok, Cleftus Mojingol dan juga anak saudara Allahyarham Mustapha Harun, pengasas Usno, menyertai parti pembangkang dalam satu majlis di Kampung Karamunting di sini semalam.

Calon Batu Sapi yang juga Presiden SAPP Yong Teck Lee, menyambut mesra ketibaan Cleftus dan Razak Abdul Salam di majlis itu.

Cleftus, tanpa parti buat masa ini selepas menerajui Pasok untuk beberapa tahun memberitahu FMT bahawa beliau menyertai SAPP kerana pendirian teguh parti itu untuk mendapatkan kuasa autonomi bagi Sabah.

"Saya akan menyertai SAPP secara rasmi malam ini untuk bersama pemimpin dan ahlinya untuk merealisasikan perjuangan yang dekat di hati saya sejak sekian lama saya berjuang dalam Pasok," katanya.

Anak saudara Mustapha, Razak mengucapkan penghargaan kerana menerima permohonannya untuk menyertai parti.

Kedua-dua mereka menerima sambutan hangat daripada tetamu, kebanyakannya orang-orang Islam, dengan tepukan gemuruh apabila nama mereka diumumkan oleh SAPP.

Terhakis imej sebagai parti Cina

Walaupun berciri pelbagai kaum, SAPP, sekian lama dikaitkan dengan pimpinan masyarakat Cina. Kini imej kecinaan itu semakin terhakis apabila ramai pemimpin Bumiputera menyertai parti itu.

Turut hadir di majlis itu ialah bekas menteri kewangan Sabah ketika era Berjaya, Mohd Noor Mansur dan bekas ketua cabang PKR Papar, Saidi Lampoh.

Terdahulu dalam ucapannya, Yong berkata, mereka yang menuduh SAPP sebagai pengacau dalam PRK Batu Sapi telah melakukan kesilapan.

"Kami bukan pengacau. Kami telah mengambil kira risikonya dan mendengar aspirasi daripada ahli di peringkat akar umbi sebelum membuat keputusan untuk bertanding. Keputusan pilihan raya pada 4 November ini akan menyokong hujah kami ini," katanya.

Para pemimpin PKR menuduh SAPP memecah undi kerana tidak mahu memberi laluan kepada PKR untuk bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN).

Yong berkata, walaupun SAPP sudi berkawan dengan PKR dan BN, ia tidak bersedia untuk "berkahwin" dengan PKR.

"Kita boleh menjadi kawan tapi macam mana kita nak "berkahwin" dengan PKR sedangkan keluarga mereka sentiasa bergaduh.

Bolehkah kita berkahwin dengan keluarga yang selalu bergaduh?

"Lihat apa yang terjadi di lapangan terbang dua hari lalu apabila mereka bertumbuk sesama sendiri kerana merebut pencalonan," kata Yong.

"Adakah anda fikir Anwar Ibrahim akan menghormati orang-orang Sabah apabila mereka berkelakuan seperti ini?

"Adakah anda fikir Anwar akan menghormati kita pada masa depan apabila kita bergaduh sesama sendiri, hanya untuk mendapatkan pengesahan daripadanya?" soal beliau.

33 comments:
Write comments
  1. kalau SAPP lebih popular drpd PKR, takda msalah pun..inilah dinamakan demokrasi. rakyat diberikan kebebasan memilih sesiapa saja yg mereka yakin boleh memberi perkhidmatan yg baik. baik BN, PKR atau SAPP, bebas kemana saja menemui pengundi. sesiapa yang bijak mengupas isu, adalah harapan utk menang.

    ReplyDelete
  2. SAPP menang pun macam PBS dulu. Akhirnya tumpas. Siapa yang memgang tampok kerajaan di Putrajaya yang menentukan kuasa. Usah mimpi untuk menawan negeri akan menguasa negeri. Kalau tak nak mengalami macam sekarang pilih kerajaan lain di pusat.Sama ada BN atau PR. Saya lebih yakin SAPP akan menyeberang BN kalau menang. Akhirnya cuma menang sorak kampong tergadai lagi !

    ReplyDelete
  3. seperti yang dijangkakan, dipihak pembangkang SAPP lebih menonjol di Batu Sapi. selain memiliki kelebihan sebagai sebuah parti tempatan, isu yang mereka ketengahkan juga amat memberi impak berbanding dengan isu tanah PKR.

    ReplyDelete
  4. selagi parti komponen PR mempertahankan ideologi dan pendirian masing2 yang tidak sehaluan dengan parti komponen PR yang lain, selagi itu PR berhadapan dengan laluan sukar untuk menawan puterajaya.

    ReplyDelete
  5. Kita tengoklah apakah pilihan kebanyakan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Tidak kira bagaimanapun, akhirnya rakyat sahaja yang berhak menentukan apa yang dimahukan mereka sendiri. Diharapkan rakyat akan membuat pilihan yang terbaik supaya masa depan kawasan masing-masing terjamin.

    ReplyDelete
  7. Siapa PKR di Sabah??Mungkin ramai yang tidak kenal. tapi jika kita sebut SAPP YTL memang orang Sabah lebih kenal. Beliau merupakan ex-ketua menteri sabah. Jadi memang beliau lebih terkenal di Sabah berbanding dengan PKR.

    ReplyDelete
  8. SAPP merupakan parti dari Sabah. Ketua SAPP adalah yang antara pemimpin yang berpengaruh di Sabah. Ramai orang Sabah kenal dengan YTL. Tapi berbeza dengan PKR, kerana PKR tidak begitu popular di Sabah tapi hanya polular di semenanjung. Jadi mungkin PKR tidak layak untuk Sabah.

    ReplyDelete
  9. Apa yang ada dengan PKR yang hanya pandai berkata-kata cari masalah orang lain. SAPP lebih terkenal diSabah kerana sebelum ini pun SAPP merupakan satu dari Parti BN yang keluar. SAPP sangat berpengaruh di Sabah dan PKR rasanya tidak. Ini lebih meyukarkan PKR untuk menang. Tapi baru-baru ini, PKR mengatakan bahawa mereka lebih dari SAPP. Ini semua hanyalah mainan untuk meyenangkan hati PKR saja yang tidak banyak peyokong.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. di antara BN,SAPP, dan PKR, PKR merupakan parti yang paling tidak berpengaruh yang akan bertanding di Batu Sapi. lagi pun, terdapat dikalangan ahli-ahli PKR yang tidak sefahaman sesama mereka.

    ReplyDelete
  12. Nampaknya setiap calon ada penyokong mereka sendiri, tapi apapun orang ramai kena lihat bagaimana Batu Sapi di bawah kepimpinan PBS sebelum ini.

    ReplyDelete
  13. tidak dinafikan SAPP lebih dikenali di Sabah berbanding PKR, calon PKR iaitu Ansari kurang dikenali. bagaimanapun, BN akan memberi saingan sengit dalam piliharaya ini kerana BN amat kuat di Sabah.

    ReplyDelete
  14. jika dilihat PKR memang tidak popular seperti BN dan SAPP di Sabah..ini ditambah lagi dengan konflik dalaman PKR.

    ReplyDelete
  15. Kalau BN sama SAPP, mana satu yang lagi popular?

    ReplyDelete
  16. Apa2x pun kita tunggu dan lihat sahajalah keputusan undian nanti. Anything can happen.

    ReplyDelete
  17. Tidak hairan bahawa PKR amat cemburu dengan penyokong SAPP.

    ReplyDelete
  18. May be. But SAPP never regards as opposition party.

    ReplyDelete
  19. Apa gunanya SAPP lebih popular dari PKR? Bolehkah SAPP menang? Mahu menang SAPP kenalah lebih popular dari BN.

    ReplyDelete
  20. Sapp lebih popular dalam kalangan masyarakat Cina. Bumiputera Islam merupakan penyokong kuat Umno.

    ReplyDelete
  21. Saudara Poliv, tidak semestinya rakyat Cina lebih menyokong SAPP. Dalam PRU satu masa yang dulu dulu, kebanyakan undian untuk SAPP bukan daripada kawasan Cina tapi pengundi daripada Pulau Gaya.

    ReplyDelete
  22. Kita tengoklah bagaimana nanti. Diharapkan rakyat akan membuat pilihan yang wajar.

    ReplyDelete
  23. Dalam fikiran YTL memang demikian kerana dia berjaya menumpaskan lawannya dengan mengatakan- Deja Vu.

    ReplyDelete
  24. PKR patut beri laluan pada SAPP. Ansari tidak dapat sokongan padu dari pucuk pimpinan PKR pusat, tempoh kempen dua hari ini belum ada pemimpin heavy duty berkempen dengan beliau.

    ReplyDelete
  25. kita tengok saja 4 nov ini. tgk siapa lebih popular. barulah jawapan lebih muktamad.

    ReplyDelete
  26. Outwardly,yes. Famous for being hypocrite and rhetoric.

    ReplyDelete
  27. SAPP mungkin lebih popular dalam kalangan kaum Cina.

    ReplyDelete
  28. Banding SAPP vs PKR, memanglah SAPP lebih popular. SAPP mahu mengalahkan PKR, tidak ada halangan. Lagi bagus.

    ReplyDelete
  29. Hooray SAPP! Anda memang popular!

    ReplyDelete
  30. Belum tentu lagi, ini sekadar ramalan. Kita hanya akan tahu siapa sebenarnya yang mendapat lebih sokongan setelah undian dikira. Tapi kalau SAPP mahu main reverse psikologi, silakan.

    ReplyDelete
  31. Apa guna SAPP mahu kalahkan PKR? Kecuali SAPP mampu mengugat BN sekali, jika tidak apa faedah kalahkan PKR?

    ReplyDelete
  32. Fokus diberikan terhadap kritikan antara PKR dan SAPP. Mereka sudah lupa dan buta siapa musuh.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.