Sunday, October 31, 2010

Calon PKR semakin diterima

Menjelang empat hari terakhir kempen di Batu Sapi, calon Pakatan Rakyat menunjukkan perkembangan yang semakin baik apabila hampir kesemua pimpinan utamanya turun ke sini.

(Dewan sebuah hotel di Sandakan penuh sesak)

Selesai sahaja sessi perbicaraannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun mengetuai kempen di sini bersama degan pemimpin kanan PAS dan DAP.

Petang tadi, lebih 1500 hadir dalam sessi Pidato Perdana Pakatan Rakyat yang diadakan di sebuah hotel dengan Calon PKR
memberikan penerangan manefesto dan hala tuju serta hasrat kenapa beliau sanggup menjadi calon dalam pilihan raya kecil ini.

Beliau mendapat tepukan gemuruh setiap patah ucapan, mood rakyat makin memperlihat bahawa Ansari adalah calon terbaik buat batu sapi.

Menteri Besar Selangor, Tan sri Khalid Ibrahim yang turut berucap percaya Selangor contoh terbaik buat pengundi Batu Sapi untuk membuat perubahan pada 4 November nanti.

Jentera Selangor, katanya, akan memastikan Batu Sapi milik Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini. Ketika pemimpin PKR lain sibuk berkempen untuk jawatan tertinggi Khalid berkempen untuk memastikan kemenangan calon Pakatan itu.

Lim kit siang yang turut berucap berkata, inilah masanya rakyat Batu Sapi berubah kerana kaum Cina sendiri sudah menolak BN dan SAPP.

"Bumiputra Sabah perlu bangkit menolak kerajaan yg zalim untuk bersama Pakatan Rakyat," katanya.

(Anwar berucap dalam pidato umum)

Bagi Kit Siang, adalah amat memalukan kerana kerajaan BN yang kononnya kaya-raya tak
mampu untuk membina jambatan yang lebih baik sehingga calon PKR dan petugas pilihan raya dan media jatuh apabila jambatan ke ke Pulau Api runtuh.

"Kalau begini, cita-cita untuk membina bangunan 100 tingkat hanya untuk menjadi lambang kemewahan Rosmah Mansor saja," kata beliau.

Datuk Mahfuz Omar dalam ucapan memaklumkan walaupun dia dari Pokok Sena iaitu satu kawsan yang agak terkebelakang di Kedah namun rakyat disana tidak ada yang duduk atas pokok.

"Tetapi di Batu Sapi..rakyatnya lebih 50 peratus masih duduk dalam rumah papan yang usang,
rumah batu hanya kepada pengampu BN," kata anggota Pasrlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, rakyat Batu Sapi perlu memberikan sokongan kukuh kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan nasib mereka dibela sebagai rakyat yang bermaruah. Masa perubahan telah tiba kini, kata beliau.

Datuk Seri Anwar ketika berucap menyeru seluruh penyokong dan petugas menjadi agen dan perayu dalam memastikan Batu Sapi menghantar Ansari Abdullah untuk mengangkat sumpah di Parlimen minggu depan.

Rakyat Batu Sapi perlu jelaskan hasrat mereka bahawa Pakatan Rakyat adalah wakil mereka di Parlimen.

"Kini UMNO amat terdesak kerana rakyat Batu Sapi bangkit menentang kepimpinan mereka. Mereka tak mahu digula-gulakan lagi setelah lebih 40 tahun mereka berada dalam
Malaysia," katanya.

Akhirnya Anwar mahukan suara Batu Sapi bergema dalam Dewan Rakyat melalui wakilnya iaitu Ansari Abullah. -HD

19 comments:
Write comments
  1. tak kira siapa parti politik, kalau nak menang kena usaha lebih lah..jgn tahu cakap saja tapi buktikan bila menang nanti. bukan apalah tapi masih segar dlm ingatan time kempen BN dulu katanya kalau BN memerintah disabah, sabah akan maju dalam 100 hari. tapi..kita tengok sendirilah sabah kita ni..dah dapat gelaran negeri no 1 termiskin pula sedangkan sabah adalah penyumbang kewangan terbesar kepada kerajaan pusat. inilah masalahnya kalau JPPS masih wujud di sabah. kerajaan negeri hampir ketandusan kewangan sbb di kontrol oleh JPPS. kalau peruntukan di salurkan terus kepada kerajaan negeri, sudah pasti banyak benda boleh dibuat utk rakyat. JPP biasanya hanya diwujudkan dinegeri negeri pembangkang. jadi rasanya kerajaan masih menganggap sabah negeri pembangkang walaupun BN sudah lebih 10 tahun memerintah di sabah.

    ReplyDelete
  2. jangan hanya pandai mengkritik saja..PR sepatutnya mencermin diri sendiri dahulu. ahli-ahli yang bertelagah dan masalah-masalah di negeri yang ditadbir oleh PR sudah cukup manggambarkan bagaimana pentadbiran PR.

    ReplyDelete
  3. rakyat juga sedang digula-gulakan oleh PKR. PKR mahu menguasai Sabah supaya mereka juga dapat memerah kekayaan Sabah untuk diagih2kan ke negeri Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah.

    ReplyDelete
  4. PKR ni hnya tau berkata kata sahaja, masalah dalaman mereka sendir tak perbah selesai, dalam pemilihan calon Batu Sapi pun timbul kekecohan. jgnlah mudah terpengaruh dngn kata2 manis PKR ni.

    ReplyDelete
  5. bagaimana PR mahu membangunkan Sabah dan negara jika mereka sendiri tidak mampu menjana ekonomi untuk negeri mahupun negara. membela nasib rakyat tapi merampas tanah orang asli...

    ReplyDelete
  6. PKR diterima?mungkin itu hanya untuk meyenangkan hati para pemimpin. Kita tidak pasti adakah rakyat betul-betul menerima atau hanya rakyat pura-pura menerima. kita tengok dan lihat saja nanti pada PRK 4 november ini. Rakyat akan menentukan kemenangan para Calon. SAPP sendiri pun boleh berkata bahawa rakyat sekarang dapat menerima SAPP.

    ReplyDelete
  7. Harap BN akan lebih mendekati rakyat. Kita mesti memberikan keyakinan kepada mereka bahawa BN akan dapat membantu rakyat Sabah. Semoga setiap parti akan dapat membuat yang terbaik untuk rakyat. Semoga berjaya..

    ReplyDelete
  8. jika PKR menang dalam PRK batu sapi, adakah lebih 50 peratus penduduk batu sapi masih tinggal dalam rumah papan yang usang seperti yang dikatakan oleh MP pokok sena itu akan diberikan rumah batu? adakah mereka(rakyat) memerlukan rumah batu?

    ReplyDelete
  9. Susah mahu percaya kata2x orang politik. Mereka pandai cakap tapi buat belum tentu.

    ReplyDelete
  10. Oleh itu, pengundi harus pandai menilai calon. Bukan semua mereka janji akan ditunaikan. Kebanyakan hanya pandai berjanji untuk meraih sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  11. setiap calon ada penyokongnya sendiri..namun yang menentukan siapa yang menang adalah jumlah undi yang diterima..

    ReplyDelete
  12. Hei . . orang2 Negeri Sabah, 19 tahun yang lalu Negeri kita adalah Negeri number 2 yang terkaya di Malaysia... dan sekarang Negeri yang kedua termiskin di Malaysia ? ? .... dan dimana sudah usahawan2 bumiputra Sabah yang ada dibantu oleh kerajaan sekarang....

    ReplyDelete
  13. PR mengatakan calon mereka semakin diterima. tapi, benarkah apa yang katakan oleh PR?? rasanya calon BN dan SAPP lebih menjadi pilihan rakyat berbanding calon PR..

    ReplyDelete
  14. kita lihat saja nnti samada benar calon PKR diterima atau tidak.

    ReplyDelete
  15. Jika niat kita betul2 ingin berkhidmat kepada rakyat, bangsa dan negara, tidak kira siapa2 tidak kira parti dari mana, semoga rakyat bijak memilih.

    ReplyDelete
  16. saya fikir ada kemajuan dinegeri yang ditadbir PR. selangor, p pinang, kedah masing2 mencapai pertumbuhan ekonomi yg baik. bukan ahli politik yg kata tapi audit negara yang memberi point kpd negeri2 diperintah PR. p pinang misalnya negeri yg paling banyak peningkatan rezab negeri sehingga mencecah 1 billion. kemudian di iktiraf pula sebagai negeri yg kurang rasuah. selangor juga diberi pujian oleh audit negara kerana urus tadbir yang baik. semua berita ini tidak disiarkan dlm akhbar milik kerajaan sprt utusan malaysia, atau berita harian. kerajaan tidak mahu rakyat tahu maklumat yg sebenar. sbb itulah org2 kampung kurang maklumat dan senanglah BN menipulasi rakyat dgn cerita2 yg menggambarkan bahawa hanya BN yg baik kononnya. sekarang inipun kerajaan mahu bina banyak kelab malam dan spa dan apa lagi, lepas ini semakin ramailah muda mudi terlibat dgn gejala sosial. demi duit, demi kuasa dan demi nama, BN sanggup buat apa saja.

    ReplyDelete
  17. Baik kita tunggu dan lihat, keputusan akan diketahui setelah PRK diadakan. Dua hari lagi kita akan nampak.

    ReplyDelete
  18. Kita tengoklah sama ada rakyat akan mengundi BN, PKR ataupun SAPP. Selamat mengundi.

    ReplyDelete
  19. Kita orang awam apa tahu tentang politik dibatu sapi, yang paling tahu adal hanya orang-orang pengundi di Batu Sapi kerana merekalah yang menentukan siapakah wakil mereka, untuk menyuarakan keperluan mereka diperlimen,..hanya pengundi2 batu sapi yang tahu,..dan mereka akan menentukannya pada malam 4 Nov 2010. kita tunggu sajalah keputusan rakyat batu sapi...siapa kah wakil mereka....???????

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.